Selasa, 4 Februari 2014

Cuti-cuti Utara - Majlis Perkahwinan di Alor Star, Toys Museum dan Penang Street Art

Day 1

Alhamdulillah, kali ni dapat my lil' family berjalan ke Utara. Oleh kerana, banyak program yang nak dibuat time trip ke Utara ni, Azreen tak habis-habis suruh I buat aturcara program. Haha. Tu yang kan main beraturaca bagai tu. Azreen ni kalau nak berprogram memang dia nak ada aturcara program sebab senang dia nak susun  baju dia ikut program. Ngado je lah kan.

Day 1 tu, hari I dan famili bergerak ke Pulau Pinang. Selepas sarapan, dalam pukul 10 pagi terus masuk highway dan menuju ke Utara.  Dedebar juga I untuk trip kali ni sebab bawa seorang baby dan seorang toddler kan. Dah la jarak tu agak jauh dan akan spent masa yang lama dalam kereta, dedebor ahkakkk untuk menghandle budan dua ketoi tu. Sepanjang perjalanan hingga berhenti rehat di Tapah, memang takde masalah. Elok je masuk kereta Iman dan Reezqy elok tidur je. Kalau bangun pun, bagi tab, diamlah diorang. Tapi, lepas dari berenti rehat di Tapah tu, Azreen suruh I drive dan dia jaga budak, Iman Raneeya pula buat hal. Muntah dalam kereta. Selambak dia bagi. Nasib ada alas tilam dalam kereta. So, selamat lah seat. Terus laju-laju berhenti dan tukar apa yang patut. Then, gerak balik, dua beradik ni pakat berak secara berjemaah pulak. Memang kejap-kejap berhenti lah jawabnya. Kami sampai dengan selamatnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada pukul 4.30 petang.


Day 2

Hari kedua, kami hadir kenduri kahwin officemate kat Gunung Keriang Alor Setar. Masuk yang ni, entah kali keberapa tah Azreen suruh campak GPS I tu sebab asyik silap je. Kahkahkah. 

Sebelum  sampai kenduri. Ramai yang tegur perut I tu. Haha. Insya Allah korang, kalau dah tertulis ada rezeki, adalah tu nanti. Eh? :p

Bergambar kenangan dengan perantin.  Untuk Kak Halina, selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke syurga ya.    Hai, boleh tahan tak keruan juga bawa budak dua ketoi tu hadir majlis kahwin di tengahari buta. Haha. Nasib makcik pun ikut sama, so membantu juga lah nak handle mereka.
Pergi majlis kahwin orang Utagha ni, makanan dia mak oii berlambak tak terkata. Dari nasi ke laksa membawa ke putu mayam thorrrbaik, apam balik dan macam-macam lagi lah. Ketat perut dibueknyo.


Day 3

Kalau ikut aturcara program, memang banyak tempat nak pergi di hari ketiga. Tapi faham je lah kan,  bila beranak kecik ni. Hai la hai. Keluar rumah pun dah lambat, so kita pergi mana yang sempat je lah.

Tak sah kalau pergi Pulau Pinang tak naik feri kan kan kan.  ;)

Takkan bolehnya nak ambil gambar berempat elok molek cantik.
Tempat pertama yang kami pergi adalah Toys Museum. Ni tempat yang Azreen nak pergi sesangat. Dan seperti biasa, bersesat-sesat dahulu, kendian lah baru sampainya. Haha.

Gambar Kenangan dengan budak dua ketul yang dah tak tentu arah menengok toys yang banyak.

Monster Inc yey!

Adik dengan kembarnya, Super Sonic Astro  Boy

Mummy dan Iman Reezqy. Time ni badan dah start dedor dah budak ni.

Kak Iman yang bila tengok semua  toys akan keluarlah ayat dia: Mummy nanti kita beli ni ya. Kemainnn, semua lak tu dia suruh beli. 
Tiket masuk ke Toys Museum, Dewasa RM15, kanak-kanak RM10. Lepas ke Toys Museum, kami singgah ke Persisiran Gurney cari toilet sebab budak dua ketoi tu berak. Trip kali  ni memang kerja part time I basuh berak sokmo. Haha.

My  lovey dovey family  =)

Next, kami pergi ke tempat yang I nak sangat lawati iaitu Penang Street Art. Untuk makluman korang, Penang Street Art ni, jarak antara lukisan tu jauh-jauh tau. Kalau familiar jalan, boleh bawa kereta sendiri. Kalau tak, boleh dapatkan khidmat beca. Kalau nak lebih adventure, boleh sewa basikal dari kedai-kedai yang ada menawarkan perkhidmatan basikal. Nanti diorang akan bagi maps untuk senang korang cari tempat lukisan ni. Sewa basikal ialah RM10 tanpa had jam. I dan anak-anak naik  beca je. Untuk beca pula, sejam RM40.



Malu-malu kucing je nak bergambo sebab ramai yang tunggu turn. So, kita  bergambar sambil control ayu je lah gitu.



I tak dapat bergambar dengan semua lukisan pun. Almaklumlah kan bawa anak kecik ni, bukan sepanjang masa dia ok. So, bila dah meragam tu, mana aktiviti kehendak hati tu kenalah dihentikan. Haha.



Then malam kami plan nak ke Night Market la kononnya. Tapi, tapi, tapi, as i said, kehendak hati tak boleh nak diturutkan sangat  bila anak kau rules the trip.  Haha. So, balik la kita ke bilik sambil lupakan niat di hati. Mana kau nak? Nak hadap anak melalak-lalak cranky sebab dah letih atau  melayan kehendak hati nak mengelinjang sambil lupa diri yang anak dah dua?

Haha.

:p

7 ulasan:

  1. aduhh nak kene repeat penang la kalo mcm nie!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila repeat especially tang Penang Street Art tu. Best!

      Padam
  2. mcm best je toys museum tu...

    & dah lama jgk x nek feri...

    BalasPadam
  3. bestnye... selama p penang ni xpenah pulak singgah tmpt2 mcm ni... next time will singgah n snap pic jg laaa...

    BalasPadam
  4. teros lapar nasi kandaq line clear... ah sedapnyerrr

    BalasPadam
  5. dah naik harga toys museum tu..ms Ai pegi aritu rm 10 tuk dewasa..
    Ain x pergi chochouse ke?

    BalasPadam