Jumaat, 25 Oktober 2013

Erti Al-Fatihah

Sejale juji bagi Awwah
Tu han pemesta alam
Ma ha pemuwah lagi maha penyanyang
Yang menguwasayi hayi pembalashannnn
hanya tepadamu ya awwahhh
Hanya tepadamu ya awwahhh
Kami mohon perthoyongannn
Tunjukilah kami jayan yang wuruss.....
Bla bla bla
Bla bla bla
tetiba hujung sekali ada dia sebut sheshatt.


Dua tiga hari ini Iman stok karok lagu ni je sensorang dia.
I macam,
Lagu apa lah Iman nyanyi ni.
Tambah pula kalau dia nyanyi laju-laju tak tentu arah jadi bunyi perkataan tu.

Dah lah Iman ni, kalau nyanyi,  ada masa dia suruh kita nyanyi sekali.
Setakat lagu lompat si katak lompat, bangun pagi gosok gigi tu boleh lah Mummy ko ni jadi background singer, tapi kalau lagu kat atas tu macam tak dapat nak tangkap je lagu apa tah.


Sekali, bila husband download, baru tahu. Tu lagu Erti Al Fatihah nyanyian Voice of Ummi rupanya.
Terus senyum lebar-lebar dan ada rasa bangga sikit sebab baru dua tahun Iman dah boleh hafal makna Al Fatihah. Ya, Iman mungkin tak faham apa yang dia nyanyi dan bahasa dia pun tunggang-langgang lagi, tapi sekurang-kurangnya, dia boleh hafal dah makna surah tu.

Alhamdulillah Iman.
dan
Terima kasih cikgu-cikgu TUR.
Hari-hari ada je perkembangan si Iman ni.


Kita pula, ada ke yang tak tahu makna surah tu? Agak-agak kalau yang tua ni tak tahu lagi makna Al-Fatihah, silalah hafal lagu ni.

Alah, toksah nak malu, nanyi hari-hari, bolehlah hafal nanti tu.
Caiyok!
;)


Erti Al-Fatihah - Voice of Ummi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala Puji bagi Allah,
Tuhan Semesta Alam
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai hari pembalasan

Hanya kepadaMu (Ya Allah)
kami menyembahMu (Ya Allah)
hanya kepadsMu kami mohon pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang lurus
(yaitu) jalan orang-orang yang Kau kurniakan ni’mat kepada mereka,
bukan (jalan) mereka yang dimurkai
dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan