Rabu, 23 Oktober 2013

The terrific two, perancangan keluarga, bertenaga ketika berpantang dan tips mendapat anak lelaki.

*tarik nafas. hembus. tarik nafas. hembus. lepas tu senyum dan taip.




Haha. Kemain!
Semenjak beranak dua ni, memang selalu kena tarik nafas. Siap tarik nafas panjang-panjang lagi dan kalau dah tak boleh nak menahan amarah, kena lah beristighfar. Istighfar panjang dan istighfar pendek gitu.

Kalau masih tak hilang juga rasa yang bersarang tu, maka Mummy pun terpaksa lah bertukar!!!
Terus kau keluar suara Mak Tiri Bawang Merah, kepala berasap, rambut mengerbang dah.
Marah lettew namanya.

Ok, berbalik pada tajuk, masa pantang haritu, kerap juga ditanya soalan-soalan ni. Terutama yang the terrible two menghadap adik dia kan. Ramai yang nak tahu macam mana reaksi IR bila adik dia lahir.

1. The terrific two a.k.a terrible two.

Selepas keluar dari hospital Isnin petang tu, I terus balik Melaka. Sampai dalam pukul 6 lebih camtu lah. Keluar je dari kereta, Iman yang memang dah kat Melaka dah tunggu di pintu rumah. Perkara pertama yang dibuat ialah bukan pandang adik dia, tapi hulur tangan, Mummy nak dukung. =,( Sedih gila time ni sebab dah lah mak kau jahit 20 nak, sedangkan batuk pun ditahan-tahan inikan pula nak dukung beban yang berat 9 kilo tu. Nak langkah longkang time tu pun Daddynye yang mendokong. Tapi, dari situ I dah suspect, Iman masih tak sedar lagi kehadiran adik dia tu.

Malamnya pula, time nak letak adik dia atas tilam yang bersambung bantal dengan bantal peluk tu, di tariknya. Terus dia pula nak baring atas tu. Dan malam itu jugalah bermula dia berdrama, menangis, semua serba tak kena. Mode attention seeker is on jam tu juga. Paling yang buat dia melalak adalah dia suruh I dukung dia yang tak dapat-dapat tu.

Time berpantang di Melaka takpa lagi, bila Iman berdrama, ada Atuk dan Nenek yang membantu. Kau menangis ke, kau tabur nasi atas lantai ke, kau terbalikkan baju adik kau ke, takpa. Nenek dan Atuk ada tolong pujuk dan tolong kemas.

Tapi bila balik rumah sendiri, hari pertama je I dah rasa nak lari balik Melaka semula. Haha. Nasib lah time tu dah minggu ketiga nak masuk keempat, so dah kuat sikit. Bila Iman berdrama, ada juga lah tenaga bila nak hadap. Daddy dia pun banyak membantu juga. Nasib jugalah dari awal I dah train Daddy cuci berak, mandikan anak, bancuh susu semua. So, benda tu sedikit sebanyak membantu juga dalam menghandle the terrible two Iman Raneeya ketika itu. Tapi bila Daddy kerja, I terpaksa lah transform jadi Supermum. Lagi-lagi kalau dua orang menangis serentak, time ni kalau tak betul kuat memang dengan Mummy nye sekali pun turut nangis juga. ;p

Sampai sekarang, Iman kadang-kadang ok dengan adik dia, kadang-kadang tak. Kalau barang dia, sampai sekarang dia akan cakap tu Iman punya termasuk barang adik dia. Kenalah pujuk cakap adik pinjam ye, baru dia tak rampas.

Ada time minum susu, bila dia tengok I pegangkan botol adik dia, dia akan cakap, Mummy pegang botol Iman. Kelakar ada, kesian pun ada bila time camtu. Tapi nak buat macam mana, realitinya awak tu dah jadi kakak, Iman. Silalah beralah dan kurangkan manjamu itu.


2. Perancangan Keluarga.

Yang ini no komen. Ibu I marah kalau rancang-rancang. Anak tu rezeki katanya. Tapi bila tengok balik pengalaman kat atas ni, I rasa memang patut lah Nurse KK tu bising bila anak belum dua tahun lagi dah pregnant. ;p Kesian kat anak, belum faham apa-apa lagi, belum cukup kasih sayang lagi,  belum puas manja lagi, dah kena berkongsi kasih. Manalah dia tak mendiva kan.

