Khamis, 30 Jun 2016

Tudung bawal je sudah!


Haha.
Lambat pagi ni.
Konon nak mengadjust shawl ikut tutorial yang kawan share di FB, yang nampak senang kononnya, tapi bila buat sendiri, jadi terkial-kial.

Masuk kereta, kena sound setepek dengan suami,

Awak ada function apa pakai tudung camtu?

Kahkahkah.

Payah betul lah suami nan sorang ni.
I tahu dia tak suka I pakai shawl, asik suruh pakai tudung bawal je. Bagi chance la oi orang nak berpesen sikit.

Don't worry suami,
I dah order tudung AJ design baru sepuluh helai dah.
Sabar ya.
Sampai nanti, I pakai lah tudung bawal balik.
Resit nanti I bagi kat you ye.
Boleh kan?
=p

Rabu, 29 Jun 2016

Menu berbuka: 15 hingga 22 Ramadhan 1437H

15 Ramadhan 1437H



Berbuka di rumah sendiri lah lepas dah gembira suka hati balik Melaka kan. Hadaplah muka suami dan anak-anak pula.

Menu: Lauk-lauk yang ibu bekalkan, i top up sambal sardin dan buat roti nan cheese yang viral kat FB tu. Lepas tu beli kuih tepung pelita yang sedap buat tambah penuh meja. Haha.


16 Ramadhan 1437H


Masih lagi berbuka di rumah sendiri. Permintaan suami nak air soda lemon berlaici, permintaan Iman Raneeya pula nak makan kuew teow goreng. Kita tambah telur goyang potong cili, lepas tu laju-laju buat kuih buah Melaka sebab teringin.

Pernah beli buah Melaka tu kat PARAM, tapi rasa tepung je. Terus sedih dan berazam buat sendiri. Kek tu jiran sebelah bagi. Piring ada lagi sehingga hari ni sebab tak sempat nak balas lagi :p


17 Ramadhan 1437H


Balance tepung buah Melaka semalam ada lagi, kita kacau kelapa buat inti, terus terjadi badak berendam air tangan sendiri. Haha. Puas hati dapat makan kuih yang cukup rasa, bukan gigit tepung semata.


Sebab dah tapau Nasi Kandar Lawood, tu yang sempat lah nak buat kuih segala. Sedapnya lahai nasi kandar ni. Untuk  anak-anak, buat lauk fucuk suhun dengan telur.

Bulan puasa ni memang macam-macam tekak teringin. Nak juga makan kek batik malam tu. So, kita ambil bahan yang ada je. Ambil biskut budak-budak ni, cairkan butter, campak susu, boh vico, godak-godak, simpan dalam esbox (peti ais), besoknya sahur kek batik.

Walaupun Azreen kata, apa bendalah kuih awak ni, tapi rasa dia sedap tak terkata tau. Betul, tak tipu, memang sedap.
Haha.


18 Ramadhan 1437H

Berbuka di luar time ni sebab pi settle cari baju bapak dan anak. Lepas settle berbuka, singgah rumah kawan I pi ambil kuih lidah buaya. Sedapnya lahai, malam-malam mengunyah lidah buaya ni. Krup krap krup krap mengadap tv.


19 Ramadhan 1437H

MIL call suruh datang berbuka kat rumah sebab dia kata, dia masak ikan besar. Kang takde orang nak habiskan. Menu simple, ikan siakap tiga rasa (kuah tak siram lagi sebab nak rasa garam), bendi goreng bercili, sup ayam dan ayam sambal kering. Tekak mak buyung lak nak roti john, maka, pak buyung kenalah belikan ;)


20 Ramadhan 1437H


Berbuka puasa dengan adik-beradik abah dengan tema potluck. Kalau berbuka kat sini memang lambat baliknya sebab pakej lengkap. Lepas berbuka Maghrib berjemaah, lepas tu sambung makan, lepas tu Isyak, sambung dengan terawih. Penutup moreh. Dah selesai, baru kau boleh pulang. Haha.

