Haha.
Nampak nau malas nak buat tapi untuk disimpan dalam lipatan kenangan, kena juga la masuk dalam blog :p
Macam biasa, kalau-kalau program-program anak gini, makpak lagi excited dari anak lah.
Dalam group whats app pun, terserlah ke excited makpak semua.
Oleh kerana pagi itu Azreen ada program lain, so I kena lah handle Iman Reezqy dan kakak. Hantar Azreen, bawa budak-budak pergi breakfast, then terus pergi taska Reezqy.
Abang Reezqy dengan teacher dan kawan-kawan.
Masih tak perasaan mak buyung sibuk snap gambar dia. Haha.
Chaiyok Abang Reezqy, chaiyok rumah biru!
Time ni dah mula nampak Im dah start cebik-cebik sambil cakap adik nak Mummy. Haha. Banyak cantik! Habiskan semua acara dulu :p
Nasib lepas habis program Azreen terus datang, sebab acara lepas itu memerlukan penglibatan parents. Kalau nak harapkan I memang taklah. So, Daddy lah yang melayan.
Acara perah air dalam botol.
Iman Reezqy & friends.
Yang kakak pun sama menyibuk. Dia kalau boleh, dia yang nak masuk semua acara.
Tahniah Abang. Rumah biru dapat nombor dua keseluruhan.
Muka bangga sangat dapat hadiah. Siap tayang kat kakak hadiah dia. Dah kakak melalak sebab dia tak dapat. Jenuh pujuk cakap kat kakak nanti kita cari hadiah.
Alhamdulillah, dalam membuyung ni, dapat juga support dan join program anak.
Kepada cikgu-cikgu, tahniah atas usaha untuk mengeratkan silaturrahim seperti ini.
Cumanya, acara untuk anak-anak tu terlalu banyak sampai Iman Reezqy dan anak-anak lain-lain dan berubah muka dan meragam dah. Penat lettew. Hihi.
Lepas penyampaian hadiah, makan nasi tomato yang sedap, kami pun pulang ke rumah.
Terbungkang semua tidur kepenatan.
=)
WAH tahniah dari maktok ya
BalasPadamIman Reezqy daapat hadiah tuperware ke tu
untung mummy kann
bestkan tengok anak2 kecik bersukan time umur macam ni
BalasPadamsemua nya nampak cantik je kan Ain..
seronoknya budak budak bersukan dapat hadiah pulak tu :D tunggu turn anak i pulak masuk sekolah nanti =p
BalasPadam