Jumaat, 16 Mac 2012

Oh Bella!

Dulu,
balik kerja,
tengok tv, xda heran pun.

Melainkan ada waktu tertentu, ada rancangan tertentu yang jadi pilihan,
baru duduk menghadap tv.

Haha.

Sekarang,

Pagi,
buka mata seawal pukul 5 pagi,
laju2 masak, siapkan segala bekal, barang Iman Raneeya,
pukul 6 pagi,
terus on TV, chanel 133.

Balik kerja,
Dalam 6 lebih sampai rumah,
laju-laju on TV,
Chanel 133 jadi pilihan.

Masak untuk makan malam pun laju je sekarang tau!

Malam,
Time berita,
Kalau Azreen buat tak port dengan berita,
laju-laju tukar channel, 133.

Sabtu Ahad ni pun,
Kalau tak ke mana sebab tak gaji lagi,
Dari pagi hingga ke petang,
mungkin akan layan channel 133.

Motip???

Haha.

Semuanya kerana channel baru kat Astro dalam pakej Mustika tu.

Channel 133, Bella.

Dulu macam sedih jugalah bila Astro tukar Zee B4U ke Bella. Sedih sangat sebab tak dapat dah nak layan Hindustan.

Tapi bila dah tertengok haritu, terlayan, terus terjatuh cinta uols kat Bella.
Lagi-lagi bila hero dalam rancangan itu, EMSEM tak hingat, terus sedaya upaya berebut chanel siap sorok-sorok remote dengan Azreen.

Nasib baik Iman Raneeya sekaran layan Upin Ipin je. Kalau semua kartun dia nak tengok, mau, Mummy dia kena beli tv lain nih.

Ark ark ark.

Seronok layan Astro Bella ni sebab banyak drama dari pelbagai negara ada. Selain tengok drama, boleh jugalah belajar-belajar bahasa depa ni kan kan selain menonton hero yang EMSEM dan heroin yang gojes sangat.


Fish Port Princess - Filipina
Heroin dalam cerita ni putih melepak sangat.
Cerita ni pasal dua beradik yang terpisah. Bila dah terpisah tu, sorang hidupnya susah, dan seorang lagi jadi kaya.


Pasion Morena - Latin
Tengok perempuan tu. Cantik sangat kan.
Cerita pasal pereka fesyen yang patah hati lari bawa diri ke hutan lalu jumpa lah hero tu.
EMSEM tak hero?
Tak?
Lantak korang lah, tapi I suka hero muka macam tu.


Rivals - Filipina
Ni pula kisah pasal persaingan antara pereka fesyen.
Hero dia botakkk! Ahkakkk likee!


Eternamente Tuya/Forever Yours ( Latin)
Cerita ni mengisahkan dua sahabat baik yang jatuh cinta pada lelaki yang sama.
Cepat-cepat, lihat hero baju kelabu tu!
Ohhhhhh. *fengsan


Emparatriz (Latin)
Ni pula kisah perempuan yang teraniaya then dia bangun untuk membalas dendam demi mencari anaknya.

Cuba tengok heroin tu? Korang ingat tak muka dia?
Alah, pada siapa yang dulu layan telenovela La Usurpadora, itu lah dia heroin cerita tu dulu.
Dah tua dah sekarang, tapi tetap maintain cun giteww.

Hero dalam cerita ni nama Alejandro. Pun EMSEM jugak.


Haha.
Habislah I kalau Azreen stalk posting ni.

Psst Azreen,
Muka you pun stock hero-hero dalam channel Bella ni lah.
Hidung terpacak, kening lebat, gagah, perkasa.
Kan kan? *ayat cuba ambil hati

=)

10 ulasan:

  1. hahaha...ayat last tu x tahan tuh =p
    mesti Azreen terharu lah :)

    BalasPadam
  2. Ceh! Hahahaha sempat lg ujung2 tu,hehe
    btw,stok drama biasenye yg dr negara2 sana biasenye mesti best2 kan,tp jenuh la klu dh follow citer tu,nk kne ngadap sokmo,huhu

    BalasPadam
  3. Aini,
    Haha.
    Kena amik hati suami juga. Kang dia unsubscribe Mustika kang. =p


    Na,
    =p
    Tulah pasal. Kena ngadap, tapi make sure kerja rumah siapkan dulu lah.

    BalasPadam
  4. haku moskel neh..
    cite die best tak?
    ke sebab hero+heroin die je best?
    kah3

    BalasPadam
  5. Umi,
    Selain hero & heroin, jalan cerita dia pun bez jugak la.

    BalasPadam
  6. i pun suka sangat telenovela latin. dulu2 memang tak miss laa. excited sangat astro ada channel bella. tapi takde masa sekarang ni nak tengok, lagipun anak conquer tv. :'(

    BalasPadam
  7. mesti cpt2 siapkan keje...baru dok dpn tv...baru syok tgk tv kalau sume keje dah siap kan..he3..baru leh layannnnn...heheheh

    BalasPadam
  8. aku kalau terjebak ni, susah nak lepas dah, tu yg malas nak tgk tu...huhu...

    BalasPadam
  9. Aisyuhada,
    Apalagi, suruh ayahnya beli tv satu la. =p


    Rini,
    Tula pasal. Telenovela, telenovela gak, kerja rumah anak suami tak leh terabai.


    Wahida,
    Alah, terjebak kat drama takpenye, tak rugi hape. Haha.

    BalasPadam
  10. zana x pernah bukak channel tu.. dulu selalu buka utk tgk hindustan, now x buka pun.. best eh?

    lps ni zana nak bukak la channel tu.. jgn ketagih mcm ain sudah la.. hahhahahha

    BalasPadam