Menu potluck macam-macam, tapi tak tahu apasal adik I snap gambar ni je. Tak boleh harap tau diorang ni kalau suruh ambil gambar makanan! :p


21 Ramadhan 1437H


Iftar with Geng Bas Sekolah dan Geng Tetampa. Tuan rumah sajikan menu Arab. Falafel kot nama dia. Ala-ala sandwich subway tapi ni version arab punya. Senak perut kenyang walaupun makan setengah je. Terima kasih tuan rumah. =)


22 Ramadhan 1437H

Berbuka di rumah MIL lagi. Lauk asam pedas ikan apa tah tak ingat nama, masak lemak rebung dengan perut, ayam goreng dan sayur  bayam. Tekak I memang selalu lari dari menu utama, nak makan nasi lemak lak. So, pling, terhidang nasi lemak yang diidamkan. =)

Malam, mengadap tv sambil makan buah rock melon yang dibeli dari salah satu jabatan kat kampeni I ni. Sedap manis buahnya.


Sekejap je kan Ramadhan dah masuk hari ke 23.
Dalam tak larat tak larat nak masak, Alhamdulillah, masih mampu juga berbuka di rumah.
Alhamdulillah juga dapat berbuka di luar, so selamat sikit tak kena masak, dapat rehat sekejap.

Kepada semua, teruskan berpuasa dan menambah amal di bulan mulia ni ya.
=)


Selasa, 28 Jun 2016

Berbuka di rumah ibu.

Pergilah ceruk mana, pergi lah restoren kelas pertama,
Tapi makan kat rumah emak sendiri tetap terpaling best sukar nak digambarkan kebestannya.
Haha.

14 Ramadhan 1437H

Kami plan adik-beradik berbuka dengan ibu abah.
Siap plan menu sekali.
Menu tu macam biasalah, ikut mak buyung punya selera.

Sambal telur burung puyuh - Mak Buyung teringin.


Sup cendawan tiram campak-campak segala tumbuhan dan haiwan. - pun mak buyung teringin.


Air manis favourite suami setakat ini. Time berbuka dengan adik beradik ibu haritu, dia siap janji dengan sepupu-sepupu I dia akan buat air ni. Kan main! Padalah, hakak juga yang kena bancuhkannya =p



Banyak menu sebenarnya, tapi gambar yang difokus yang I nak makan jelah.

Ikan keli masak lemak cili padi
Ikan keli berlada
Roti nan cheese viral kat FB buat sendiri
Ikan bakar
Pucuk Ubi Rebus dan Ulam Raja
Sambal telur puyuh
Sambal tempoyak ikan bilis
Sup Cendawan
Roti John
Tepung pelita

Terpaling best sekali cerita time berbuka kat rumah ibu, ibu dah siapkan semua, sekali dia cakap, eh Ibu kena berbuka kat luar tau. Sebab kena pi berbuka dengan YB.

Ok, fine!
Maka, berbukalah kami 4 beradik dengan abah je
Haha.

Isnin, 27 Jun 2016

Team Merahnya Mak Ngah!


Alhamdulillah, semua persiapan raya  budak-budak dan bapak budak siap dah.
Dalam malas-malas nak berjalan bawa badan, tapi bila sampai je Mall, eh automatik jadi cargas!
Women kan!
Women dan shopping mana boleh dipisahkan.
Haha.

Mood nak raya memang tak berapa nak ada, sebab lagi rasa nak cepat bersalin dari nak raya.
Tapi, kita cuba adakan juga lah sebab dah berpenat-penat puasa, takkan tak mau raikan kemenangan kita berpuasa di bulan Syawal yang mulia.

Apapun, i dah tanamkan dalam kepala food hunting I untuk raya ni:

1. Lemang periuk kera dan rendang daging siat Ibu masak
2. Ayam masak merah dan kuah lodeh mak mertua
3. Nasi Impit kuah kacang makcik sawi
4. Ketupat palas kari daging dak Affa
5. Harap sangat dapat jumpa laksa johor yang sedap
6. Laksa Penang Akak Linda
7. Makan tart nenas  banyak-banyak
8. Pergi jamuan raya, open house sebanyak yang mungkin
9. Sambal bali Mak Itam Lina
10. Dapat makan tapai, tapi takut nak makan sebab takut terberanak

Haha, kan main nafsu makan mak buyung.
Almaklumlah, nak berpantang tiga bulan nanti kan, so, kita makan cukup-cukup sampai senak perut, sampai tegak duduk.