So, untuk next baby, ditambah dengan pengalaman bersalin yang kan main best tu kan, I rasa, Insha Allah, tunggulah Reezqy dah jadi abang-abang dan Iman dah darjah satu ke, barulah plan nak menambah. Cumanya, kalau merancang terlalu lama, umur pun meningkat dah time tu. Takut macam-macam penyakit pula menyusul sama. Bila tengok pengalaman kak ipar yang pregnant sekarang, yang memang dipantau bebetul oleh Doktor sebab umur dah lebih 35 tahun, I jadi takut pulak. Tengoklah macam mana.

Apapun, kalau rezeki anak dah tertulis terawal, I dan suami tak menolak. Manusia kan hanya mampu merancang. Tak gitu? Kahkahkah.


3. Bertenaga ketika berpantang.

Untuk soalan yang ini, awal-awal I minta maaf. Bukan apa, kat FB kat IG tu, mana yang I share adalah waktu sihat gembira dan gambar yang elok je lah. Tu nampak macam sihat dan bertenaga je. Lagipun time berpantang kan kena happy sokmo.

Ada juga masa tak larat ke nak nangis ke tak boleh handle itu ini. Ada. Tipulah kalau takde. Tapi yang itu, i kongsikan dengan BFF, suami dan ahli keluarga je lah. Bukan apa, tak semua benda kita boleh share kat media sosial ni ye.

Kalau ikut tak larat tu memang ada. Tapi nak buat cemana, anak tu kan tugas, amanah dan tanggungjawab. Suka tak suka, even terpaksa, diorang memang keutaman kedua lah selepas suami. Kalau tak larat pun kena buat larat. Dalam hal ni juga, suami dan keluarga pun banyak membantu handle semua ni.

Selain itu, supplement shaklee dan lain-lain yang I ambil juga mungkin salah satu penyumbang I bertenaga sokmo kot.


4. Tips mendapat anak lelaki.

Kahkahkah.
Yang ini, belum taip lagi I memang dah gelak. Yelah, macam kelakar pula bila orang tanya macam tu. Bukanlah soalan tu tak munasabah sebab memang ada pun caranya nak dapat anak perempuan atau lelaki tapi I tak buat pun macam tu.

Apa yang I amalkan ialah sejak dari tahu pregnant, selalu doa selalu minta yang anak dalam kandungan tu jantina yang kita nak. Tu jelah. Lagipun, I memang nak anak lelaki untuk kandungan kedua ni sebab nak tunaikan permintaan suami yang beriya nak anak lelaki. Takde apa-apa tips pun yang I amalkan.

10 ulasan:

  1. Aku kene berusaha lebih la nie kak nak anak lelaki. HAHAHA.
    Aku baru tanya pendapat/tips kawan aku mcm mana nak handle 2org anak. hiii
    Adehh sedia ke tak nie wehh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko kena sedia banyak2 Qis. Lagi2 dengan keadaan perantau ko tu.

      Tang anak lelaki tu, takpa. Anak ketiga nnt usaha. haha.

      Padam
  2. Balasan
    1. Ada. Nak ehem2 nanti panggil aku. Nak?
      Kahkahkah.

      Padam
  3. salam.
    nice:)
    nnt free singgahlah ke blog noly ye
    www.nolyanna.blogspot.com

    BalasPadam
  4. teringat anak sedara sy. kalau x silap sy, x smpai umur 2 tahun, dya dh dapat adik. n sy sbg mak su dya, mmg perasan yg anak sedara sy tu mcm buat perangai utk tarik perhatian. kesian tgk. tp itu lah, kalau nak trlalu jarakkan kelahiran, usia makin meningkat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faktor usia lah yang buat akak tak jarak sgt TTB.
      Lagi berusia, lagi mcm2 risiko pregnant ni.

      Padam
  5. Tercunggap akak baca n3 nie...he3x....masih terasa bagaimana punya 3 org ank yg lahir selang setahun berderet2..mcm kembar 3. tapi alhamdulillah ketiga2nya perempuan n xlasak..xsedar masa cpt berlalu..skrg mrk brtiga dh ank2 dara.......bangga pulak rasa bila tgk mrk mcm sebaya.....

    BalasPadam
  6. Susah-sudah dahulu kak, sekarang akak dah senang sikit dah
    =)

    BalasPadam