Jumaat, 24 Disember 2010

Bulan kelima.



alhamdulillah. sudah bulan kelima termengandungan'. haha.

kedatangan bulan kelima disambut dengan muntah semula diwaktu pagi. haishh baby ni, wat perangai ea, kan mami dah muntah dah.

5 bulan ini,
bila ke KK (klinik kesihatan) atau KP (klinik panel), doktor atau nurse akan tanya:
dah rasa pergerakan baby?

hanya mampu sengih & geleng kepala. sebabnya ai tatau pun cemane rasa itu. cuma ada sekali time AJ di Perak haritu, ketika tengah malam terasa seperti ada benda dalam perot menujah menendang lembut perot ai sebanyak 3x.
ermm, pergerakkan baby ke tu? ontahlah, ai pun tatau.
lepas malam tu dah xde rasa tendang atau tujah2 dah, melainkan rasa sakit menyucuk2 di bahagian perot bawa ke pinggang yang hari-hari datang. ia sgt sakit tau smpai kadang2 rasa nak melalak.

5 bulan ini,
badan bertambah kembangnya. sume bahagian mengembang bagai johan.
maunye tak kembang, selera makan kan main la tak boleh nak dikontrol. apa ade depan mate, sume ditelan je tanpa belas kasihan.

ramai juga yg tegor: elok la mcm skrg ni, berisi sket. dulu kerempeng je. =)
AJ pulak, bila ai asek dok mengadu yang ai dah gemok, dia akan jawab: gemok ada baby xpe la. jgn gemok tak sihat sudah.

yang pasti, setiap kali tengok diri di depan cermin, mesti rasa sentap maknak kerana keadaan fizikal sudah tak seperti dulu.
huhu. tak lama lagi mebi berat ai dengan AJ akan sama. mungkin ai dah boleh dokong AJ dan timang-timang dia sbb berat ai dah melebihi dia. haha.
papepun, pasrah dan redha je la. dah kate merandung, haruslah body 'sexy+montok+mantap' gitu. kan? * ayat motivasi diri sendiri.

5 bulan ini,
ai tatau pun lagi gender beby. biarlah seperais. yang penting beby sihat dan lahir dengan selamat sudah. itu je doa ai skrg ni.

aritu time kenduri ikin tunang, sambil nolong2 masak pagi tu, ibu tegor cakap kat makcik yang dok di depan ai:
akak rasa, anak kaklong ni perempuan la wie. ko tengok tu, seri je muka dia.

ibu ni biar betol. ai baru je bangun tdo terus ke dapur time tu oke. sempat lap2 air kat mate je smbil gosok gigi. mandi pun idak ibu oi. tang mana yg serinya pun tatau la ai.

AJ pun selalu ckp baby dia baby girl sbb ai asek nengok America's Next Top Model je.
erkkk, helo AJ, bukan time preggy ea ai asek nengok cite tu, time bujang dulu pun, cite tu je yg ai layan hokeyy!

ada juga yg kate baby ai baby boy sbb perot ai kecik. hmm, ontah lah. apepun gender baby, ai terima je walopun hati ai lebih berat kepada baby girl. suka tgok baju baby girl yg comel2 & kaler pink.

5 bulan dah la. cepat nye masa berlalu. =)
9-5 = 4.
kan?

2 ulasan:

  1. 5 bulan dah eh? kejapnya mase berlalu kan.
    dah rase baby tendang ehh? alahai mesti comel :)
    take care!

    BalasPadam
  2. balkidz:
    =)
    hehe. mmg rasa kejap je.
    bez je rasa beby tendang. geli2.
    u too, tc.

    BalasPadam