Persiapan raya dah settle, sekarang ni, tengah basuh baju baby lak buat sikit-sikit dulu. Harapnya, minggu last raya puasa ni, settle lah basuh baju baby, ubah perabot bilik tidur dan buat kuih raya sikit, Insha Allah.


Jumaat, 24 Jun 2016

Kekal bahagia, Insha Allah.


Ku telah melupakan dirinya
Ku telah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku

Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku 'kan selalu ada denganmu

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktuku
Kekal bahagia selamanya

~Kekal bahagia oleh Ippo Hafiz~

________________________________________________________________________ 

Lagi sebulan lagi, Insha Allah, genap 6 tahun perkahwinan kami.
Motip sangat kan, awal sebulan sibuk buat post anniversary. 
Haha.

Almaklumlah, makin nak bersalin ni, makin macam-macam rasa bercampur-baur.
Yang pasti syahdu, touching, begenang-genang air mata bila mengingat suami sendiri.
Orang banyak dosa dengan suami ni memang gini 
:p

Thank you B sentiasa sabar dengan perangai I.
Lagi-lagi time pregnant ni, lagi triple mengada-ngadanya kalah Iman Raneeya. 

Terima kasih Tuhan, pinjamkan mamat penyabar ni kat I.
Terima kasih kerana mengurniakan pelengkap kepada kekurangan I.
1 4 3 Aren ;)


Selasa, 21 Jun 2016

Sahur - tangga taqwa perlahan-lahan diredahi.

Mana ada orang yang selera makannya selepas bangun tidur.
Jam 4 hingga 5 pagi pulak tu.
Bangun lawan mengantuk semata-mata nak makan?
Mustahil!
Kita bukan jenis yang 'kebulur' tengah pagi buta.

Namun hakikatnya kita berjaya bangun atas nama 'SAHUR'.
Walau berat, namun sahur tetap diraikan.
Kita bangun tidur bukan kerana lapar.
Namun kita menyelak selimut, melawan mengantuk kerana 'IMAN'
Tanpa iman, tidak terdaya selimut dialihkan walau dia juara angkat berat sekalipun.

Sedar atau tidak sedar, kita sebenarnya sedang dalam projek mega mencapai taqwa.
Tangga taqwa perlahan-lahan diredahi.
Kadang rasa takut Allah itu sudah wujud dalam hati kita.
Namun kita tidak sedari.
Yang kita nikmati hanyalah kemanisan 'iman'.

Itulah Allah.
Diberinya kasih sayang kepada hamba-Nya dengan menanamkan rasa 'iman' kepada-Nya.
=)

Copy & paste: FB
Kredit: Iman Muda Asyraf
‪#‎DaieMediaSosial‬

Bulan puasa, bulan bersama keluarga.

13 Ramadhan 1437H

Lantaklah mengkome, kena telan air liur tengok gambar makanan di bulan puasa.
Haha.

Masih lagi berkisar tentang berbuka puasa.
Bulan puasa kan bulan bersama keluarga.
So, sabtu lepas, kami berkumpul ramai-ramai di rumah arwah Nenek  untuk berbuka bersama.
Ni nenek belah ibu.

So, nak jimat masa, jimat tenaga, nak fokus pada tujuan utama je iaitu berbuka, baca yassin dan bertahlil, maka masing-masing bawa potluck je.

Sambil menunggu waktu berbuka, kita baca Yassin dan bertahlil.

Menu hari tu memang banyak nau. Siap dapat tapau lagi bawa balik untuk bersahur. Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadan.

Pucuk betik rebus. Yang ni I tak reti makan.

Isnin, 20 Jun 2016

Minggu kedua Ramadhan: 8 hingga 12 Ramadhan 1437H

8 Ramadhan 1437H

Sindrom malas masak Mak Buyung dah sampai, so, hari kelapan berpuasa, kita  beli je. Gigih pergi PARAM semata nak cari roti john yang disukai. Husband pula makan yong tau fu. Budak-budak belikan kuew teow goreng sorang satu. Tambah kuih-kuih dan buah.  Frozen dim sum pun ada balance lagi, so I panaskan untuk berbuka. Alhamdulillah, kenyang juga berbuka walaupun takde nasi.


