Selasa, 30 Oktober 2012

Ohooi!!

Boy: Ohoiii, indahnya dunia bila dapat duduk berehat-rehat di Hari Raya Aidiladha ni.


Tiba-tiba datang seorang girl menjoin sama.

Girl: Mummy, nakkkkk yang boboy pegang tu.
Boy: Alah, sibuk  betul lah pompuan ni.


Mummy: Iman ambil blanket je lah ye. Tu boboy punya. Ok?
Girl: 'Ok'



Boy: Haha. Tak dapat. Tunjuk lagi nyotnyot depan dia. Yum yum yum shedappppp.
Girl: Eiiii budak ni. Memang nak kena ni. Saje je ko kan tayang-tayang.


Girl: Haha. Padan muka. Ini nyotnyot aku yang punya!
Boy: Huhu. *kesat air mata dengan baju sambil  beralah.

Khamis, 25 Oktober 2012

Berapa besar bayi anda semasa trimester pertama?





Haha.  Repost entri masa 9 bulan pertama dulu.
Dulu  kan main, excited mengandung sulung kan, so, macam-macam lah yang digooglenye, terus dapat info comel ni. So, meh kita baca semula walaupun, next week kandungan I dah masuk minggu ke 12 pons.

Eh, mengandung yang kedua ni excited juga. Excited nak tahu jantina lepas tu excited nak tahu macam mana pula bahagian I bersalin kali ni. =)


4 minggu.

Hai ibu… Saya tinggal dalam rahim ibu. Nama rasmi saya sekarang ialah EMBRIO :-) (Dulu saya zigot) Percaya tak? Panjang saya ketika ini hanyalah 1.5mm! Hanya sebesar sebiji sawi. Tapi awas! Sehingga minggu kesepuluh, saya akan berkembang dengan pesat sekali. Tunggu…

5 minggu.
Saya kini sepanjang 2.9mm, sangat kecil. Saya mula dikurniakan dengan jantung, buah pinggang, paru-paru dan perut. Adanya saya dalam rahim ibu, buatkan hormone hgc dikesan. Dua garisan muncul di kit pemeriksaan mengandung kepunyaan ibu. Ayah pasti gembira dengan berita ini :-)

6 minggu.
Ibu… Saiz saya kini 4-6mm. Seperti saiz sebutir lada hitam. ( Oh! lada hitam ini akan jadi teman setia nasi ibu dalam pantang ya… :-) Mata, telinga, hidung, pipi dan dagu saya mula membentuk! Cepatkan? Jantung saya juga sudah mula berdegup. Dua kali ganda kencangnya berbanding jantung ibu.

7 minggu.
Wah! 2 kali ganda saiz minggu lepas, kini saya 7-9mm panjang. Seperti saiz biji kopi. 100 sel otak baru setiap minit! Sungguh pantas. (Jangan lupa asid folik ya ibu…) Tangan dan kaki saya juga sudah tidak melekat lagi ke badan, kerana saya kini sudah ada sendi – tak sabar saya mahu berlari bersama ibu di taman :-)

8 minggu.
Saya membesar 1 mm setiap hari! Minggu ini saya sudah 8-11mm, dan berat saya pula lebih kurang 1.9g. ( Oh berat ibu itu bukan hanya datang daripada saya. Air ketuban dan uri juga menambah berat ibu :-) Saya juga kerap menggerak-gerakkan kaki dan tangan saya (sekarang ibu belum dapat merasainya lagi. Ibu sabar ya…).

9 minggu.
Yey! Saya sekarang sudah bertukar status. Saya kini adalah JANIN. Saya sudah mula kelihatan comel :-) Saya juga semakin panjang. 13-17 mm! Saiz sebiji anggur. Ibu boleh membayangkan saiz dan berat saya seperti cincin perkahwinan pemberian ayah. Jika ibu membuat pemeriksaan bulanan, ibu mungkin dapat mendengar degupan jantung saya.

