Khamis, 26 Januari 2012

Aktiviti biasa-biasa tapi bahagia bila bersama keluarga.

Oleh kerana this weekend ada program gembira lagi bersama keluarga, haruslah I update laju-laju kan aktiviti-aktiviti yang dilakukan time cuti Hari Raya Cina haritu.

I pergi rumah MIL pada sabtu tengahari sebab haruslah kemas-kemas rumah sendiri dulu kan sebelum nak pergi berjalan. Bila penat balik dari berjalan nanti, takdelah mood ke laut bila balik tengok rumah siap sedia bersih dan kemas.


Sampai rumah MIL memang masa sedang elok sangat sebab MIL & SIL tengah sibuk memasak so, haruslah I menunjukkan skill menantu rajin terlampau kan dengan membantu mereka memasak. Haha.

Menu pada haritu adalah Nasi Ambang. Merasa iols makan nasi ambang makanan jawa tu uols! First time try nasi ambang, sedap lah juga rasanya. Dalam nasi tu ada lauk ayam kari kicap, kacang panjang goreng suhun dan tempe dan macam-macam lagi lauk dihidang dalam daun pisang. Siap ada mee goreng sekali diletaknya. Boleh masuk dengan tekak I.

Eh, kan main lagi, beriya cerita pasal makan terus skip nak bagi tahu yg ada baca yassin & tahlil sebelum makan tu. Seronok baca Yassin dengan keluarga ni, sejuk dan tenang je rasanya. Selesai baca Yassin, weols proceed dengan makan-makan, bincang-bincang pasal Family Day 2012 dan buat birthday surprise untuk anak buah Azreen, Nadia. Birthday Nadia early January haritu, tapi sebab dia belajar kat MRSM Langkawi, cuti haritu lah baru celebrate birthdaynya.

Pssssst, I & husband dilantik jadi AJK Sukaneka ok! Ahkakkk suka!! Siaplah korang nanti, I dera uols dengan game yang pelik-pelik. Ark ark ark.


Besoknya, hari ahad, I dan FIL pergi melawat cadangan tempat Family Day 2012 di sekitar PD. Berkonvoi sambil gosip-gosip manja gelak ketawa dalam panas terik tu memang terbaiklah!


Lepas dah tengok cadangan tempat tu, weols berhenti di gerai bawah pokok sambil pekena mee kari, laksa, kepok lekor, goreng pisang dan pelbagai lagi kuih muih yang dijual di situ.

Boleh pulak time ni si Iman Raneeya buat 'tempoyak'. Mengagau lah makpaknya cari air mineral nak mencuci. Kelas kau Iman Raneeya basuh tahi guna air mineral! =p

Selesai makan, i dan FIL berpisah sebab I akan terus balik ke Melaka ke rumah makpak sendiri yeyyyy!!!!


Sampai je di Melaka, sambil terlelap-lelap berlingkau di sofa bersama Iman Raneeya, Ibu mengajak weols dinner di Restoran Terapung Kuala Sungai Baru Melaka. Ibu nak belanja kataaaanya.

Apa lagi langkah kanan rezeki jangan ditolak lah kan, terus lepas Maghrib, kami ke sana. Macam-macam yang diorder oleh ibu, dengan kerapunye lah, sotong udang nye lah, pari bakar, bawal, memang meletup perut dibuatnya sebab kekenyangan.

Kenyang-kenyang pun, I tetap rasa macam tak best sebab ahli keluarga tak cukup sorang. Adik lelaki bongsu I tak menjoin kan diri pulak sebab biasalah, adik lelaki yang dah akil baligh dah bujang ni kan, susah betul nak nampak batang hidung. Manjang hilang.

Makan besar malam tu bawa mak. =)
Seronok rasanya dapat berkongsi kebahagian dengan Mak. Mak, weols tak malu pun nak bawa mak makan kat luar tau walaupun dengan keadaan mak yang sekarang tu. Bila mak ada, lagi kami gembira.


Then, Isnin siang pula*tiada gambar, ibu mengajak I pergi rumah orang bertunang. I yang drive. Skill driving kereta manual I masih elok lagi uols walaupun dah lama tak drive kereta manual. Haha. Balik dari rumah orang bertunang, I singgah di Lubok Cina untuk mencari burung puyuh untuk dibuat gulai. Puyuh masak lemak cili padi menu terbaik uols bila balik ke kampung.


Taddaaaaaaaa!
Boh lagi gambar i pergi berdating dengan Gegulahati malam esoknya tu.
Happy happy yippy yippy yey!


Hari Selasa, buat aktiviti menebang pokok sebab nak cari kayu api untuk diguna time kenduri this coming Friday. Kenduri sempena sepupu I yang akan bertunang, disekalikan dengan kenduri tahlil dan kenduri doa selamat untuk adik I yang sedang mengandung.