9 Ramadhan 1437H


Azreen ni agaknya dia pergi mengadu kat mak dia I malas masak, haha, maka hari kesembilan puasa, MIL ajak berbuka di rumah dia. Lagipun nak sambut kepulangan anak Along Azreen, maka, berbuka lah kami di rumah mak je.

Menu macam-macam ada, tapi yang I sempat snap dua gambar je. Keli berlada, Ikan tenggiri kari,
sup ayam, ayam golek, sambal belacan, dan lain-lain lagi yang I tak berapa nak ingat. Haha.


10 Ramadhan 1437H
I rasa, I dah habis slow dan bergerak bangun sahur, tanpa meninggalkan apa-apa  bunyi, tapi, mamat ni tetap juga tersedar. Dah sedar tu, kita suruh lah dia makan sahur sekali.


Oleh kerana dah berbuka kat rumah MIL, memang tak sempat lah  nak masak nasi. Kita buat cekodok cicah kari, roti john dan tekak pula teringin maggi. Itu jelah menu sahur pagi tu.

Petang, masih  berbuka di rumah MIL - Menu ada macam-macam, tapi I tak sempat snap gambar. Main menu yang paling meletup adalah gulai nenas masak lemak ikan masin. MIL berkalih je I rembat nenas. Haha. Sedap sangat lahai nenas masak ikan masin.


11 Ramadhan 1437H

Azreen ajak lagi berbuka rumah mak dia.
Ewahhh, bagi betis nak peha lak mamat ni.
Habis barang basah yang I beli on weekend tu nak buat apa?
Takde, takde, moh balik berbuka di rumah sendiri! ;)




Menu hari kesebelas berpuasa: Bubur lambuk permintaan tekak Azreen, ayam masak merah dan masak lemak bayam permintaan tekak I dan anak-anak. Bos kat office lak bagi kek coklat moist, memang Reezqy tak makan nasi lah. Kek tu je dia hadap sorang.


12 Ramadhan 1437H

Petang tu tiba-tiba Azreen ajak pi cari baju raya. Kita ikutkan je lah. Lagi senang, I tak payah nak susah-susah masak, nak kecahkan dapur sebab esok tu nak balik Melaka.

Dah dapat baju raya, terus pi berbuka kat Pizza Hut.

Untuk budak- budak order kat spegetti dan nugget je.

Selamat hari raya! Jadi raya kami tahun ni sebab baju raya dah complete! Haha. Last minute plan juga menjadi. Terus dapat baju raya anak beranak.

Balik dari cari  baju raya, I hadap baby nenas beli kat kawan office. Sedap sangat-sangat ni. Ada balance lagi dua ketul dalam esbox. Nanti boleh ulang lagi.

13 & 14 Ramadhan?
Berhujung minggu berbuka bersama keluarga.
Nanti kita buat special post ya

=)


Khamis, 16 Jun 2016

Persiapan hari raya.

Eh, ni gambar raya tahun lepas ni!
Insha Allah, tahun ni lepas raya bakal berlima pula
=,)


Tahun ni sebab takde pi tempah baju raya,
So, feel nak raya tu macam ada takda je.
Tambah pula kalau tengok baju raya online semua size macam memang dibuat untuk orang-orang badan lawa je, lagilah mak buyung terus down rasa macam nak raya dok rumah je.
Haha.

Itu pun nasib husband dah pilih warna tema tahun ni, lagilah tak fikir apa-apa dah. Beli je lah baju siap nanti ikut warna tema. Memang takde baju sedondon ibu dan anaklah juga tahun ni. Maafkan Mami Iman Raneeya. Tak boleh nak pakai baju sama pesen.  Berkemungkinan, size untuk Mami macam nampak memang takde harapan je. Kena sarung jubah jelah.

Ikut husband, dari sebelum raya dia dah ajak beli baju raya budak-budak.
Tapi, rasa macam tak best pula shopping raya tanpa berkumandang lagu raya.
Rasa tak best kalau tak bersesak-sesak kat jalan TAR tanpa nikmat letih berpuasa.
Nak beli baju raya kena ada feel raya!
Kahkahkah.
Kan main!

