Jumaat, 2 Mei 2014

Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran serta Happy Birthday 1, 2, 3!

Since I nak buat aqiqah untuk Reezqy, I bilang pada Ibu, kalau-kalau Ibu ada nak buat kenduri, I nak nyelit aqiqahkan seekor kambing. Seekor je dulu, sebab lagi seekor nanti nak aqiqahkan kat side Azreen pula. Bagi chance pula la kat side Nilai since Iman Raneeya dulu aqiqahnya dah buat di Melaka.

Terus, tak lengah-lengah Ibu plan, buat Majlis Kenduri Doa Selamat dan Kesyukuran, untuk sambut Ramadhan yang akan datang, doa selamat untuk adik yang akan bersalin, doa selamat untuk Reezqy dan Daniyal yang dah selamat keluar hospital, sekali harung terus buat sambutan Hari Jadi Iman Reezqy, Arif Daniyal dan Iman Raneeya.

Ha, hambik kau semua sekali jalan!

26 April 2014


Malam 27 April tu, Ibu plan nak buat Majlis Bacaan Yassin sesama ahli keluarga dan dia nak bakar lemang. Bila Abah dengar plan Ibu, terus abah cakap, kita jemput orang masjid lah. Abah sponsor sup tulang. Kemain masing-masing, sponsor tak nak kurang, terus bagi sup tulang.

Membakar lemanglah kami di petang Sabtu tu.

Menu malam itu: Sup Tulang terlajak laris. Bertambah-tambah jemaah masjid makan, walaupun malam tu tak hidang nasi pun.

Menantu Aboh yang jadi penyambut tetamu dan juga pelayan pada malam tu.

Majlis Bacaan Yassin, lead by Abah.

Lomang paneh dari Masjid Tanah.

Orang Perempuan nyembang di dapur jelah. Lepas jemaah masjid balik, barulah kami semua makan di khemah.

Lemang malam tu dilawankan dengan rendang cili padi ayam kampung, sponsored by Ibu.

Pemanis mulut, sponsored bye me :)

Roti untuk cicah dengan sup.


27 April 2014

Happy Birthday 1, 2, 3 Iman Reezqy (29/4/2013), Arif Daniyal (5/5/12) dan Iman Raneeya (27/4/2011).

Tema majlis pada hari tersebut adalah BEBAS SUKA HATI HANG LAH NAK PAKAI APA. Haha.

Kek pada hari tu pun disponsor juga. Kek minions tu dari adik I, dan lagi satu kek, makcik yang sponsor.

Nak suruh tiga orang budak duduk statik potong kek memang payah yang amat. Dengan Iman yang sibuk nak lari ke sana sini, Reezqy yang asyik nak meramas kek dan Daniyal pulak yang asyik nak berdukung, mak-mak lah yang kesian nak handle tiga orang tu. Berpoloh oi!

Kami! Tengok I pegang tangan si Reezqy. Geram je dia tengok kek tu.

Paksa juga suruh potong kek. Melalak pun lantak lah. Janji ada gambo potong kek!

Adik. I. Makcik yang sponsor kek.

One happy family at home! Ada juga gambar sefamily ha. Iman Reezqy dah gemok balik dah selepas demam haritu.

Menu untuk majlis sambutan hari jadi haritu, selain daripada kari kambing, ada kerabu mangga, sambal sotong (makcik sponsor), ikan sembilang masak lemak cili padi (kakak saudara sponsor), kangkung rebus dan sambal belacan, kuih-muih, air oren, dan air kelapa.

Menu of the day pada hari itu adalah sambal goreng tempoyak yang I masak. Nasib menjadi lauknya. Risau juga I, yelah masak untuk ramai kan kena buat banyak.  Bila masak banyak-banyak ni, seram kalau masakan tak menjadi je.  Sambal goreng tempoyak ni masak style orang neghori ni. Since orang kampung I tak pernah rasa masakan ni, ramai juga lah yang mintak resipi. 

Rainbow cake with minion theme.

6 ulasan:

  1. menyesal aku baca..
    asek telan ailio aje.
    nyampahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah.
      Maceh mi sebab bace sambil telan ailiyo :)

      Padam
  2. wahhhh
    mebelesss nya Ain tgk lemang tu...dapnyeeee

    **yg sambal goring tempoyak tu for sure mmg x pnh rasa lah nak2 plak masakan org nogori kan,,sedap ke Ain?
    =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut tekak I, sedap sambal tempoyak goreng tu Aini. Rasa dia pedas2 masam manis.

      Padam
  3. Ya Ampunnn,sedapnya lomanggg! nk sikittt~

    BalasPadam