Selasa, 21 Jun 2016

Bulan puasa, bulan bersama keluarga.

13 Ramadhan 1437H

Lantaklah mengkome, kena telan air liur tengok gambar makanan di bulan puasa.
Haha.

Masih lagi berkisar tentang berbuka puasa.
Bulan puasa kan bulan bersama keluarga.
So, sabtu lepas, kami berkumpul ramai-ramai di rumah arwah Nenek  untuk berbuka bersama.
Ni nenek belah ibu.

So, nak jimat masa, jimat tenaga, nak fokus pada tujuan utama je iaitu berbuka, baca yassin dan bertahlil, maka masing-masing bawa potluck je.

Sambil menunggu waktu berbuka, kita baca Yassin dan bertahlil.

Menu hari tu memang banyak nau. Siap dapat tapau lagi bawa balik untuk bersahur. Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadan.

Pucuk betik rebus. Yang ni I tak reti makan.



Pucuk Ubi Rebus.

Ayam masak Negro. Memang camtu ea nama lauk tu!

All time favourite - Udang masak tempoyak



Sotong kari

Durian pun ado. Ni kes tak bawa lauk la ni tapi ganti durian. Haha. 

Ikan masin cili padi.

Siakap sweet sour.

Sambal bali.

Choc cake by me =)

Sup lupa tabur daun sup untuk kanak-kanak.
Kek batik my cousing buat request by Mak Buyung.


Ayam masak merah

Puyuh masak lemak cili padi

Roti John homemade.

Puteri mandi. Haipp
My Auntie yang turun dari Penang, sebab nak bersama-sama berjumpa ahli keluarga.




Kelihatan seketul Mak Buyung tertonggok kat situ tak gerak-gerak dah cop tempat.

Eh, mak buyung berada di mana-mana mengikut pergerakan camera. Haha.

Mana yang tak tulis nama makanan tu, ikut suka korang lah ye nak namakan apa. Malas nak taip, tapi nak post juga, tu yang jadi gitu tu. Haha.

Alhamdulillah, selesai berbuka di belah Melaka. Next week, kita hadap family belah Abah pula.
=)
I love bulan puasa, bulan keluarga!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan