Selasa, 21 April 2015

Day 1: Lai lai Langkawi 2015!

Azreen, kalau I tulis tentang dia kat blog, memang dia suka. Baca banyak kali, siap hafal supaya dia senang nak bercerita balik pada I apa yang dia  baca nanti.

Dia kan Stalker kipas susah mati blog ni. Tak suka-tak suka I tulis blog pun, tapi kalau ada cerita  tentang dia, eh, terus jadi suka lak.

Ni dia dah tanya,
Cerita Langkawi tak update lagi ke?

Ohoiiii, tah blog sape tah kan?
Suruh tolong update kang, mahu?
Suka hati den lah nak update atau tak.

Last year, I beli tiket ke Langkawi untuk family kecil I dan Ibu Abah disebabkan Iman Raneeya selalu ulang statement,

Mummy, kita dah lama tak naik kapal terbang kan?

I pun iya kan ajelah. Tah bila dia selalu naik kapal terbang tah, kain main sedap je buat statement gitu. Haha.

So, nak bagi dia merasa naik kapal terbang, teruslah plan konon nak buat surprise untuk birthday suami. Kononnya, kalau I pilih Langkawi, selok-belok kat sana I dah tahu, senang nak bawa birthday boy ke mana-mana nanti. Kata nak suprsie kan dia kan, so, haruslah kena familiar dengan tempat yang nak pergi.

Tapi, tu lah. Surprise tah ke mana, birthday kek pun I lupa nak beli tok dia.

Birthday celebration yang paling disaster kot untuk Azreen tahun ni.
Kesian dia.

Berbalik pada cerita  beli flight tiket tu, dengan suami ni, yang kau hadap 24 jam, atas katil muka dia, nak pi berak tengok muka dia dulu, nak makan hadap muka dia, mampu ke kau menanggung rahsia selama 6 bulan?

Memang tak lah.
Sebelum  habis bulan September lagi, I dah pecahkan rahsia sendiri.
Maka, takdalah nak surprise kejadahnya dah.

Dan ibu abah pula, disebabkan tanpa disangka, Nenek I kembali ke Rahmatullah, diorang tak nak ikut sebab kalau boleh tahun ni, diorang tak nak pergi mana-mana. Nak duduk di rumah sahaja.
T____T

Maka, berpergianlah kami ke Langkawi dengan berempat sahaja.


1 April 2015

Dalam tengahari macam tu, SIL dah hantar kami kat airport. MIL kata, macam orang kaya betul pergi bercuti naik kapal terbang. Haha.

Rileks la mak.

Dato' Tony kan dah kata, now everyone can fly mak.
Sebab tu lah kami boleh terbang.
Beli tiket promo je nye pun. Haha.

Kekaguman terserlah time ni. Besarnya aeroplane Mummy. Selalu kakak nampak kecil je kat atas langit. 

Ha, hambik. Naik-naik je, terus dedua berebut nak tengok kat tingkap.

Isnin, 20 April 2015

Redha itu payah sebenarnya.




Bila kawan-kawan atau ahli keluarga kita bersedih,
Kita selalu kata,

Sabarlah ya.
Bertabahlah, semuanya akan baik-baik sahaja.
Redhalah atas kehendak Dia.
Redha itu pasrah. *Eh, yang ini orang tak kata, tapi statement dalam filem Ombak Rindu :p

Sebagai kawan atau individu yang mengambil berat, itu yang selalu kita kata. Niat kita baik. Untuk menenangkan si dia yang sedang gundah gulana. Mungkin tak mengurangkan kesedihan dia, tapi sekurang-kurangnya kita cuba buat dia rasa kita ada di saat dia sedih dan hiba.

I pun sama juga. Itu yang selalu kata, bila adik atau makcik rindu kat Emak. Konon nak tunjuk tabah, hakikat sebenarnya, nak redha dan pasrah pemergian emak tu, Ya Allah, sungguh payah.

Banyak benda yang I terkilan sebenarnya. Mungkin disebabkan itu, sehingga kini, kesedihan I masih tak kurang lagi.

