Khamis, 13 Mac 2014

Cara semak baki pinjaman perumahan kakitangan awam.

Kau belajar tinggi-tingi,
suruh semak balance loan rumah pun kau tak reti.

Coiii!
Tulah ayat abah tiap kali dia tanya status terkini baki pinjaman rumah yang dia minta tolong semak.
Haha.

Nak buat cemana bah, SEMAKAN ONLINE hanya update sampai Februari 2013 je. Takde kemaskini terkini. Bila call Bahagian Perumahan Kerajaan pula, asyik-asyik masuk mesin operator, lepas tu dia cakap, sila tunggu, anda pemanggil nombor 45, turun 35, turun 18, turun, 9 kemudian, maaf, semua talian operator kami sedang sibuk. Sila panggil sebentar lagi.

Oohooiiii, sedap je telinga yang sabar ini mendengarkannya. Nasiblah caller ni gomen to gomen kan, so tahap kesabaran tu ada batasnya lagi lah. Haha.

Lagipun, I ni belum ada buat loan rumah dengan kerajaan lagi bah, so tak berapa nak tahu la cara mudah macam mana nak semak baki. Ada dapat nombor pegawai di sana tu, sampai ke hari ini SMS i tak dibalas-balasnya.

Penyelesaian terakhir I buat untuk menyelesaikan masalah abah Den ialah Den trial and error jo lah dengan cara berikut:

1. Pergi ke website BAHAGIAN  PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA dan klik la yang berbulat merah tu.



2. Kemudian akan keluar seperti gambar di bawah ni. Maka,klik lah yang berbulat itu lagi. Seterusnya, untuk pengguna baru macam abah I yang tak pernah ada akaun online maka haruslah kita mendaftar ID Baru. Masukkan maklumat yang diperlukan dan kemudian korang akan boleh log masuk dah. Time ni juga dia akan minta nombor akaun pinjaman, so korang boleh dapat dari SEMAKAN ONLINE kat atas tu tadi.


3. Selepas itu, dapatlah I menyemak baki pinjaman perumahan Abah Den siap I print penyatanya kejadah semua yang berkaitan lah. =)

Alhamdulillah, dapat juga anakmu ini membantu menyelesaikan masalahmu itu. Pueh hati Den dapek membantumu Aboh. Takdolah kono hamput dah lopeh ni. Haha.


Notalipscumel:

To akak receptionist ke kerani ke pegawai ke apa tah, yang I bertanya sebab tetiba I tercall selain daripada nombor bahagian  akaun, sila take note ye:

1. Abah den tu umur 61 tahun dah. Tak ghoti dio doh nak online-online bagai. So, tak payah lah cakap, sekarang ni semua dah online lah, sila semak online lah!

Kalau abah akak kek tompek abah den tu, apo raso akak kalau den cakap gitu? Don't expect semua orang well educated macam akak yang sentiasa ado smart phone terel online semuo.

2. Den memang tak tercakap time akak keluar statement gitu sobab den pikir positip. Mungkin akak dah masuk lambek dari rehat, lopeh tu kantoi dengan bos, then kono jawab lak soalan Den yang benbukan tu, tu sobablah akak raise volume like that to me. Takpolah kak, den pun orang gomen gak, so den paham situasi akak tu, dan den mahapkan jolah. Kito satu Malesyia kan kak kan kan?

Ok, dah.
Tu jo den nak kongsi an harini.

12 ulasan:

  1. Terima kasih diatas panduan yang diberikan.... tercari-cari jugak dah lama tak buka, rupanya sudah berwajah baru.

    BalasPadam
  2. Tiada di beri panduan oleh Treasury

    BalasPadam
  3. Terima kasih. Walaupun saya tidak faham semua perkataan anda, (Minta maaf sebab saya orang Cina dan hanya faham Bahasa Melayu 'buku/formal' belajar di sekolah. Tetapi 'screen-shots' yang anda sediakan cukup self-explanatory. Saya cikgu tua yang sudah bersara. Sama macam abah anda,memang susah nak hubung BPP untuk dapat bantuan. Sudah lama saya cari di laman BPP tetapi gagal. BPP patut beri panduan yang lebih jelas. Terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam
  4. botoi tu nak. den pon orang tuo gak. merangkak-rangkak nok boaut online-online ni terkial-kial. tk. atas gambar-gambar ekau tu

    BalasPadam
  5. mak saya pun minta tolong saya..tapi xtau no akaun pinjaman tu sebab dah lama tertunggak bayarannya.surat pun ntah kemana semuanya.as expected talipon memanjang tak berangkat..

    BalasPadam
  6. terima kasih banyak atas panduan...orang lama memang x berapa gheti nak online online...teman yang muda ni pun tercari cari macm mana nak semak... nasib baik ada panduan dari mike....tqvm....saya pun org gomen gak...bila org awam tanya..tersipu sipu tak tahu..ha ha ha ha...

    BalasPadam
  7. Nak tanya, kalau kita nak selesaikan pinjaman, adakah dibayar mengikut baki yg dinyatakan atau ada pengiraan lain?

    BalasPadam
  8. klu mk byr skaligus ade formula yg trsendiri so xikut cam baki kat statement 2. Means byrn lbih rndah dr statement

    BalasPadam
  9. Terima Kasih ....sangat membantu ...Alhamdullilah

    BalasPadam
  10. Gomen tak gomen...kenalah jawab baik2 bila ada pertanyaan yer dak....

    BalasPadam
  11. Semakan baki untuk pinjaman perumahan adalah amat penting. Semak dengan kerap supaya anda ketahui berapa lagi kena bayar dan tempoh kena bayar.

    BalasPadam