Khamis, 22 Mac 2012
Result SPM: Jangan dimarah bila keputusan anak tak seindah impian.
Tahniah diucapkan untuk sepupu Iman Raneeya, Maria, anak saudara kepada Azreen sebab dapat good result dalam SPM 2011. Dia dapat 7A 2B. Yang dapat B kalau tak silap Prinsip Akaun dengan Add Math kot.
Eh Maria, kata nak jadi Accountant, apa cer Prinsip Akaun dapat B ni? =p
Ok sangat dah tu kot resultnya sebab even tak dapat semua A, tapi mak dia siap post kat FB berbangga dengan keputusan anaknya. Inilah yang kita nak, moral support dari mak bapa.
=,)
Tiba-tiba I terbayangkan macam manalah pulak keadaan anak sendiri nanti bila ambil result periksa. Haha. Kan main!
Tah apalah yang si Iman Raneeya score time tu.
Dapat ke realisasi kan impian Daddynya yang asyiklah memanggilIman Raneeya kat rumah dengan panggilan Dr. Iman sambil suruh check perut.
Haha.
Jauh lagi angan-angan awak tu nak sampai Encik Azreen oi!
Berbalik kepada cerita result SPM tadi,
Selain Maria, ada 2 orang sepupu Azreen dan sepupu I lagi yang ambil SPM.
Keputusan mereka tidak lah sebaik Maria tapi tidaklah seteruk mana. Seorang dapat 5A dan seorang lagi hanya dapat 1A. Lain2 markah tidak diketahui sebab mereka sekarang ini adalah dalam mode senyap sambil melayan perasaan dek kerana melihat result yang tidak seperti yang dijangka.
Ditambah pula bebelan oleh makpak yang terlalu mengharap kepada si Anak, lagilah masa ni airmata diorang bergenang-genang dan rasa sesal kesal bebal segala macam ada.
Wahai makpak,
tolonglah jangan bersikap macam tu.
Tak semua apa yang kita impikan, dapat ditunaikan.
Tak semua apa yang kita harapkan selalu jadi kenyataan.
Sepatutnya, kita bagi moral support kepada anak-anak ni.
Mereka dah berusaha sehabis daya.
Dan keupayaan mereka hanyalah setakat itu.
Seharusnya kita terima dengan hati yang terbuka dan tenangkan si anak.
Kita tak tahu lagi sok lusa, jadi macam mana.
Entah-entah, yang tak berapa nak score ni lah yang banyak membantu.
Entah-entah, yang tak berapa nak score ni juga lah yang menjaga kamu di hari tua.
Siapa tahu?
Kan?
Apa yang penting,
ibu bapa perlu positif bila menangani perkara ini.
Jangan tambahkan sedih dan pedih kepada anak yang dah memang sedang bersedih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
btol3..
BalasPadamslalunye yang tak brape nak score tu la yang tak lupe diri sebab takleh terbang tinggi melangit. hurrmm
tahnia utk spupu raneeya..tak dpt nafikan budak2 skang suma pandai2 dah..
BalasPadamkdg2 tekanan dr ibubapa yg mmbuatkn
ank2 buat kputusan dluar dugaan kan..
jaohkn lah..
tak semestinya tak berjaya dlm SPM sesorg itu tdk akan bjaya dlm hidupnya yg pnting niat dan usaha ^__^*
yep i agreed! memang adakalanya anak yg tak berapa nak menjadi tu la yg menatang ibubapa bila tua bagai minyak yg penuh.. kesimpulannya, tak perlu beza-bezakan anak yg pandai dengan yg tidak. mereka dah dilahirkan dengan speciality masing-masing, sama macam diri kita jugak.. =)
BalasPadambetul sgt2 tu...kesian kat anak2...dorang dah buat yg terbaik...
BalasPadamtak dpt semua A bukan bermaksud terus gagal...
ramai apa yg tak dpt A tapi berjaya dlm bidang masing2...
kita sebagai parents patut support anak2...