10 minggu.
Ibu letih ya? Sabar ya… hanya 2 minggu sebelum ibu masuk fasa bulan madu. Minggu ini saya semakin membesar dalam rahim ibu. Panjang saya lebih kurang 3 cm. Jika ibu di pejabat, ambil 4 klip kertas, itulah berat saya :-) Oh saya juga sudah ada jari kaki dan juga kuku. Dan yang paling menyeronokkan sekali, ekor saya sudah hilang!! :-D

11 minggu.
Ibu suka makanan Jepun? Californian roll tak mengapa, tapi elakkan sushi (ikan mentah) ya ibu. Ops, sebenarnya saya nak beritahu ibu satu rahsia. Panjang saya kini 4 cm, dan berat pula 7 gram! (seperti californian roll)

Minggu ini, selain daripada mendapat sepasang anak mata, saya juga ada hobi baru – menendang dan menggeliat. Saya juga sudah mula tersedu. Tapi ibu belum perasan perubahan ini.

12 minggu.
Panjang saya kini lebih 7 cm, dan berat pula 14 gram! Ya, saya kini sebesar limau nipis. (Oh ya, ibu tidak perlukan banyak limau nipis untuk melegakan mabuk hamil lagi, kerana minggu ini ia akan beransur hilang.) Nisbah panjang kepala saya dengan bahagian lain badan adalah sama. Agak pelik sedikit. Tapi, struktur otak saya sudah sempurna, walaupun ia belum lagi mencapai saiz seperti masa lahir nanti.

kopipes dari: hidd
sumber asal: ratuhati.com *bace kat sini sgt comel.

notalipscumel:
semoga Allah permudahkan segalanya. semoga ada rezki kami untuk yang kedua ini. amin.

Rabu, 24 Oktober 2012

Iman Raneeya dan kemengandungan Mummynya.

Oh Iman Raneeya, time orang nak raya ni lah, datang segala tok nenek penyakitnye kan. Haishh.

Semuanya bermula last 2 nites, bila IR merengek-rengek pukul 2 pagi sampai 5 pagi sebab tak boleh tidur sampai menyirap-nyirap darah I dibuatnya. Lagi bertambah-tambah menyirap bila mamat kat hujung dinding tu kan main sedap berkeruh-keruh walhal anaknya dah tak tentu arah di sebelah. Erghhhhh. Dah naik-naik suara dah time ni sebab nak suruh dia tidur, siap I tepuk montot dia sekali.*I bukan lah seorang yang penyabar, lagi-lagi jadi tak bertambah sabar bila mengandung ni.  Senyap lah kejap bila dia tahu kita marah. Tapi lepas tu, dia bersuara sambil merengek balik. T_________T

Bila tanya nak susu, dia jawab nanak.
Bila tanya nak air ke, jawapan dia tetap nanak.
Asyik merengek, Mummy, awuuu. Mummy awuuu.
Bahasa budak-budak kan, manalah kita nak faham.

So, i cuba fahamkan as, antu ke Iman? Haha.
Dia geleng, sambil cakap mokmok.

Ooo, mungkin bagi dia hantu = momok.

I tanya lagi, haus?
Tetap dia geleng sambil cakap Mi... awuuu dan dia pegang perut.

Mungkin apa yang dia cuba maksudkan is garu kot. I agak je  sebab sebelum ni dia tak pernah sebut lagi perkataan garu or awuu. Since dia senyap i garu-garu perut dia kami pun tertidur dalam setengah jam camtu, then dia merengek  balik.

Malas nak sambung tidur, I angkat dia dan bawah ke hall. Tukar pampers, sekali tengok badan dia dah naik merah-merah kat perut, tompok-tompok kat muka sikit dan kat belakang pun ada. Terkejut sangat jadi macam tu sebab I rasa, i takde garu badan dia guna kuku pun. Just usap-usap tapak tangan macam tu je.

Then petang tu pula, ingatkan dah surut, tapi merah-merah tu naik balik sampai ke mata terus mata jadi menyepet. Tak tunggu apa, terus bawa doktor je lah. Doktor inform mungkin dia alergik. Tak makanan, sabun ke, lotion ke, or apa-apa je lah yang dia tak biasa guna. Masa Doktor tanya tu takda pula i teringat ada tukar sabun ke apa. Tapi pagi tadi baru teringat, time kat rumah MIL haritu, sabun dia tertinggal. Mungkin sebab I guna sabun biasa je kot kat badan dia, tu yang jadi macam tu. Agaknye lah kot.

