Isnin, 25 Oktober 2010

Rezeki yang berkat


♥ Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh. Lakukan solat sunat.

♥ Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
"Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya REZKI YANG BERKAT dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak."

Zaman sekarang ni ramai yang fail dalam hal solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat jumaat.

♥ Amalkan membaca ayat yang dikenali sebagai Ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini. Subhanallah.

♥ Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin.

♥ Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah.

♥ Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki (bersyukur). Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur).

♥ Amanah dalam pekerjaan dan setiap perbuatan. Ingat, setiap amanah yang diberikan haruslah dijaga sebaiknya. Terutama dalam pekerjaan, kerana ia akan menjadi pendapatan dan seterusnya darah daging.

♥ Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berbicaralah dalam hati:

"Ya Allah, terima kasih atas segala kurniaMu hari ini, makan minum, pakaian, pekerjaan, keselamatan dan semua nikmat yang tidak dapat ku hitung. Kumohon agar Engkau menambahkan lagi kenikmatan itu besok hari. Dan kumohon maafkanlah segala dosa-dosaku"

=) sharing is caring ♥

Jumaat, 22 Oktober 2010

Sohabat.

dalam hidup ini, selain daripada makpak, adik bradik, sedara mara, dan chenta hati, Tuhan kurniakan kita juga sohabats agar kita tidak sunyi. *rindu sohabats la. sohabats ni lebey kurang adik bradik la juga. sharing sumenye. ada masa baik, ada masa gadohnya. tapi lepas gadoh pasti akan baik juga.*ni kes sohabat sejati la. kalo tak sejati, gado smpai mati takan baik2. sahabat dicincang takan putus ye. *suke2 ati je guna pepatah tu!

yang membezakan adik bradik dengan sohabat ialah tado pertalian darah. tu je. sohabat, kawan bersama di masa gembira, juga kawan yang sentiasa menyapot serta meminjamkan bahu dan telinga di kala berduka.

teori persahabatan ai sangat kelakar. orang yang ai tak suka pada mulanya akan jadik sahabat ai. haha. contoh, dulu, time interview di kampeni kubah biru, ada seorang perempuan putih datang beramasmesra dekat group interview ai. tanya dari mana, borak2 mesra. ai hanya pandang perempuan putih tu sambil lewa je & malas nak layan. sambil dalam hati terdetik, ishh, nyibok je la pompuan tu! orang dah la neves nak interview ni. tapi sekarang, perempuan tu jadi kawan sepengumpatan ai. =p perempuan putih itu adalah raja mariam. ark ark ark. gitular lebih kurang ceritanya.

sohabat ai ada merata. di selatan, timur, barat utara. mana tempat ai menetap, pasti akan ada melekat sohabat di situ. time di melaka lain sohabatnya, tercampak di PD mendapat sohabat lain pula, dok di perak bertambah lagi sohabat dan bila bekerja sohabats silih bertukar ganti. namun, walopun sohabat bertukar ganti, sahabat sejati tetap di hati. sohabat sejati, walopun jarang bersua muka, tapi tetap tanya dan amek tau kabar berita. sohabat sejati, walopun jarang halu- menghalu, tapi terkadang sms dihantar sebagai pengganti suara. ditambah pula dengan kecanggihan teknologi masa kini, walopun jauh beribu batu, ym, facebook dan blog menjadi tempat sohabat bersua senda, korek2 berita secara maya.

rindu sohabat semua. =)

aritu ai mesej salah seorang daripada sohabat yang ai ada. afzan. mengajak ke genting untuk berjimba. terlupa sebentar yang ai sudah beristeri. eh silap. terlupa sebentar yang ai sudah bersuami. main ajak-ajak sohabat tanpa meminta izin terlebih dahulu. nasib baik afzan bizi, kalo dia say yes tiba-tiba, tak ke naya. berdosa dah ai terhadap suami. buat keputusan tak minta izin.

tadi pula, bila membaca komen tazah di blog, sayu hati di hati, bergenang air mata di pagi jemahat. kenangan bersama datang menjelma. saat bergelak ketawa sambil bergosip manja, haha. saat berkaroke sambil sendu2 nangeh dalam gelap. *dalam hati ado pink. =p saat tumpang tido di rumah sambil pinjam baju singkat pegi kelas dan singgah mekdi budak laki sound singkatnya kain minah ni. *adess, malu! saat makan2 di as-salam sambil bercerita kan main la kuat gelaknya. *kakmas, akak gelak paling kuat tau. haishhh, kenangan, kenangan. yu buat ai rindu je taw.





Sabtu, 16 Oktober 2010

Teringat majlis kahwin


suwit je gambar ni kan? tu yg ai rasa la. celah mane yg suwit, tu rasie.. =p


haha. tajuk posting xde kene ngena pun dengan gambo di atas. cuma ai rindu pelamin nikah ai. tu je la nak bagi tau. tetibe miang gi tgok gambo nikah padahal bsok ada dua paper nak jawab. bole camtu?

ai suke la pelamin nikah ai. suka. suka. suka. =) even simple tapi suwit & somel je. ishhh, rindu la pelamin ni!

notalipscumel:
rindu juga nak jadi ain syazrin yg normal. boleh wat keje cepat, boleh terlari2, boleh makan ape saja, boleh makan mekdi, boleh makan ayam puas2, tak cepat penat. haishh, mase, sila gerak laju ye.