Ha, kau ado cari kayu api lagi time zaman-zaman teknologi macam ni? =p
Suami I macam pelik-pelik je tengok orang tebang kayu cara manual. Haha. Orang bandar masuk kampung memang macam tu lah gayanya. =p

Alhamdulillah, time kenduri tu nanti, Iman Raneeya juga akan genap sembilan bulan. Mummy dah siap order cheese tart ye sayang untuk disedekahkan kepada tetamu. =) Moga Iman Raneeya akan terus membesar dengan sihat dan aman bahagia.


Sambil lelakinya menebang pokok, I yang tak berapa nak ada kerja ni bersama mak buyung menjalankan misi fotografi sendiri. Model of course lah, budak kecik baru nak naik, Iman Raneeya. Haha.

Makin payah nak mengambil gambar si kecik ni sebab dia dah boleh bergerak kan. Tak duduk diam dan kebanyakkan gambar yg I snap, blur aja semuanya.

Itu sajalah aktiviti-aktiviti biasa yang dilakukan bersama keluarga sempena cuti Hari Raya Cina. Biasa-biasa ja, tapi bahagia. =)

Selasa, 24 Januari 2012

1st dating for 2012 =p

Hello uols,
Macam mana cuti panjang raya cina ni?
Apa program?
Pergi bercuti kat mana?
Mesti semua seronok dan bergembira bersama keluarga kan.

Cuti I?
Takda pergi mana-mana pun. Menghabiskan masa bersama keluarga tercinta je. Since dah berkeluarga ni kan, cuti pun kena berbahagi untuk dihabiskan. 2 hari bersama keluarga mertua dan 2 hari bersama keluarga sendiri.
=)

Banyak cerita yang nak di share sempena cuti raya china ni,
tapi tunggu lah ya, nanti-nanti I story.

Apapun,
Untuk mengembalikan mood bekerja setelah bercuti lama,
moh kita layan gambar dating I bersama gegula hati di Melaka.


Di pantai 1 Malaysia atau dahulunya dikenali dengan nama Pantai Klebang. Kat sinilah tempatnya yang ada jual coconut shake yang famous tu. Tapi malam dating tu, I tak dapat nak merasa pun sebab gerainya dah tutup.


Bogheeek nak angket ni!


Keluar berdua kan, so, ambil gambar sendiri je lah. Peace yo!!


Banyak-banyak tempat kat Melaka, Fun Fair juga tempat persinggahan yang gegula hati berkenan.


Test luck dengan harapa dapat bear sebelah tu tapi, takda ong lah malam tu.


My gegula hati! =)


Hasil dari mencuba nasib.


Keluar ke bandar pakai selipar jepun. Kau ado? Haha. Serius, I tak larat nak berkasut-kasut ok sebab nak berjalan kat Dataran Pahlawan yang luas tu kan, ate gilernye nak makan kasut I yang hok tinggi-tinggi tu.


Bergambar sambil melintas jalan.
Psst, uols jangan try buat macam ni ya, bahaya!


Dah, tu je gambar yang nak diletak.
=p

Apapun,
Moga cinta kami kekal bahagia bersama sampai ke syurga.
=)

Jumaat, 20 Januari 2012

Duit kutu.

Pernah dengar pasal duit kutu?
Haha. Macam kelakar kan namanya.

Ingat lagi 1st time cakap kat Azreen pasal duit kutu, berkerut dahi dia menandakan dia tak tahu pasal ni.

Apalah tak tahu. Tak best betul! =p =p =p

Kalau nak tahu,
I dari kecik lagi dah terlibat dalam benda kutu-kutu ni. Ark ark ark.
Seriuos tak tipu. Dulu masa kecik kan, susah nak dapat duit sedebuk banyaknya. So, I dengan cousins pun main duit kutu ni.

Masa tu, tak bayar bulan-bulan. Tapi kami bayar hari-hari. Sehari dua puluh sen. Seminggu dapat RM1.40 sen.

RM1.40 x 4minggu x 5 orang main, dapatlah seorang RM28 sebulan. Dapat RM28 masa tu besar nilainya. Boleh beli macam-macam cikedis, alat tulis, majalah, etc.

Bila dah besar, ingat tak involve lagi dengan duit-duit kutu.

Tapi, tak pun.

I masih lagi meneruskan aktiviti perkutuan ni dengan jayanya.
Sekarang, main dengan rakan sepejabat pulak. Bayaran pun dah makin besar dan pendapatan pun sampai kadang-kadang hampir mencecah RM1000.

Ada yang kata main duit kutu ni haram. Macam berjudi. Sampai ada akta pasal ni. Kalau tak percaya pergi lah google.

Cuak ok mendengarkan tentang hukum main duit kutu tu.