Harini, hari kedua, Alhamdulillah, bengkak-bengkak macam dah kurang, tapi merah tetap ada lagi. Tengoklah, kalau dalam 3 hari tak ok, nanti bawa dia  pergi klinik lagi.

Tu je lah nak update harini. Almaklomlah, ofis dah mula menyepi kan, orang dah ramai cuti. Mood nak bekerja pun mulalah ke laut.


Eh, end of this week, Iman Raneeya akan genap 1 tahun 6 bulan = 18 bulan.
Alhamdulillah.

Membesar dengan jayanya walaupun badan masih kekal kurus cutting model. Hahaha.
Semua orang asyik dok tanya, apasal dia kurus, tak bagi makan ke apa ke apakejadahnya?
Penat nak menjawab, macam lah kita ni tak tahu jaga anak kan.
Tapi itu lah realitinya, Iman Raneeya ialah seorang yang makan banyak, lepas makan berak dan sentiasa minta susu setiap masa, akan tetapi dia tetap kurus juga. Ala, baka model kannn, mana boleh gemuk-gemuk. ;p

Banyak dah perkembangan dia dari hari ke hari.
Kadang-kadang rasa teruja dan kagum sebab setiap hari ada saja skill baru yang bertambah. Masya Allah, kagum I melihat ciptaanmu Ya Allah. Dari bayi yang terlentang saja di tilam, kini dia dah boleh berlari memanjat segala dan macam-macam lagilah.

Gigi pun dah ada dua belas batang dah.
Cakap dia banyak yang dah boleh kita faham.
Yang pasti, bangun pagi, celik mata je, Mummy, nak pin.
Kan main, celik mata je kau nak tengok Upin & Ipin ea.

Nyanyi lagu cerita Julia tu pun dia suka juga, da.. da.. cupcup cudd daaaa*version German  Iman Raneeya

Haritu, ada sekali, dia datang dapur, dia cakap, Mummy, nak mammam, hawussh!
Haha. Tergelak dengar sebab dia cakap dengan confident walaupun salah. ;p

Since dah tahu nak ada adik ni, perangai dia kalau tak dapat sesuatu dia akan bergolek-golek atas lantai menangis-nangis. Ada masa nangis betul, ada masa xde keluar air mata pun. Lepas tu, kalau suruh dia tidur kat katil dia sendiri sekarang ni, dia akan geleng-geleng sambil cakap. Nanakkk, kuttt, che chak! Maka, berhimpit-himpit lah kami  bertiga tidur di atas katil sekarang ni.

I selalu tunjuk perut kat IR, cakap kat dia dalam perut Mummy ada baby. Dia akan sengeh-sengeh sambil buat isyarat shuhhh shuhhh shuhhh, baby bambam (tidur). Lepas tu dia akan mmmuah mmuah perut I. Kiyutt je.


Hmmm, dah alang-alang update pasal IR, jom la update pasal Mummy dia sekali. =)

End of this month juga, I akan masuk ke bulan ketiga kemengandungan.
Early of next month dah kena minum air gula yang menjadi igauan ramai tu. Ark ark ark. *fengsan
Masa minggu ke 10 haritu,  I pi Klinik Kesihatan tok buka buku merah dan kena sound dengan nurse, Hai, anak tak sampai dua tahun lagi dan pregnant?

I jawab balik je lah kat nurse tu, Saya bukan merancang pun. Dah rezeki, takkan nak tolak-tolak pulak nurse. 

=)

Mengandung dengan seorang anak yang dah makin melasak, kadang-kadang terasa mencabarnya juga. Tapi tu bila time hari cuti je lah. Kalau hari bekerja, kebiasaannya, siang dia di rumah makcik, balik kerja sampai rumah dalam 6 lebih macam tu, rehat-rehat, dalam pukul 9 ke 10, mata memang tak boleh nak ditahan-tahan lagi dah. Mesti akan tertidur dulu dan Azreen lah yang mengambil alih tugas tidur kan Raneeya.

Morning sickness i  pula dah stabil balik. Tak pernahnya yang tak muntah di pagi hari. Time lain, kalau ada tersalah makan, tu dah memang confirm lah kena keluarkan balik secara muntahan. Haha.

