Khamis, 6 Februari 2014

Cuti-cuti Utara: Hari Keenam, Teroka Taman Negara Pulau Pinang ke Pulau Kerachut

Pada mulanya untuk hari keenam takda apa-apa program, sebab I fikir, besok nak balik dah, elok kami berehat je tapi Makcik telah cadangkan kami sekeluarga pergi teroka Taman Negara Pulau Pinang pula.  Yelah, datang pun bukan selalu kan, so alang-alang dah sampai, elok la pergi jejak kaki.

Azreen tak setuju pada mulanya sebab ada budak dua ketul tu kan, bukan senang nak handle kalau nak masuk hutan, dah sah-sah salah seorang tu nak kena dia yang dukung tapi lepas kena ayat manis makcik I, terus dia ikut je. Makcik I kata, trek senang je macam naik Broga tu, no worries la Rainnn oi. 

Haha. 
Senang lah sangat kennnn :p :p :p

Sebelum meneroka kena tulis nama kat kaunter. Siap kena tinggal no kad pengenalan bagai.

Taman Negara Pulau Pinang, here we go go go!

Memula trek cantik je kemain. Jalan pun macam pergi  bersiar-siar kat taman bunga ha.

Trek masih ok dan Iman Raneeya masih nak berjalan.

Jambatan gantung kontot.

and then, the adventure started.... kahkahkah.

Sebelum terus kan jungle treking, kami singgah di titi gantung dulu. Masa banyak habis kat sini. Untuk naik titi gantung ni, dikenakan bayaran RM5 (warganegara) untuk dewasa. Kanak-kanak free.

Adik I bawa sekerat jalan je naik titi tu. Then I patah balik sebab jambatan melayut kemain bila dua  beban berat berjalan buat I seriau. Haha.

Azreen gayat naik titi tu. Haha.

Ni antara laluan treking. Kakak Iman taknak dukung langsung time ni. 

Mula dah membukit treking nya.

Time ni Iman dah mula nak berdukung. Maka, penatlah bapaknya. Kahkahkah.

Laluan dia kejap mendatar, kejap membukuitt.

Tan membukuit tak tinggi manalah pun tapi  bila kau berjalan kena angkat baby berat 10 kilo dan 11 kilo memang agak bergoyang kepala lutut juga lah. Haha.

Iman main panjat-panjat tangga sambil kira one two three.

Tukar-tukar dengan makcik bawa adik. Hongeh oii dukung adik.

The happy me sebab time ni tak kena dukung sesapa.

Take 5 kat mana-mana tempat yang boleh montot boleh bertenggek.

Pssstttt, ada orang kan, dia kan, lupa pakai deodorant oii time jungle treking. Kahkahkah. Cuba teka siapa?

Sampai la kita di tasik meromiktik: tasik pertemuan air tawar dan air masin. Malangnya, time kami datang, tasik tu kering. So tak nampak lah perbezaan airnya.

Setengah perjalan, I carry adik balik. Dua kali adik tidur time treking ni. Sedap kot bergoyang-goyang dibuai-buai carrier, tu yang buat dia tertidur.

Lepas sejam setengah berjalan, maka sampai lah kami di Pantai Kerachut. Pantai Kerachut ni ala-ala private beach. Mat Salleh suka la ke sini. Ada yang naik bot, ada yang treking. Pantai dia gebu sangat sampai penyu datang lah untuk bertelur.

Lepas penat berjalan, kami berehat dalam dua jam sambil main masak-masak. =)

Sebelum balik, singgah kawasan penetasan penyu.

Azreen's lil family waz here :)

Sekodeng anak penyu

Nampok dak anak penyu?

Time balik, kami tak treking dah. Sewa bot je suruh datang ambil. Sewa bot RM150 ye.

Dalam bot.

Memula naik bot, kemain boleh senyum kemain.

Bila dah tengah laut, dengan ombak kuatnya, mak oii terlambung tinggi kau. Si Iman sampai nangis lah takut siap tutup-tutup mata. Jujurnya, i rela jalan balik dari naik bot. Seram sangat. Siap teringat tsunami time kena lambung dengan ombak. 

Dalam setengah jam naik bot, kami sampai di jeti Taman Negara Pulau Pinang dan tamatlah eksplorasi Taman Negara Pulau Pinang kami. Best oooo pergi TNPP.

=)


Cuti-cuti Utara Hari Pertama hingga Keempat.

3 ulasan:

  1. bestnyer bercuti dgn family hehehe..anyway Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer ;)

    BalasPadam
  2. best2..mmg best :)
    kalo teambuilding mmg tmp ni jd salah satu tmp pilihan ain..nak plak lps penat daki tu p mkn kat pantai yg shantekk tu kan..apa nk kata..hehehee

    BalasPadam