Dulu, masa mak ada, tiap kali I nak balik ke Mantin, sambil salam mak, sambil cium mak, I akan duduk sambil pegang tangan dan renung mata mak. I selalu minta pada Tuhan, kalaulah masa mak dah tiba, biarlah masa tu I ada di sisi dia. Itu yang selalu I minta. Tapi ia jadi sebaliknya.

Mungkin ada sebab kot Dia tak tunaikan permintaan I.
Dia lebih tahu tahap mana kekuatan I sebab itu I tak sempat nak berada di sisi mak.
Mungkin kalau I ada time mak pergi, i tak boleh kawal kesedihan, pengsan ke atau entah apa lagi yang jadi.
Mungkin lah agaknya.
Semua yang diaturkan Dia kan bersebab.

Nak melepaskan apa yang kita sayang itu susah.

Lagi-lagi orang yang membesarkan kita, yang menjaga kita masa sihat dan sakit, yang melakukan segalanya menggantikan ibu yang jauh bekerja.

Mak, walaupun dia hanyalah Nenek yang I panggil mak, tapi dulu, orang selalu kata, I ni anak bongsu mak. Susah nak berenggang dengan mak. Mana mak pergi, memang I selalu diheret sekali.

Time cuti sekolah, bila mak hantar I ke rumah Ibu, I akan meraung di luar rumah bila mak balik sambil cakap Ain taknak duduk rumah Ibu. Ain nak tinggal rumah mak je. Meraung kan main padahal, sebulan je kot duduk rumah Ibu.

T____T


Mak,
Moga emak tenang di sana.
Macam-macam cara Ain dah buat mak.
Buat-buat sibuk sampai diri balik jadi tak sihat.
Join itu ini, volunteer diri, pergi sana-sini,
Setiap masa Ain isi supaya Ain tak berpeluang nak rasa sedih,
Tapi susah mak.

Mak,
Ain akan cuba redha, terima Mak dah takda.
Cuba,
Cuba sedaya upaya.
Insha Allah.

Khamis, 16 April 2015

Oh la kakak Iman!


 
Iman: Mummy dah ngaji (gaji) nanti, kita pergi main pasir (Indoor playground) tau.
Mummy: Ok.

Iman: Mummy, mummy dah ngaji nanti, Mummy beli kek Frozen. Kakak nak potong kek dengan kawan-kawan kat taska. Best makan kek dengan kawan-kawan.
Mummy: Makan kek dengan Mummy tak best ke?
Iman: Tak  best. Makan dengan kawan-kawan lagi best.
Mummy: Ok, fine!

Iman: Mummy, mummy ngaji nanti, belikan kakak Otomen satu tau. Adik je ada Otomen. Kakak takde pun.
Mummy: Amboi banyak nak beli Mummy gaji nanti ni?
Iman: Mummy kan baik, mummy ngaji nanti Mummy beli semua untuk kakak je tau, kek frozen, Otomen, main pasir, bla bla bla bla
Mummy: Ha'ah Iman. Mummy mana lah yang tak baik kan kan kan?

;)

Isnin, 13 April 2015

Bekalan ibu abah 'di sana'.

Notakaki: Entri ini bukan untuk ditujukan pada sesiapa. Ia sekadar peringatan untuk diri sendiri dan keluarga I. Mohon maaf kalau ada yang terasa atau membuat sesiapa rasa sedih bila membacanya.


Abah I, dia tak garang mana pun. Cuma perangai dia, kalau dia dah marah, dia akan tarbiah mana salah kita. Leteran yang bukan sikit-sikit  tapi panjang, lepas tu salah kita  dari A sampai Z di akan  baca. Memang bernanah lah telinga kau mendengarkannya.

Lagi satu, dia tak pernah nak menegur salah, tapi selalunya dalam gurau kasar dia, memang sambil bergurau sambil mengena kita, terkulat-kulat lah kau menahan rasa. Haha.