Dapur I juga dah sebulan lebih tak berasap. Kesian Azreen, kesian Iman Raneeya dan kesian tekak I juga yang dah tak berapa nak lalu makan lauk kedai dah. Untuk makan Iman Raneeya, I terpaksa bagi duit kat makcik, minta tolong dia masakkan. Ada juga cuba masak, macam semalam. Teringin sangat nak masak sambal sardin air tangan sendiri. Dah penat beriya menahan bau utk masak, time nak makan, kembang-kembang tekak nak menelan, terus muntah pulak. Hadaoiyaiii. Padahal dulu, sardin lah kegemaran nombor satu!

Hopefully, semua morning sickness dan segala alahan ini akan berakhirlah bila masuk trimester kedua, Insya Allah.

Ok lah semua dah banyak sangat I menaip ni. ;p Pantang dapat peluang kan. Tak lengah-lengah menaip laju.

Kepada semua, I nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1433H.
Apa pun pengorbanan yang anda semua lakukan, semoga ianya diberikati Allah s.w.t, Insya Allah.
Selamat bercuti panjang.
=)






Ahad, 21 Oktober 2012

Kenangan bergraduasi dengan si cinta!

Bayangkan kau dan aku selamanya, ku selalu mengenangmu hebat rasa, bagiku tiada gantinya kau dan sesiapa, bahagia bersama-sama =)






Kredit foto: Photoclickerz.com

Notalipscumel:

Lepas ni siapa lagi agaknya yang nak kopipes gambar i lepas tu buat banner besar-besar untuk tujuan business depa?
Hamboooii!
Nak business keluar modal lah bai pergi shoot gambo!
Memang tak berkat lah business mu bai.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Lagi-lagi gambar konvo! ;p

Sila muntah sekarang kalau dah meloya tengok gambar konvo I. Haha. Eleh, pregnant lah tu nak muntah-muntah ;p
Kalau kat wall FB I memang dah penuh dengan gambar orang pakai jubah maroon hood pink ni, sekarang moh kita penuhkan kat blog sendiri pula.

Eh, sebelum tu, izinkan lah I happy-happy ye meraikan kejayaan diri sendiri walaupun hanya mendapat segulung degree je. Tahu, bukan dapat Ph.D pun nak bangga kan main, tapi belajar dengan duit sendiri, korbankan masa keluarga, anak suami di hujung minggu, masa hujung minggu sendiri pun terabai tak tentu arah, korbankan duit dan menahan diri dari membeli itu ini sepanjang pengajian, rasanya lain tau! Hanya orang yang merasai je memahami. Air mata ni sentiasa bergenang-genang je tau setiap kali melihat diri sendiri memakai jubah maroon berhood pink tu.

=,)

Berkumpul di bawah pokok menanti classmate yang lain sebelum beratur masuk dewan. Tapi hampeh, sebab classmate yang lain dah siap-siap beratur pun. Haha.

Yang tengah tu kan main, sebelum masuk dewan, siap tak nak makan sebab tak lalu kononnya excited nak naik pentas. Haha. Sekali, amek kau, lemah lesu menonong cari air bila keluar dewan!

My Nakhoda, bodyguard, BFF, soulmate, rakan pergaduhan, rakan pentiduran, etc! Tqsm sebab sentiasa memahami dan memberi support.  Tqsm juga marah pak guard UPM haritu sebab suruh I jalan laju2.  Haha. Love you till jannah Cinta Hati! Ehem-ehem, lepas bersalin sambung master ea? ;p

Credit to Rizal Razak, suami Ila for this pix. =) Gambar rasmi dari UPM, sabtu ni baru nak pi ambil.

Ciuman kasih sayang, auww!

Beratur untuk menerima Ijazah. Kah kah kah, i jadi orang 1st yang naik untuk course I. Serius berdebar macam nak buat presentation lak time tu sampai urusetia brief apa tah, I tak dengar apa pun. Lagi berdebar, bila mata 40 orang yang kat atas pentas tu tertumpu kat I bila i dah berdiri kat check point.

Mantan ketua class. Dari mula daftar belajar, sampai lah nak konvo, tetap menjalankan tugas sebagai ketua class. Sentiasa memberikan pertolongan walaupun sebelum dia tolong, dia akan fire kau dulu. Haha. Mau tak kena fire, selalunya bantuan yang diminta mestilah di saat-saat akhir datangnya. ;p  Time ni dia baru lepas pin kan hood I tak bagi meleret-leret time jalan. Lepas tu, turn Shitha lak.