Tapi, bagi pendapat I, I tak rasa pun main duit kutu ni macam berjudi. Main duit kutu ni lebih pada menyimpan sebenarnya. Tapi tak menyimpan sorang-sorang lah sebab kalau simpan sorang-sorang, confirm duit tu mesti akan terguna punya. Kita menyimpan dalam tujuh lapan orang, kemudian pilih bulan berapa yang kita nak sebagai giliran dapat duit tu. Kita juga akan pastikan semua ahli tak lari dan semua dapat bahagian masing-masing.

Alhamdulillah, setakat ini, semua rakan sekampeni I takde yang lari pun. Semua membayar bahagian masing-masing mengikut masa yang telah ditetapkan. Duit yang dapat pun digunakan untuk pelbagai perkara. Ada yang main duit kutu untuk renew roadtax, nak guna beli baju raya anak lah, guna pergi holiday lah, nak guna duit untuk shoping dan macam-macam lagi lah kegunaannya. Siap boleh request lagi taw nak giliran dapat duit bulan berapa.

Pssst,
Untuk next round ni, I request turn I bulan lapan sebab bulan sembilan roadtax dah expired uols. =p



Rabu, 18 Januari 2012

Rabu tanpa kata. #10

Never regret anything that has happened in your life, it cannot be changed, undone or forgotten so take it as a lesson learned and move on.
=)



Selasa, 17 Januari 2012

Masa bersama anak.

Pukul 7, pagi-pagi dah keluar hantar anak ke rumah Pengasuh.
Pergi kerja.
9 hinnga 10 jam bekerja di pejabat.
Kemudian, matahari dah nak tenggelam, barulah balik rumah.
Sampaikan jiran rumah pun tegur:
"Keluar gelap, balik pun gelap ye dik". =(

Di rumah, pegang anak sekejap, cium-cium, gomol-gomol, gelak sama-sama dalam setengah jam.
Habis setengah jam, nak kena buat kerja rumah. Masak lah, basuh baju lah.
Sambil buat kerja rumah, anak nangis, berhenti buat kerja rumah sekejap, bagi anak susu.
Selesai kerja rumah, selesai bersihkan diri, nak berehat tengok tv kononnya sambil nak belek anak. Tapi anak dah tidur.

Cukuplah 2 3 jam dapat bersua muka dengan anak tercinta.



T________________________________________T


Besoknya, hari bekerja,
ulang rutin yang sama.


Halahai, berapa jam sangatlah masa bersama anak di minggu bekerja.
Tak seberapa.

Eh,
hujung minggu lain kira ea.
Lain pula ceritanya.



Jumaat, 13 Januari 2012

Ku pinang kau dengan Bismillah.

Azreen,
Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Azreen suamiku,
Atas restu Allah ku ingin milikimu*ingin milikimu sampai syurga taw!
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kahwini kau dengan Bismillah *suka-suka hati je tukar!

Azreen yang ku panggil B,
Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu.



Notalipscumel:
Bila tergigit lidah, mesti rindu dia lain macam kan? Haha.


Khamis, 12 Januari 2012

Selamat Pengantin Baru Anis Nazia!

Ahad lepas, I lupa sangat yang cousin Azreen kahwin. Boleh pulak lepas pergi pasar tani pagi tu, singgah kedai bunga shoping pokok bunga. Haha.

Tetengah memilih bunga tu lah, sekali SIL call ajak pergi. Majlisnya kat Dewan Komuniti Keramat, I pulak duduk Mantin kan, so hambik kau! Tak cukup nafas lari balik rumah nak bersiap. Hampir-hampir tak pergi juga lah bila Azreen tiba-tiba hangin melihatkan Iman Raneeya yang meragam terlampau pagi tu. Apasal tah pagi tu melalak-lalak lepas balik daripada kedai bunga. Dengan Daddynya dia taknak langsung.


Mula-mula sampai, orang tak ramai lagi, haruslah snap gambar dengan budak nengade nih kan sebagai reward berjaya menghandle karenah dia. Dalam tak sempat tu, berjayalah juga memakai shawl lilit-lilit. Haha. Tapi kan, sesuatu telah I tinggalkan di rumah. Nak tahu apa dia?

Tengoklah handbag apa yang I bawa?
Ark ark ark.
Nasib baik hp I pegang je sebelum keluar, kalau tak tu pun tertinggal juga.


Si perantins.
Manis je kan berbaju songket bunga tabur. I suka sangat songket gaya gini. Ayu je bila pengantin pakai. Sebab tu lah dulu masa majlis kahwin I belah lelaki, I pakai songket bunga tabur. Suka sangat2 lah songket bunga tabur ni.

Haha, dan dan masukkan majlis kahwin sendiri jugakk!!