Ni husband tanya lagi, bila nak pergi beli baju budak-budak.
Bersungguh betul menanya. 
Nak beli baju budak-budak atau bapak budak yang nak beli baju baru ni?

Tak tahu nak cakap bila nak pergi, sebab badan dah besar, pergerakan pun dah cam terbatas, eh, terus rasa malas! Dan-dan juga rasa menyesal tak beli sebelum puasa haritu. 

Tengoklah nanti macam mana. Walaupun budak-budak ni tak berpuasa, haha, tapi hari raya, keutamaan tetap pada diorang. Akan cuba juga cari masa, Insha Allah.

Cuma, niat husband nak pi KL, pi jalan TAR sambil nak feeling-feeling raya tu, diharap lupakan jelah ye. Kang terberanak kat sana, dapat pula anak warga Kuala Lumpur kang. 
Kita pergi yang dekat-dekat aja sudah.

Harap-harap I tak lupa juga shopping kelengkapan untuk yang dalam perut. Memanglah baju abang kakak banyak yang ok boleh di pakai lagi, tapi nak sambut orang baru kan, at least ada la juga barang-barang baru untuk IR the third.
;)


Rabu, 15 Jun 2016

Ais krim buatan tangan resipi paling mudah dan tak banyak bahan.

Meh try meh resipi viral kat FB ni. Dah adjust sikit, sebab yang kat FB tu buat sampai dapat dua bekas, tapi kita adjust dia jadi sebekas je.

Suka nau adjust resipi orang tau. Haha.

Bahan-bahan:

Setengah tin susu pekat manis
1 tin (guna tin susu yang sama) air
1 sudu teh penuh tepung jagung
1 sudu teh penuh ovalette
1 sudu teh esen vanila
*lain-lain perasa ikut suka

Cara-cara:





1. Campur susu, air dan tepung jagung. Masak atas api perlahan dan sejukkan.

2. Dah sejuk betul (make sure sejuk betul ye. I is tak sabar. Dia suam lagi, dah pi mixerkan, terus dia jadi tak berapa pekat), guna mixer masukkan ovalette dan esen vanila, pukul guna kelajuan paling tinggi sampai adunan jadi dua kali ganda kembang (ala-ala adunan kek tu)

3. Bila adunan dah pekat, kot nak buat dua perisa, bahagi dua lah adunan tu. I buat satu strawberry, satu biar putih je, perisa vanila.

4. Masuk dalam bekas. Simpan semalam, esok dah boleh makan.

*Boleh juga campur perisa lain seperti perisa mangga, koko, milo, biskut orea. Ikut suka, ikutlah kreativiti masing-masing.



Selasa, 14 Jun 2016

Ragam anak dan tahap kesabaran makpak.



Pagi tadi bersahur berdua, sempat lah menyembang dengan suami, tanya kenapa dia tidur dengan budak-budak.
Almaklumlah, sejak bulan puasa dan membesar dengan jayanya ni, I memang tak sedar pun kalau suami masuk tidur ke, tidur di luar ke, balik terawikh ke.
Ahkak tidur mati!
Haha.

Suami jawab,

Saja. Kesian kat diorang sebab kena marah siang tadi.
Memang dah tak boleh nak bersabar dah, tu yang marah diorang.
Kalau tak marah, takkan senyap punya masing-masing.
Ni dah tidur, kesian pula bila kenangkan dah marah diorang tadi.
Tu yang peluk-peluk diorang sampai terlelap tu.

T___T

Gitulah mak pak kan, dah marah-marah, menyesal, tapi tetap sayang anak tu.
Suami I jarang marah.
Tapi kalau dia marah, bukan anak-anak je takut, mak nya pun sama kecut.
Haha.

Anak-anak memang lebih kat dia dari I sebab I garang macam singa.
Dah lah kuat bebel, tangan laju je selalu masing-masing kena cubit.
Yang kenit tu pun, ingat tak kena. Kena juga.

Eh, semua mak garang apa?
Kan?

Tapi selalu, lepas kena dengan I,
I biar dulu diorang menangis. Kemudian panggil balik peluk diorang.
Lepas tu tanya,

Kenapa Mami marah?