Credit to Photog Nazrul for this picture. Memasing hired Photog ok! Ahkak je datang berlenggang kangkung tanpa Photog or Videog. Menumpang gambar kawan-kawan je lah.

Gambar dari Photog Nazrul (tengah) lagi. Gambar ala-ala penerima Anugerah Diraja untuk akhbar Kosmo. Kahkahkah.

Lastly, gambar dijemur tengah panas oleh Urusetia sementara menunggu turn masuk dewan. Time ni pukul 1.45 macam tu. Matahari memang tengah terpacak lah. Becak ketiak woo tapi tetap maintain senyumm.

Khamis, 18 Oktober 2012

Famili di Majlis Konvokesyen

Alhamdulillah, ada juga ahli keluarga I selain Iman Raneeya dan Azreen yang dapat hadir ke Majlis Konvokesyen. FIL tak dapat datang sebab komitmen dengan cucu-cucunya ;p Dik Wan pula ada class dan Mak tidak di bawa bersama kerana takut dia tak boleh menunggu lama.

There are no perfect families, but a family will always love perfectly.
Buruk ke kau, baik ke, hitam ke, bulat ke, mengembang ke, menguncup ke, jatuh ke, bangun ke,
kasih sayang keluarga takkan pernah kurang.
=,)
Kan?

Abah, Ikin & Suami dia.

Sistas! Tqsm sebab sentiasa ada di masa I sedih & gembira. =,)

My Makcik. =,) Tq makcik sebab susah payah datang.

Banglong pun susah payah datang juga bawa ibu dia. Dah la malam tu baru balik dari Terengganu, terus petangnya datang majlis I. Tq juga sebab bagi bunga. =D

Adik-beradik perempuan lagi dengan Iman Raneeya yang tak mahu letak asyik nak berdokong je. Oh, i wish Dik Wan was here too. Boleh ambil gambar sesama. =,(

Oh ibu! Terima kasih kerana melahirkan I. Terima kasih juga kerana sentiasa mendoakan kejayaan anakmu ini.

A bouqet from Ikin & Faizal. Tqsm!

Ok, fine. Ambil gambar tegak berdiri!

Eh eh eh? Over betul taw orang pakai jubah tu! ;p

With adik kedua yang kan main selim. Mencik!

Dengan ibu lagi, Iman Raneeya dan belon Upin yang di paw Iman Raneeya dari neneknya.

Baju yang dipakai pada hari kejadiaan. =)
Updated: Baju tu sebenarnya beli sebelum Hari Raya Puasa haritu. Tapi dok peram je. Since baju lain dah tak muat kat pinggang nak pakai, so, i sarung je lah baju ni pi konvo. Baju beli siap kat Diah.

Ok dah! Sekian.

Rabu, 17 Oktober 2012

Pra-Konvokesyen

Ha, ingat kahwin je ada pra pre pru semua tu. ;p
Konvo i pun ada juga ea.

So, jom tatap gambo pra konvo sempena pergi mendengar taklimat konvo dan mengambil jubah haritu.

Bergambar di hadapan dewan besaq

Kami!

I tak lompat ea!

Oh, heart this pix, so moh kita besar kan size dia =)

Kami lagi

Dan kami

Gothca Dr. Ezhar, so moh kita bergambo.

Bye bye FBMK.  3 tahun berkelas kat sini.

Merata pergi shoot

Yey, bergraduasi juga akhirnya

Lastly, kami!

Selasa, 16 Oktober 2012

Alumni UPM 2012!

Alhamdulillah, selesai satu hal untuk bulan Oktober.
=)

Ohoiii, lama sungguh menunggu turn naik pentas & lama sungguh berkubang di dalam dewan. ;) Muka ni lah yang keluar-keluar dewan terus cari air kat makpak sebab 4 jam setengah duduk dalam dewan tanpa makanan & air T_____T Eh, eh jerawat, time ni lah ko nak tumbuh meliar kan!


Selesai majlis, menunggu giliran keluar dewan. Kami alumni UPM 2012!