Tradisional + Moden = Traden?
Ado berani?
=p
Comel je rambut dia buat siput camtu. Walaupun simple, tapi tetap cantik.


Pengantin bersanding di pelaminan yang indah.

Kalau nak tahu pasangan pengantin ni bercinta sejak sekolah lagi. Kagum I orang bercinta lama sampai ke jinjang pelamin ni.

Anis, sepupu Azreen ni kerja polis. Sekarang jadi pengiring Sultanah Johor. Lagi sekali kagum sebab polis perempuan sekarang ni cantik-cantik je.


I dengan shawl lilit yang tak berapa nak semenggah. Lepas ni, kalau keluar Iman Raneeya ada sekali, lupakan je lah harapan nak pakai shawl macamni. Habis ditarik-tariknya shawl I. *_____*


Iman Raneeya with her cousin, Ummar Mukhtar.
Tengok kaki Iman Raneeya. Saja tak pakaikan dia kasut.
Sekarang ni, tak boleh sembarangan pakaikan dia kasut sebab dia dah pandai buka kasut dan buang kasut dia. Dia ingat makpak dia cap duit agaknya asyik buang2 kasut. =p


Ehem-ehem. =p
Dalam gambar ni baru I perasan, Iman Raneeya tu kuguih sangat nampaknya.


Gambar bebas 1.


With my SIL and my niece.
Si kenit tu boleh pulak tidur time pengantin berarak masuk. Lagi kuat bunyi kompang, lagi bertambah lena dia tidur.


Orang sibuk nak bergambar, Iman Raneeya sibuk nak babai2 orang.


Gambar bebas 2.


Lastly, gambar wajib di setiap majlis perkahwinan: Gambar bersama keluarga.
=)

Selasa, 10 Januari 2012

Resipi bubur Raneeya.



Iman Raneeya start makan pada umur 5bulan++.
Alhamdulillah, berjaya juga buat tak dengar suruhan Ibu dan Makcik yang nak bagi IR makan seawal 4 bulan. =p

Mula-mula dulu, I bagi dia nestum & bubur yang I blender. Kalau bagi bubur memang berselera lah dia makan, tapi kalau bagi nestum, terkulat-terkulat je dia buat muka makan terpaksa.

Pernah juga tiru resepi guna buah dari Zila dan Leonora. Pun, IR suka juga makan. Pendek kata, semua IR sukalah kalau bagi makan tapi kalau nestum memang dia buat muka. Haha.

Resipi bubur Raneeya I buat yang senang je. Malas nak buat yang susah-susah sebab Mummy nya ni nak kena masak untuk si bapak juga, so, ambil apa yang ada je lah main belasah. Main campak-campak je semua janji bubur sedap & berkhasiat.


Resipi bubur Raneeya.

1/4 bawang besar ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 potong kecil halia ditumbuk
Segengam sayur apa-apa aja yang disukai, dicincang.*Psst, kalau buh bayam kan, seram je tengok bubur tu jadi warna hijau. Haha.
Segengam kecil ikan bilis/udang kering/daging/ayam/udang segar dicincang/tumbuk
Setengah pot beras dibasuh bersih

Cara-cara:

1. Sebelum dinasihatkan nurse dulu, I bubuh sekali je semua bahan dalam periuk lepas tu rebus sampai kembang. Dah sejuk, I guna blender kering then blender bubur sampai haluihh. Garam tak letak ya.

2. Setelah dinasihatkan nurse, I tumis** dulu bahan2 yang ditumbuk tadi, then masuk beras, air secukup rasa, boh sikit garam, then rebus sampai kembang.

Sekarang I dah tak blender lagi bubur tu sebab IR dah 8 bulan, so nurse advice tak payah blender dah, bagi je IR makan bubur tu dan biar dia belajar mengunyah. IR pun bila dibagi bubur yang baru ni, memang selamba je dia makan siap mengunyah macam dah ada gigi.

Pasal yang kena tumis tu, nurse advice I masukkan minyak dalam bubur IR. Ni semua pasal kes berat IR yang tak berapa nak naik. Dia lahir dulu dengan berat 2.5kg dan sekarang bila dah 8 bulan, berat terkini adalah 7 kilo je. Tak tahulah kat mana silapnya walhal IR kuat je makan & minum susu. =( Tapi dia minum susu FM jelah sebab maknya ini tak mampu nak produce susu.

Psst Kak Yanee,
Tq ye share tips blender bubur guna bendalah tu. Kalau tidak, sampai kejung lah i lenyek bubur tu pakai tapis. =p


Ahad, 8 Januari 2012

Seharian.


5.30 am.


9.30 am.


10.00 am.


10.30 am.


11.00 am.


1.00 pm.


2.00 pm.


2.30 pm.


5.00 pm


6.00 pm.


6.30 pm.


9.30 pm.