Khamis, 15 Mac 2012

Birthday Iman Raneeya: Sambut atau tidak?



Semua dah bertanya,
apa perancangan I dan suami nak sambut birthday Iman Raneeya setahun nanti.
Siap pesan jangan lupa jemput, bagi tahu tarikh nak buat tu awal-awal.

Tak tahu nak kata apa sebab kalau boleh I tak nak sambut pun. Awal-awal dulu dah bagi tahu Azreen, no birthday party, or celebration yang besar-besaran untuk Iman Raneeya. Kalau ada nak sambut pun mungkin sesama ahli keluarga je.

Tapi tulah kan, balik semalam, borak-borak dengan Azreen dalam kereta, lain pula jadinya.


Azreen: Yang, I rasa kita kena celebrate jugalah birthday Raneeya nanti. Ala, kita spend dalam 500. Buat je kat McD ke, KFC ke.

Me: RM500 tu banyak. Kalau simpan dalam SSPN lagi bagus. Kan kita dan janji dulu tak nak buat macam tu.

Azreen: Ya, tahu 500 tu banyak dan I ingat pasal apa yang you cakap tu dulu. Tapi, bukan selalu pun nak sambut. Besok kalau dah ada adik, tah boleh ke tidak tah kita nak buat majlis ni kat dia. Kalau tak nak buat kat fastfood restaurant, kita buatlah kat rumah je. Tak perlu keluar banyak belanja. Kita jemput kawan-kawan rapat je.

Me: Tengoklah nanti.

Azreen: Dah boleh plan dari sekarang ni tok majlis tu. Agak-agak berapa orang kita nak jemput.

Me: Haishhhh. Nanti lah baru fikir.

Azreen: I nak pasang khemah tau kat luar rumah. Nak buat tema apa nanti ya?

Me: Adoiai awak ni.. Tunggulah sampai rumah. Kang I tunjuk contoh tema yang I dah save dalam pendrive. Pelangi ada, princess ada, sweet pink ada. Nanti awak pilih lah.

Azreen: Errrrrkkk? Siap dah ada save tema bagai dah????


Hahahahahahahaha.
Eh?
=p

6 ulasan:

  1. ym plan nk smbut bufday yayan, jemput kwn2 bila dia boleh bercakap, hehehe, baru seronok.skrg ni dia baru umo 2 thn, stkt ni celebrate sendiri2 jer.

    BalasPadam
  2. hihihihihi.. ingatkan nak marah sbb x sabar2 merancang, rupanya org tu lagi hebat merancang! bijak yer mama Raneeya ni.. hihihi

    sambut dgn fmly & kawan rapat jer kira oklah.. leh ambik gmbr sbgai kenangan kan.. nnti dh besar dia boleh tgk blk gmbr tu..

    BalasPadam
  3. kalau sambut jemput la saye.. ehhehehe

    BalasPadam
  4. nnt wat kek mcm dlm pic tu tau...chaiyokkkk...huhuhu

    BalasPadam
  5. waaahhh bestnya ain.. teringat masa celebrate beday adre kat mcd dulu. best giler siap ada maskot lagi.. =)

    just proceed la dear. nanti update blog yer hehe..

    BalasPadam
  6. YM,
    Tulah, cadangnya pun gitu. Tapi dah makpaknya excited terlebih, siap ado theme bagai dah! =p


    Zana,
    Thanx bagi cadangan tu. Mungkin buat dgn family je kot.


    Hamzah,
    Insya-Allah, kalau ada rezeki utk buat nnt, dan i tak lupa you, i jemput ye. =)


    Nuras,
    Buat kat kodai jo lah!



    Yuyunz,
    Insya Allah kalau ada rezeki Iman Raneeya, adalah birthday party utk dia.

    BalasPadam