Dulu, time diploma menangis dalam hati bila lambat sambai dewan , terus tak dapat sebatang bunga pun. Alhamdulillah, time Degree, tak menang tangan nak  pegang bunga. Tqsm kesayangans! Heart!


Ok, dah!
Cerita lanjut?
Nanti lah, dah hilang segala penat berkonvo, i post ye.

=)


Isnin, 8 Oktober 2012

Bebelan Dakpink di Trimester Pertama. #6

Mode:
Rindu nak taip-taip sambil tepek gambar, tapi, bila dah taip-taip, asyik dok tekan button save je lah kejanya ;p


1. Sebelum membebel dengan lebih panjang lagi, Ya Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyanyang, inginku memohon kepadamu Ya Rabbi, kau berilah peluang kepada rakan-rakanku yang masih berusaha dan menanti rezeki untuk menimang cahayamata Ya Tuhanku. Sesungguhnya hanya Engkau yang maha mengetahui betapa mengharapnya mereka terhadap kehadiran seorang cahaya mata untuk menyerikan perkahwinan mereka. Hanya Engkau tempat mereka bermohon dan hanya kepadaMu juga tempat mereka mengadu. Ku mohon padaMu Ya Allah agar memperkenankan lah segala usaha dan hasrat mereka. Amin, amin Ya Rabbal Al Amin.

Pssst:  Bila kita doakan yang baik-baik untuk orang, Malaikat akan doakan yang baik-baik juga untuk kita. =)

2. Bercerita tentang kemengandungan kedua ni, hehe, dah sebulan lebih ok, rumah I tak berasap. Kesian suami, kesian Iman Raneeya, tak dapat merasa air tangan I.  =(  I fobia nak masak sebab takut muntah. Bila muntah, ia adalah satu perkara yang sangat menyiksakan  sangat bila kau kena tengok apa yang kau makan keluar balik T____T, pastu sampai terkencing-kencing sebab keluarkan muntah kencing pun terkeluar juga ;p dan siap krem-krem perut terbongkok-bongkok keluar disebabkan muntah itu. Haishhh, siksa wooo. Azreen siap pesan kat I, awak boleh tak muntah tu duduk, takda lah krem perut tu. Grrrrr, nasiblah I ni memikirkan tak nak susah bersalin so I ambil pendekatan jangan melawan Ain jangan melawan Ain, bila dia bagi cadangan yang bukan-bukan je sepanjang kemengandungan ni. Kain baju pula, tak usah cerita lah. Berlonggok baik punya takde selera nak melipat. MIL sampai offer suruh hantar kat rumah dia, biar dia tolong lipatkan. Tapi sebagai menantu yang baik budi cantik berseri, haha, berani kau nak hantar kain  baju yang banyak tu kat MIL kau? Kalau tak malu pergi lah buat ;p

3. Morning sickness I datangnya tak tentu arah tak tentu masa. Ada time pagi, tengahari, petang dan malam. Dia datang ikut suka hati dia je. Ada masa tengah malam elok je tidur, sekali boleh bangun terlari-lari pergi toilet, menguweeeek. Haha, Nightmare sickness! Alhamdulillah, setakat ini, time muntah takde macam mengandung yang pertama dulu sampai kena berhenti-berhenti kereta  kat tepi jalan nak muntah. I juga sekarang ni suka buat pendekatan menahan muntah selagi boleh. Kerja gila! Tapi tu lah yang i cuba buat. Tahan selagi boleh. Dah tak boleh tahan, baru luahkan. Menghazablah kau menahan sampai sakit kepala berpinar-pinar mata kembang tekak kejadah semua tu sebab fobia muntah punya pasal. Lagipun I takutlah nak berhenti-berhenti di tepi jalan nak muntah sebab Malaysia sekarang ni kan tak selamat mana. Lagi pulak dengan Iman Raneeya semua dalam kereta, takkan nak tinggalkan dia kan.