Khamis, 14 Oktober 2010

Mode: final exam!


apa pun jadi,
cuba!
jawab sebaik mungkin.

gud luck & sabar.

oh, 3 semesters to go!

Selasa, 12 Oktober 2010

Pembuakkan

1. hari sabtu, dari pagi sampai malam nak tido, asek menangis non-stop. kalah baby. then mlm, angin ape datang tah, suruh AJ gi tido rumah mak dia. bile AJ tanak gie, nanges balik. tak plan pun nak nanges ok. ia berlaku di luar kawal. ada masa AJ layan nanges, ada masa dia dok telentang je depan tibi. class pun tak pergi, sebab melayan tangis. hasilnya, mata bengkak macam katak bobot.

2. tak paham hati orang ni. bukan tak pernah mengandung, pernah! tapi masih tak faham cemane keadaan orang yang mengandung tu. bukannya sengaja nak menyusahkan orang, meraih simpati, tapi ko sendiri tau kalau time mengandung hazabnye tu macam mana kan! dengan mood yang tak menentu, morning sicknessnya, ditambah pulak kes berdarah aku ni, takan la ko tak nampak. atau, berpura2 tak nampak? xpe la, macam biasa, aku tak pernah nak simpan dalam hati. aku tak minta belas ihsan pun tambahan aku dah minta pun name aku dikeluarkan. so ape halnya? papepun, kalau ko nak semua, ambik. tapi ingat, buat busuk dibalas busuk la!

3. stress dengan keadaan diri sendiri. tapi tetap pujuk hati dengan dua perkara ini,

~ walo macam mana ko stress pun ain,ingat, mcm ni la dulu keadannya time ibu ko ngandung kan ko. entah2, time ibu dlu, lagi terok dari ni. so, rasakanlah semua ini.
~ bersyukurlah! Tuhan dah bagi ko rasa, hadapi la ia dengan tenang jiwa dan baik2 saja. sabar! Tak semua orang berpeluang merasa perasaan ini oke!

4. monthly chekap hari ni, resultnya tekanan darah rendah, kencing kotor dan yang paling beznya tok aku ialah berat turun. haha. tapi nurse bebel tak hingat nye. nurse tanya nape berat turun, ai jawab muntah2. ye la kot. takan sebab stres lak berat turun kan? berat sekarang adalah 54.5kg. tang kencing kotor, i tot, sbb makan benda yang bukan2 jadik kencing kotor, tapi rupenye, badan kurang air. so terjadinya la kencing kotor. so, kene minum air masak dua liter sehari. ai juga kene banyakkan makan kerang, hati, limpa yang selama ni ai tak penah sentuh oke! susu pun kene minum 3x sehari. haishh! dan, lepas ni, dua minggu sekali ai kena gi chekap. adoi! cemane lak nak ngadap bos nk bagitau. lagi satu, stakat ni, im free from diabetes. oh, syukur!

5. final exam tok sem 6 ialah pada minggu ni. preparation? tatau nak cakap. o mai gucci, dan dan stress balik =|

Isnin, 4 Oktober 2010

Mental fizikal up & down

di klinik swasta,

doc kate: eh, ada dua la. awak mengandung kembar ni.
ai kate: fmly saya xde yg kembar. doctor series ke ni?
doc kate: betol. cuba tgok ni. dan ni satu lagi. *sambil scan. tapi yang satu lagi ni mcm bermasalah je. better you refer pakar di GH. nanti lagi tau details.
mode ai: tiada rasa pape. hepi tak, sedih pun tak. sebab? botak dlu pun doktor dia cakap camtu, tapi, last skali, botak mengandung satu beby je pun.

di bahagian kecemasan,

3 ekor doktor datang & tanya dengan soalan yg sama: you kenapa? sakit macam mana? *erghh, 3x nak explain benda yg sama dan rasa mcm nak bagi penampa je.

dah discan di bahagian bawah, dan di godok2 alat yg sepatutnya then, salah sorangnya dtg kat ai & ckp: no twins puan, but it's ectopic. kemungkinan puan mengandung luar rahim.

lagi sorang doctor jerit kat nurse: admitttttttttt!!

mode ai: xde rasa. tatau nak react ape. amek hp & text sum1 yg ai sayang. rasa nak meraung tapi tah, xde kekuatan. boleh?

bile dah tgok muka xde rasa ai tu, doctor pun cari la hasben & explain segalanya kat hasben. ai da malas nak dengar.

ditolak masuk ke ward,

kat ward check lagi. proses yg sama mcm kat bahagian kecemasan tadi. erghhhhhhhhh! then doc pakar ckp: threatened miscarriage.

kemudian dr tunjuk heart beats baby kat ai then ckp lg: nmpk tak heart beats? since the heart beats is ok, so, ai warded you la ye tok pantau keadaan you. ermmm, no twins la. satu je baby & kalo xde pape, bsok you dah boleh keluar dah. y you nampak mcm tak hepi je tgok heart beats baby?

ai jwb: kejap twins, kejap mengandung luar rahim, & now you ckp oke pulak & baby satu, ai tatau nak react cemane dah. papepun, alhamdulillah ai & baby oke.

doctor smbil senyum: yang kat luar rahim tadi dah termasuk balik kot. *cuba buat lawak
mode ai: xde respon. malas nak layan. bengong!