Yang kakak jawapan dia selalu macam-macam, yelah orang dah banyak akal, pandai bercakap pula tu kan,
Kakak tak dengar cakap Mami. 
Kakak tak nak buat Mami marah lagi.
Kakak nangis tak nak diam. 
Kakak minta maaf Mami, dan lain-lain lagi.

Yang adik jawab dia standard, sama,satu tu  je,
Adik minta mahafff, adik minta mahafff
Adik sayang Mami.

Minta lah mahafff banyak kali pun, drama yang sama tetap berulang juga dari mereka berdua.
Kahkahkah.
Sabar je lah.

Ibu dengan mak I selalu pesan,
Diorang buat perangai sebab nak perhatian kita.
Iya,
Memang I tahu tu.
Diorang dah penat behave kat sekolah, behave depan cikgu.
Tapi itulah, kita faham tapi kita pun penat juga.
Ada masa boleh handle,
Time tak  boleh handle tu yang terlepas marahnya.

Cuba juga apply segala tips handle anak meragam yang selalu dikongsi kat media sosial tu.
Ada yang berjaya, ada juga  yang ke laut.
Takpelah, janji kita dah cuba.

Ragam anak-anak ni ujian untuk kita sebenarnya.
Untuk jadi lebih sabar, sabar dan terus bersabar.
Tapi mak pak pun insan biasa.
Tahap kesabaran kadang terbabas juga.
=p

Isnin, 13 Jun 2016

Minggu pertama Ramadhan: Menu berbuka

Alhamdulillah, genap seminggu umat Islam menyambut Ramadhan.
Alhamdulillah juga, masih berpuasa penuh setakat hari ini, dan akan terus cuba bertabah dan bertahan mengekalkan kecemerlangan berpuasa untuk tahun ini, Insha Allah.
Kita nak puasa penuh tau!
=)

Tahun ini walaupun sangat  bercinta nak memasak juadah berbuka, tapi tetap juga berusaha demi memenuhi permintaan tekak tercinta.
Haha.

Dah bersusah-payah, merangkak-rangkak, berpeluh-peluh memasak, takkan nak biarkan begitu saja kan?
Maka, meh kita upload kat sini meh.


29 Syaaban 1437H

Ibu memang suka buat surprise. Tengahari Ahad, dia Whats App bagi tahu,

Ibu buat baca doa sikit lepas Asar ni. Kalau takda apa, baliklah. Tak jemput ramai pun. Lauk pun satu dua je ibu buat. Imam dak kata ok, boleh datang, so Ibu proceed je lah.

T___T

Dah lah kita dah beli tiket wayang nak belanja kakak tengok cerita Angry Bird tengahari tu, terus pujuk Azreen ajak balik juga lepas wayang habis.

Inilah hidangan kenduri express ibu. Tak banyak sangat lauk lah konon, Sup tulang, sambal udang petai, daging masak lemak cili api dengan rebung, ikan keli masak lemak dengan pisang, ikan goreng.

Alhamdulillah, niat ibu bersedekah sambil mengingati yang telah tiada, dapat ditunaikan.
Kita pun berjaya juga balik siap dapat bekal untuk bersahur lagi. =)


1 Ramadhan 1437H

So, bermulalah perjalanan Mak Buyung memasak juadah  berbuka sambil mengandung.

Jumaat, 10 Jun 2016

Hari Sukan Iman Reezqy.

Entri throw back Hari Sukan Iman Reezqy.
Haha.
Nampak nau malas nak buat tapi untuk disimpan dalam lipatan kenangan, kena juga la masuk dalam blog :p

Macam biasa, kalau-kalau program-program anak gini, makpak lagi excited dari anak lah.
Dalam group whats app pun, terserlah ke excited makpak semua.

Oleh kerana pagi itu Azreen ada program lain, so I kena lah handle Iman Reezqy dan kakak. Hantar Azreen, bawa budak-budak pergi breakfast, then terus pergi taska Reezqy.

Ni acara pertama Reezqy. Time ni dia tak nampak I, so elok aja dia ikut kata cikgu. I pun cuba nyorok-nyorok juga sebab taknak spoil program.