
Kalau pergi klinik, tak dapat ubat, tak kene sound dengan nurse, memang bukan nur ain syazrin lah. haha.
Petang semalam, pergi ke klinik lagi. Tujuan utama adalah untuk scan 3 bulan. Petang-petang di klinik kesihatan mantin adalah tenang oke. 3 ibu mengandung, 2 orang baby yang menunggu giliran untuk di periksa. Lain kali, elok datang petang je lah. Tak serabut.
Masuk bilik doktor, terkejot sekejap. Selalu doktor perempuan, tapi kali ni yang tukang periksa adalah doktor lelaki India yang berbadan besar. Haishh! Naik darah ni bila nengokkan doktor. Nasib time scan, nurse yang buat. Takde la malu merah jambu sangat. Doktor cuma bagi penjelasan tentang imej di skrin sahaja.
Dan, tatkala di skrin memaparkan imej kepala badan, tangan dan kaki yang comel itu, diri ini terkaku.
=,)
Masya Allah. Speechless saat melihat kepala, tangan dan kaki itu. Macam tak pecaya, si kecil itu yang berada dalam perot ni. Dulu time scan, titik besar bulat kaler hitam je. Sekarang, dah cukup sifatnya. Air mata ditahan dari mengalir. Perasaan di kala itu sukar nak digambarkan. =,) Hilang sakit pening mual secara tiba-tiba. Lupa keadaan berdarah dan keadaan penat ketika muntah-muntah yang telah dilalui. Laf u baby, laf ur papa too. =p
Nurse yang ada di sisi pun mengucapkan syukur sbb nurse tu memang tahu kondisi ai cemane.
Melihat keadaan diri yang diam terkaku, doktor potong stim menegur, 'awak nampak ke tak ni? Ni heartbeat taw. Heartbeat ok. Ish, susah pula nak capture kaki baby. banyak bergerak ini baby.'
*doktor bebel2Haha doktor ni. Op coz la ai nampak bukti kekuasaan Allah yang Maha maha Berkuasa itu, yang mencipta si kecil yang mendiami perot kecil ai di kala ini. Masya-Allah!
Tapi, dalam keriangan2 ai melihat hasil peng'scannan itu, tetap ada juga yang tak bez.
1. Urine still poblemos. Bila da problem Doktor mesti sebut tentang threatened miscarriage (TM) itu. Haishh, nyampah. Nurse lak memekak2 suro minum air 2 liter.
* Wahai Pn. Nurse, tak larat kencing dah oke sbb minum air yang banyak tu! Panties pun asek basah je dah ni.2. Tekanan darah masih rendah. Heran. Walopun ai suka marah2, ia tetap rendah juga.
3. Setiap kali datang ada je ubat yang dia bagi. Nasib kali ni ubat kaler pink. So, skrg ni semangat la sket time nak makan ubat nnt sbb ada kaler pink. =p
4. Perot masih sakit lagi dan doktor ulang cakap lagi tentang TM itu. Apapun, doktor suroh tengok dulu cemane appointmnt ai dengan GH 11 Nov nanti. Since baby still fragile, ai kene maintain kan sikap 'berlemahlembap' ai itu.
5. im tired of being lemahlembap (lemah lembut sopan santun) oke! bila lemahlembap ai jadi lemau, xde mood nak buat semuanya. dari dulu lagi ai tak suka orang yang camtu. kawan-kawan ai pun tade yang camtu. Kena gelak perlahan, kene jalan cam orang sakit, terhadkan segala aktiviti. Haishhh!! Stress haku!
6. nurse sound, lenkali pakai kasut rendah sikit ye sayang! haha. baiklah! ni pun buat ai stress juga.
highheels = build your confident oke! tak caya gie la class personality development. tambah pulak bunyi tuptaptuptap itu, ia membantu menambahkan lagi keyakinan seseorang di pejabat. lagi2 kalau kasut bertutup penuh, tinggi, lagi la confident level bertingkat2 jadinya. tertutup semua ukiran pelik2 di kaki. =p
kasut rendah = kasut rendah ai pakai gie kedai, gie soping je. bukan gie opis. mood macik2 je kalo pakai kasut cam gitu gie pejabat.
alahai. papepun, ai cuba la pakaikan juga.
7. setiap kali orang tanya cemane keadaan ai, ai jawab oke je la. malas nak ckp bebanyak. nak tau detail gie la tanya doktor ai. =p hepi2 je sudah. dun wori, be hepi.
8. muntah2 menjengah kembali. ades!
9. apepun yang jadi, ai bersyukur atas kurniaan ini. terima kasih Tuhan. semoga ada rezki kami.