Jumaat, 9 Mei 2014

Review: Mama, the film.


Movie Mama, ni last year punya cerita. Dan tahun ni dah keluar kat HBO.
Haritu masa cerita ni keluar kat HBO, malam. Azreen lak main futsal. I ni kalau memalam, anak-anak dah tidur, I rela tutup TV tak payah tengok TV, tak pun, buka channel lain selain daripada TV3, Astro Prima, Astro Ria dan channel TV Melayu yang sewaktu dengannya. Bukan apa, TV Melayu ni,  iklan cerita hantunya tu, buat I jadi kalut sampai langgar-langgar meja bila nak cari remote  sebab takut punya pasal :p



Bila borak-borak dengan SIL haritu dia tanya, ada tak I tengok cerita ni sebab dia kata, best Makchu cerita ni. Dia siap buat ulasan lagi. Cerita ni pasal dua beradik yang ditinggalkan bapaknya dalam hutan, then hantu besarkan dia. Dia panggil hantu tu MAMA. Tambah SIL lagi, cerita ni tak seram, tapi filem Omputih kan banyak aksi-aksi terkejut, tu yang bila tengok cerita ni memang asyik kena pegang bantal, tak pun menjerit bila terkejut.

I memang ternanti-nanti ulangan cerita ni kat TV. Azreen memang tahu pasal I tunggu cerita Mama. Suruh husband download dia malas. Nak tunggu I download, memang tak lah kan sebab I tak gemor nak buat kerja menunggu-nunggu ni. ASTRO kan suka ulang-ulang cerita kan tapi bila tiba movie Mama ni, takde pulak di ulang-ulangnya.

Sampai lah satu malam tu, pukul 12.40 pagi, tiba-tiba Azreen kejut I yang dah tidur. Terpisat-pisat lah I bangun. Ingatkan nak apa lah kan siap kejut suruh pergi tengok TV.

Elok je dah duduk depan TV, Azreen cakap,

Tu cerita Mama awak dah nak start tu. Tengok lah!  Awak kan dah pesan suruh panggil awak kalau cerita ni ada. Awak tengoklah ya. I nak tidur. Good night yang.

I tengok jam, pukul 12.40 pagi dah.

Memang nak lah sangat kan I tengok cerita tu pepagi buta. Lepas tu tengok sensorang pulak. Terus laju-laju I tutup TV walaupun cerita tu baru je nak start.

Masuk bilik, tengok Azreen dah gelak-gelak dah dalam selimut.

MEMANG KURANG ASAM JAWA PUNYA SUAMI LAH KAN MENGENA ISTERI DIA YANG PENAKUT NI PEPAGI BUTA!!

4 ulasan:

  1. scary la akak citer ni.. sy tgk pkul 6 petang still takut sampai ke malam..feeling2 nak sedih lah sambil teringat pengorbanan mak bile tgk citer ni. takde makne nye.. hahaha. nway, happy mothers day, kak ain.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye ke scary Sue? SIL akak cakap tak seram mana pun.

      Padam
    2. klu bangsa2 yang suka tengok citer hantu, mmg tak scary sangat lah kak ain.. tapi klu bangsa penakut yang tengok pintu almari bergoyang time malam pun dah takut, movie ni jatuh kategori serammm. hehehe

      Padam
  2. cite ni aku tgk kt panggung ngn ajim.
    aku lari pi toilet. sebab aku penakot. hahahah
    dari segi emosi cite ni best n sedih. ciaannnn kat antu tu...
    dari segi seram tu takde. tapi muzik die rase macam bila antu tu keluar ko nak lempang laju2. tokojuttt makk

    BalasPadam