4. Pembawakan di Trimester pertama ni, selain malas, I ada satu perangai baru sekarang ni. Tak boleh buat apa-apa dalam keadaan cepat. Kalau buat juga, memang keneneng (pening + berpinar-pinar+mual) lah. Kerja ofis ke kerja rumah ke kena buat dalam keadaan slow and steady. Contoh, bila dapat surat keluar dari bos kan, kau mestilah excited dan laju-laju nak settle kan kerja kau kan sebab motto kerja, kerja hari ini settle kan hari ini gitew. Tapi, cuba lah buat laju-laju, confirm kau akan pening sampai ke petang bawa ke malam terus sampai rumah terlepek je. Time buat kerja rumah pun macam tu. Bila basuh baju, sekali basuh, baring. Sekali sidai, baring. Ha, ambik kau, sampai petang, tak siap-siap basuh baju sebab melayan pembawakan. T____________________T Rimas ok, buat kerja terhegeh-hegeh!

5. Sekarang ni, I tak hairan kalau ada perempuan yang fobia nak bersalin lepas dapat anak pertama. Betul, payah mengandung ni. Perkara paling buat I menangis sampai sekarang adalah keadaan tekak yang masam sentiasa.  Serius,  tak tertanggung tang perkara yang satu ini.  Azreen pun dah tak larat agaknya bila hari-hari I dok ulang mengadu benda yang sama. Tak sampai setengah saat mengunyah makanan sedap, air liur masam berkumpul  balik kat tekak. Siksanya. Itu belum menahan sakit contractionnya lagi. Haishh, dah tebayang-bayang dalam kepala dan terasa-rasa ni. Apapun, motivasi I untuk pujuk diri sendiri, bersabarlah. Tak semua orang mampu merasainya. I dah cukup bertuah Tuhan pilih untuk melaluinya. Bersabar Ain. Tak lama je lagi. Lepas 7  bulan, semua akan hilang. =)

6. Next week Majlis Konvokesyen I. Hmmm, berkira-kira sama ada nak pergi atau tidak. Tahu je lah kan majlis konvo ni, nak kena beratur masuk dewannya, nak kena tunggu tok nenek  berucap segala, kena dok dalam dewan lama tunggu turn nak naik pentas, lama wehhhh!! Tah hapa jadilah nanti kalau I  pergi. Entah larat entah kan tidak nak menghadap segala. Tapi... kalau tak pergi, momen tu datang sekali je. Tak dapat nak diulang-ulang dah.  Takda lah nak konvo degree lagi dah lepas ni melainkan I rajin nak sambung degree lain pulak lepas ni. Eh, kalau pergi nak pakai baju apa ha, makeup? ;p

Ok lah.
Dah.
Itu sahaja penulisan kecederaan emosi mak buyung untuk hari ini.


Jumaat, 5 Oktober 2012

The Kokojelyters!

Tarikh: 28 September 2012 (Jumaat)
Tempat: AEON Seremban 2
Tema: Cacameraba. Kahkahkah.
Ahli: Koyam, Kokin dan Kokin (KOKOKO)
Motip: Mengisi masa cuti bersama rakan tersayang.

Hoi, kan main lah malas tak bertahap dah sekarang ni. Hangin pembawakan apa lah sampai I kena jadi malas berganda-ganda sekarang ni. T______________T

Tapi dalam malas-malas, I gagahkan juga haritu untuk menepati janji yang telah dimeterai sekian lama iaitu sebelum puasa dulu lagi. Almaklomlah, even kami ini bestfriend, kami hanya sempat beramasmesra di rehat hari jumaat sahaja. Selain itu, hubungan mesra kami juga terjalin dalam wassap dan juga email je. Hahaha.

Eh, korang ada BFF?
Tah apa-apa tah kan tanya soalan camtu. Mestilah semuaorang ada. Sebab semua orang tahu hidup berkawanan kan kan kan?

I ada. Macam-macam kategori BFF i ni. BFF kerja lain. BFF berjalan lain. BFF sukan lain. BFF masa belajar lain. BFF masa sekolah lain. Ha, nampak?

So, BFF i yang kat bawah ni dalam kategori  kerja. Kami jadi BFF sebab kami kerja dalam bidang yang sama.



















Meet my BFF kerja.  =)
Yang buat peace tu namanya Kokin. Yang buat duckface (dia takbuat pun, tapi time I snap dia tak ready haha) tu namanya Koyam.


