Rabu, 4 Mac 2015
Nak dekat birthday je masuk hospital.
Rabu malam Khamis, Reezqy merengek-rengek time Azreen nak tidurkan. Dalam pukul 11 baru dia boleh tidur. Pukul 1, time I baru nak lelap mata, tiba-tiba dia melalak. Bila tengok, Dia dah mandi muntah. Patutlaha beriya melalak.
Ingat sekali je dia muntah, pukul 3 pagi, muntah lagi. Pukul 5 pun, lepas bagi susu, keluar balik. Terus buat decision, tak hantar taska. Tumpangkan Reezqy kat rumah MIL. Kat rumah MIL, pagi dia muntah sekali, lepas tu dia bantai tidur dari pukul 9 sampai pukul 1. Bangun, bagi susu dia muntah, lepas tu pakej dengan cirit sekali. I bawa dia pergi klinik tengahari tu, tapi Doktor takda, so lepas office hour baru pergi klinik semula. Doktor bagi ubat dan advice, kalau dalam 3 hari still sama kena bawa ke hospital lah untuk dapatkan rawatan lanjut.
Jumaat keadaan masih sama. Menangis Mummy dalam hati, sebab,
1. Kesian tengok keadaan dia yang semua benda tak boleh masuk. Semua keluar balik, tak muntah, cirit-birit.
2. Kesian kat diri sendiri dan suami sebab penat kena mandi muntah dan pejam-pejam mata jugalah nak membasuh segala baju cadar semua.
Sabtu, tetap sama juga keadaannya. Cuba positifkan diri, Reezqy nak beralih bulan kot. Tu yang jadi gitu tapi Azreen dah hilang sabar petang tu. Dia suruh siap juga nak bawa Reezqy pi hospital.
=(
Berdasarkan pengalaman lalu, masa nak masuk setahun dia masuk hospital,
I kalau boleh memang tak nak serah anak kat hospital.
Lepas je register, jumpa Dr dan bersoal jawab, I memang dah agak dah tindakan seterusnya.
Kami kena ambil darah ye Puan.
=(
Dan, drama ambil darah dan masukkan air pun bermula. Keluar air mata Azreen tengok anak dia melalak macam kena rasuk tu. Ha, nak sangat kan bawa hospital!
Berumahlah kami di hospital. Masuk je hospital, Reezqy demam malam tu. Stress kot, kekejap nurse datang, kekejap Doktor pakai baju putih tu datang tanya Mummy dua puluh kali soalan yang sama.
Malam je lah demam, siang dia sihat walafiat. Siap berlari dari depan ke belakang wad dengan muntah dan cirit seiring sejalan. Alas katil berpuluh kali tukar sampai I tak panggil Nurse dah. Ambil sendiri je alas katil kat bilik simpanan cadar. Self service! Baju pun sampai dah takde nak pakai sebab semua habis kena muntah, maka, kita sarungkan dia baju hospital je lah.
Campaklah kat mana aja budak ni, time tidur dia tetap sama. Haha. Pukul lapan dia dah tidur, empat pagi dia celik mata. Ohoiiiii, mak kau ni dah lah sejam sekali asyik bangun je kat hospital, boleh pula dia bangun awal. Dah bangun, pandai tunjuk bilik toys nak dok sana.
Hari ketiga warded, Doktor masih tak dapat detect sakitnya. Suspected Rota Virus tapi result najis takde lagi sebab sample yang pertama I bagi diorang hilangkan (depa tak kata, tapi I dengar practical Doktor cakap kat bos dia), so tunggu result sample kedua yang dihantar pagi tadi.
Tapi I minta juga discharge sebab I kata Reezqy macam dah ok. Elok je Doktor bagi kebenaran discharge, sambil tunggu hospital issue bil (kemainnn bil, padahal pi gomen je :p), selambak Reezqy muntah depan Azreen. Dah mamat tu marah-marah sebab anak tak elok lagi, tapi I minta discharge.
Maka kita discharge lah dengan semuanya adalah bawah tanggungjawab I sendiri. Riang muka Reezqy bila dapat keluar. Alhamdulillah, muntah-muntah ada lagi tapi cirits dah takde.
Cumanya, sejak keluar hospital ni, dia punya ragam kan main lah hai. Macam balas dendam kat Mummy dia pula sebab masukkan dia kat hospital. Lagi satu, I positif je lah menghadap ra, nak masuk dua tahun kan budak tu, of course lah dia dah mula menunjukkan sindrom the terrible two nya. ;)
Please Reezqy, cepat sihat ye. Even Mummy ni, Daddy ko tu Mummy selalu lawan-lawankan je, tapi bab bila dia marah sebab ada kena mengena dengan anak-anak, Mummy takut dik. Cepat sihat ye dik. Tolong selamatkan Mummy dari kemarahan Daddy kau tu. Penatlah nak tengok dia tarik muka jeling-jeling tiap kali adik muntah. Cepat sihat ye Dik, takmo lah sakit-sakit. Kita nak pi jalan-jalan nanti bulan April. Kalau adik tak sihat, memang Daddy cancel semua program Dik. Kalau adik sayang Mummy dan nak pergi jalan, tolong lah Mummy dan cepat sihat ye. Sayangggg adik ;) ;) :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Eh haritu anak buah Wan pun macam ni , meriah kau muntah - cirit. Tapi tak masuk hospital. And since memang adik ipar orang yang jaga and buka taska. Memang satu taska macam tu. Ada yang pergi hospital doc cakap rota virus. Budak yang tak g hospital tu , terkulai jela kat umah.
BalasPadamsemoga cepat sihat yea Reezqy.. Amin :)
BalasPadamsemoga cepat baik lagi..
BalasPadamInsyaallah, ada di sebalik ni semua sis :)
BalasPadammasuk hospt mana ain?
BalasPadamtiba2 teringat arfan dulu genap 2 bln masuk hosp..8 or 9 hari berkampung kt hosp serdang..
Bila nak ambil darah, suruh husband yg pegang sbb ana xkuat nk tgk..mnangis2 smpai bengkak mata tgk anak kena ambil drah..eeemmm..
HTJ, Seremban Ana.
Padammemang kena serah diri ler cik ain cantik kalau package muntah n ceriberi. kita mana tau nk buat mcmmana. tapi memang bertabahlah duk sepital tu. dah rasa masa double H. yang kenit2 ni alhamdulillah.....
BalasPadam