1. Ngaji Kak Long.  Bagi khatam. Besok, kot abah ibu mati, ada juga orang nak ngaji kat kami ni. Tak payah nak upah-upah orang untuk mengaji atau  bacakan Yassin. Anak kalau baca, cepat sampai. Lagi-lagi kalau anak lelaki.

2.  Anak lelaki, kalau boleh, boleh jadi Imam tu nombor satu, biar tahu bertahlil pun kena juga. Takkan nak harap Imam je baca tahlil selalu. Takkan dalam setahun, sekali tahlilnya untuk mak bapak sebab nak mengharap Imam. Kesian makpak dalam kubur tu.

Cari suami, jangan harap rupa, harap gheto jo. Mula-mula memang wangi, asyik ter abang ayang abang ayang. Sok, dah lelama jadi Abangang. Nak cari calon suami, biar ada ilmu agama. Tak alim takpa, at least nak belajar agama. Ada agama, elok jaga solat, Insha Allah, senang lah nak jaga kau yang bega tu. Rumah tangga ni akan kukuh kalau elok tiangnya. Kot tiangnya pun goyah, memang ke laut lah semuanya.

Dulu, I memang tak ambil port sangat leteran abah tu. Dengar sekali lalu, tapi save juga lah sesikit dalam kepada otak. Zaman mengelinjang kan, teguran tu sekadar lagu-lagu sebagai halwa telinga je.

Tapi bila mak pergi haritu, terngiang-ngiang balik semua yang dia cakap kat I dulu. Agaknya, manusia ni bila dah berduit, semua benda boleh di past kan je pada orang. Aku ada duit, aku bayar, biar orang buat.

Kepada semua,
Janganlah jadi anak yang tak sembahyangkan jenazah emaknya sebab  orang lain dah ramai sembahyangkan.
Janganlah jadi anak yang kau suruh orang surau buat Majlis Tahlil arwah mak kau, tapi kau takda tunjuk muka langsung kat surau.
Janganlah jadi anak yang boleh dia ucapkan, nanti kita upah orang je lah kak ngaji untuk emak.
T_____T

Khamis, 9 April 2015

Haikal's Outdoor Playgroup

Assalamualaikum w.b.k rakan-rakan maya.

Alhamdulillah, dapat juga peluang join Haikal's Outdoor Playgroup (Haikal OPG). Actually, sebelum tu, I tersalah tarikh. Program yang perlu dihadiri sepatutnya 14 February, boleh 15 February kami dah setengah jalan nak ke Shah Alam, baru I perasan tersalah tarikh. Terus mengamuk la Azreen, haha!

I tak lengah-lengah  terus minta maaf suami dan kat Organizer sebab tak datang semalam. Yelah, sibuk atur jadual bos, hamik kau, jadual program sendiri terbabas-babas.

Rezeki Iman kan, rupanya program pada 14 February dibatalkan dan ditunda ke April, maka, terus kita senyum lebar-lebar balik sambil mengatur strategi untuk memujuk suami tercinta bagi kerjasama untuk hadir ke HOPG. :p

Dengan Acik Jijie, the Organizer
Siapa mak-mak blogger, bakal mak, kalau tak kenal Acik Jijie ni, ia adalah satu kerugian hoi! Kalau kau menepek kat blog dia, banyak parenting tips ada terlambak kat situ. Kutip je lah untuk setiap tips tapi awas, jangan sambil kutip sambil copy paste dengan tak bersalah mengaku karya sendiri! Acik Jijie marah nanti. Hehe. 

Khamis, 2 April 2015

Selamat harijadi abang!



Abang,

Kahkahkah
Kemain berabang-abang!

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke tigapuluhdua ya.

Tu je nak kata.
Bukannya apa,
Kang, awak stalk blog saya, kecik hati lak takde ucapan hari lahir.
Awak kan stalker setia kipas susah mati blog saya.
Tak lengkap rasa hidup awak kalau tak STALK blog IG saya ;)
Haha.


Bye cinta. ;)