On the way nak pergi office:
Suamisah: Awak tak rasa ke life kita ni boring je. Gelap pagi dah pergi office. Gelap balik pula sampai rumah. Hari-hari rutin yang sama je. Weekend, tak ngemas balik kampung. Tak balik kampung, ngemas.
Isterimithali: Habis tu awak nak macam mana? Takkan nak suruh I buat tarian tiang lak seminggu 3 4 kali.
Suamisah: Kahkahkah. Awak ni kan, orang seriuslah.
Isterimithali: Aku pun serius ni ha. Iman Raneeya, Mummy kata jangan pijak kaki adik kan. Duduk, duduk! Kang jatuh macam semalam tu nak? Iman ingat tak Iman jatuh macam mana semalam? Sakit kan? Pijak kaki adik bla bla bla bla...
Iman angguk then duduk tapi kaki tetap kuis kaki Iman Reezqy yang slumber dek asik tujah-tujah ibu jari ke kaki kakak dia dan Suamisah hanya mengerling je lah thru cermin pandang belakang.
Suamisah: Yang, hari ni kita E.L nak?
Isterimithali: Haishhh, tak elok lah EL EL. Nanti rosak rekod perkhidmatan. Effect pencen. Nak cuti, apply la ikut cara dia. *main belasah je jawab.
Suamisah: Hmmm, susah betul kahwin dengan BFF Pendaftar ni.
Suamisah: Apa kata kita dating harini nak?
Isterimithali: Awak tak rasa bersalah ke hantar anak pergi taska, hantar anak kat mak lepas tu kita dua pergi dating?
Suamisah: Adoiii, ada aja jawab dia lah. Sekarang pilih, awak nak pergi ke tak?
Isterimithali: Nak!
Haha.
Maka, dengan rasa bersalah dan macam-macam rasa yang ada, kami pun meneruskan misi sweet escape kami.
Happy dapat pergi. Curious apa kata MIL nanti. Annoying sebab suami suka paksa-paksa. Sedih sebab pergi dating tapi anak tinggal. |
Hmmm, dah jarang ambil gambar begini. Apasal tah. Sekarang ni, bernafsu ambil gambar banyak-banyak dengan anak je. Kahkahkah. |
Terus tukar kasut. Dengan harapan, kang lenguh berjalan, boleh beli kasut lain. |
Nyinggah breakfast di tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat jatuh bangun malas rajin pergi kelas. Haha. |
Food hunting lagi: Ini sangat sedap. Ini sangat menyihatkan. |
Dan semalam,
Alhamdulillah, dapat merasa nikmat makan dan menghayati makanan tu.
Takda nak kena take turn makan sambil telan ailiyo tengok salah seorang makan dulu sambil berharap jangan lah dia ni habiskan lauk atau ambil bahagian I hahaha.
Takda nak kena, bertindak pantas tolak pinggan dari dicapai Reezqy yang selalu suka kemas meja dan campak barang ke bawah.
Takda nak kena berderau darah tengok Iman Raneeya angkat gelas kaca minum sambil berdiri dan hampir terlepas gelas ke.
Takda nak kena tengok salji bertaburan di atas lantai mahupun meja.
serta,
Takda juga dengar alunan suara merdu Iman Raneeya dan Iman Reezqy menjerit di dalam kedai.
Haha.
Tapi kan,
Sebab dah immune dengan keadaan makan kat kedai dalam keadaan chaos, rasa macam takde challenge pulak haihh makan senyap sambil pegang tangan bertentang mata ni.
Kahkahkah.
Dan,
Tak berapa nak best pulak, bila keluar berdua sambil berpegang tangan,
tapi hati teringat anak.
Tak feel dating oii.
:p
Wa seronok nye kak :)
BalasPadamSeronok beronok ronok rina oi. Haha.
PadamI is jeles!
BalasPadamkbai
Jeles takpe, tapi jangan marah.
PadamSabar tunggu laki balik tahu.
baru semalam aku amek half day keje nok..keje pagi, tengahari teman hubby gi check up, terus dating...
BalasPadamala, dating pun pi lunch sesama, gelak2, pastu sambung pulak mkn cendol dgn goreng pisang, best wooo...hahaha..
sesekali kita mmg perlu masa berdua tanpa anak2...tak perlu rasa bersalah, kita tak buat salah pun...demi keceriaan hubungan suami isteri jugak...we need that time nok...
Tu lah nok. Memang perlu dating-dating ni.
PadamCumanya, anak kekecik ni, bila nak dating tu sokmo terfikir jelah.
semalam aku MC ajim pon MC. konon cirit birit tapi dah nak baik. bantai g merendek sampai ke puchong makan sushi.
BalasPadamnak mkn kt alamanda takut kantoi. hahahaa
hari tu kami dating berdua kat tepi kubur (incik atan ajak lunch). memang rasa lainlah sebab dah lama tak keluar berdua. selalu ada babak sampingan dan tambahan. hehehe...
BalasPadam