Koyam tu dulu, first time i jumpa dia masa dapat interview di Kampeni Kubah Biru (KKB). Time tu dia staf kat KKB then menyibuk kat bilik menunggu time I interview. Kan main ramah lah menegur semua candidates. Dalam hati time tu terdetik, Sibuk je lah pompuan ni, orang tengah nervous dia sibuk pula tegur-menegur. Menyampah! ;p

Kahkahkah.

Nak dijadikan cerita, bila i lapor diri, orang pertama yang I kena jumpa dan pi belajar adalah Koyam ok. Terussss, dari nyampah-nyampah, terus kena buat-buat suka, lama-lama jadi suka giler sampai jadi BFF. Tapi sekarang, Koyam dah tak sealiran bidang kerja dah dengan i dan Kokin sebab dia dah maju setapak lagi dah. Dia dah jadi Pagar Dawai, tapi kampeni tetap sama lagi la. Hehe. Dia lah inspirasi dan motivasi i nak sambung belajar dulu. =)

Kokin pun lebih kurang macam cerita Koyam juga lah i kenal dia. Dari tak suka selalu kena berurusan dengan dia dulu sebab dah lah Kokin tu muka gaghanggg, pastu cakap jenis serius je kau!  Tapi sebab dah selalu berurusan, sikit-sikit tak tahu pergi tanya dan  belajar, terus jadi close gitu. Orang kata, don't judge a book, by it's cover kan? Ha, camtu lah dengan Kokin ni. walaupun muka gaghangggg, tapi hehe hati dia sangat baik woooo. Banyak benda I belajar dengan dia dari segi kerja. Paling tak boleh blah, berkawan dengan dia, ko makan kena sharp pukul 1, then 1.30 ko kena laju-laju dah pi sembahyang.No terhegeh-hegeh ye! Pukul dua kau dah kena start berkhidmat untuk negara semula. See, dia ni sangat lah komitednya dengan kerja.

Lagi satu kan, I dulu kan tak suka orang Johor. Ark ark ark. Ni semua sebab dari pengalaman bercinta dengan orang Johor yang banyak putus di tengah jalan dulu lah ni, terus menyampah gila dengan orang Johor. Aliha-alih, amek kau, BFF I, semuanya datang dari negeri bendera merah biru putih tu ye.

Kahkahkah.
Tu lah orang tua-tua kata, jangan tak suka-tak suka, nanti lama-lama jadi suka ;p

Eh, eh, terpanjang pula cerita detik perkenalan kami dolu.




Berbalik kepada topik utama, Jumaat yang lepas, kami telah ambil cuti semata-mata nak menghabiskan masa bertiga je. Nasib baik department lain-lain, so takda masalah lah nak cuti bersama-sama. Siap keluar pagi-pagi macam orang pergi kerja lagi sebab nak pergi breakfast dulu sebelum memulakan aktiviti yang telah dirancang. Macam biasa, sambil breakfast, sambil bergosip lah gosip-gosip semasa.

Lepas breakfast, terus kami ke AEON dan beli tiket wayang. Since wayang dalam tengahari, kami shopping sesiket then berehat minum sat. Almaklomlah, bawa mak buyung kan, perut lapor sokmo je lah. So kenalah berehat sambil minum dan makan.

Plan asal kami nak tengok Untuk Tiga Hari (UTH), tapi last minit cancel, sebab kami decide nak tengok Hantu Kapchai. Keluar dengan BFF kan, haruslah tengok cerita lawak-lawak. Nak tengok cerita laf-laf, sila pi dengan laki sendiri ye. ;p

Memang lawak lah Hantu Kapcai tu. Since orang tak ramai sebab hari bekerja kan, maka gelak kami je lah yang kedengaran dalam wayang tu. Kahkahkah. Eh, Fizz Fairuz memang terbaik lah dalam cerita tu.

Selesai tengok wayang, aturcara pada hari itu diteruskan lagi dengan aktiviti mentekedarah di Jonisss. Yummeey!!! Eh, apasal sos cicah kat Jonis tu sedap sangat ha???

Then sebelum pulang, kami meneruskan akvtiviti pada petang tu dengan bershopping apa yang patut. Even dah tahu, sales kat AEON start keesokkan harinya, T____T, pershoppingan tetap diteruskan juga sebab mikior, takde masa kot nak datang lagi dah.

Aktiviti kami tamat  pukul 5.30 macam tu.

Dah, tu je nak cerita.
;)