Ahad, 31 Januari 2010

Semakin hampir sayang banyak-banyak

motip tajuk: saje je, mau ngade2 + mau hepi2 kan diri sendiri. *ai suda tinggal sorang sekarang ni k. ibu, ai sgt takot! =/

dan,

dlm takot2, ai ada cerita mau dishare bersama.
ehem2, smlm ai & dakpinkL deting tok cari sumthing. =p
& for de 1st time juga, ai akan tunjukkan muka dakpinkL a.k.a teman tapi mesra ai itu.
so, moh kite layan gamba.
jom2!



yg pakai tudung kaler paddlepop itu adalah ai, dan disebelah adalah dakpinkL. =)
comelkan tudung ai? =p


selepas barang yg dicari telah dijumpai, kami mengisi perot di cikenriceshop.


cikenriceshop.


antara menu pilihan

dan,

ada sesusatu dalam kotak itu.

eksklusifli ai publish kat blog ai tok sesuatu itu.
=)
tada!!
sgt hepi oke.
hilang segala kekusutan yg ado dlm kaplo ni sekejap bile melihat sesuatu itu.
senyum lagi sampai nampak gigi.

ai berharap dan berdoa, semoga semuanya kan baik2 saja. amin.


notalipscumels:


oppsss, aritu ai try resipi kokin iaitu tepung tumis.
mcm biase la, kaler mesti akan lari sikit dari resipi asal. ~lalalala
& emi sgt pelik &bertanya, mana datangnye fishball pink??
ai jwb, ai rendam dalam kaler. haha. =p

♥,

Khamis, 28 Januari 2010

Pisang itu sedap!

Perhatian!!

♥ Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

♥ Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Oleh itu, pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang.. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau: ~dakpinL, pelis take note!
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!” ~erkkk, bukan epal ke??

pssttt:
Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika!

Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

sumber: email dari cik PP ai. =)

♥,

Rabu, 27 Januari 2010

H a n d b o o k 2 0 1 0

Health:
1. Drink plenty of water. ~yep, skrg ni panas. ai mmg byk minum air
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is
manufactured in plants.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Make time for prayer.
6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2009.
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9. Sleep for 7 hours. ~ai tido tak menentu
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.


Personality:
11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all
about. ~ ai like!
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in
the positive present moment.
13. Don't over do. Keep your limits.
14. Don't take yourself so seriously. No one else does.
15. Don't waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake.
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of
the past that will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others. ~btol3. kite tatau brape
ramai pula yg benci kita, so jgn sesuka nk benci org. =p
20. Make peace with your past so it won't spoil the present. ~ orite, peace! no war k.
21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the
curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a
lifetime. ~ laf2. da letak kat fb.
23. Smile and laugh more. ~ =)
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Society:
25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
29. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business. ~ yep, lantak depa la.
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:
32. Do the right thing!
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
34. Allah s.w.t heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up. ~ i loikkeeeee
37. The best is yet to come. ~ w a i t i n g
38. When you awake alive in the morning, thank Allah s.w.t for it.
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Last but not the least:
40. Please Forward this to everyone you care about. ~ done! lebbiuols =)

notalipscumel: thanx cik beb fwd email ni. ai likee. fyi, ai lg suke email2 infometif gini dr email2 hartis yg tahpapekejadah tu oke. =)

Sabtu, 23 Januari 2010

Bagi terapi satu please.

ai sgt memerlukan terapi jiwa tok melegakan segalanya.
yep, sgt2 perlu.

senin di hari gajji nnt ni ai cuti kerana mau pergi capture pixas 4 my group assignment. so, selepas selesai, mungkin ai akan gunakan masa yang selebihnya untuk terapi jiwa. sendiri. tanak sape2 teman.

dan tok terapi jiwa cara ai, dua benda yg dah ado dlm kaplo =) cara ai wat terapi gitu, cara uols ai tatau la cemane lak ea??

aim: dable H.

1. heels.

~weeee, so sexyyyyy


feelingg2 legally blonde reese witherspoon lak. *ai start suke pink since ai tgok muvee tu taw. =p



ado reben2, tu yg wajib ada tok heels ai. =)


2. H kedua adalah handbags.

pixas???
tado.
sbb ai susa nk cari handbag yg ai suka. siyes. smpai sekarang tade penah ade handbag yg ai bekenan.
papepun, my aim adalah simple+somel+suwit = suda memadai.

muahahaha.
sgt tenang tiba2 bila memikirkan dua benda tu.
dan ketika mencari nnt, konfem, ai akan lupakan semuanya yg bersarang semot ni.
yey! xsabar untuk menunggu hari isnin.
so excited rite now dan lupa sekejap petang ni ai ada debat, test english & mcm2 lagi tentang benda2 remeh tp memenatkan kaplo otak.

notalipscumel:

sgt tak bez kan, bila asek mengingatkan sesuatu berulang kali, dan buat org rasa xbez dan ckp: cukuplar kalo ckp sekali je.

haishh, semua hati perlu dijaga. so, xperlu ambil berat, hanye perlu ambil tau je sudah. *g bace posting menjagahati tok tau beza ambil berat dan ambil tau.

♥,

Jumaat, 22 Januari 2010

Mereka mau makan di luar


menu ai: ni je. pecaye??


mereka yg mau dok melaka. =(


dari petang ibu asek la mengajak abah g makan tomyam. walhal dia da siap masak asam pedas dan sayur ijau cina masak air da.

kate ibu: tekak rasa xsedap la bang, rasa nk makan tomyam. *penat mengemas kot tu yg xsedap badan.

emi nambah: kita nak dapat adik la ibu xsedap tekak. *mungoks je budak emi neh

ai jawab: sudah2 la tu. cukup la 4 orang ni je. =p *tanak haku deh, da besar panjang ni ade adik kecik. gilo apo.

tapi, abah wat dunno aje tentang ajakan ibu tu smbil tgok2 tv. so, ai tot xjadi la kot nk keluar makan.

tak alih2, mlm dlm pukul 8.30, abah ngajak g makan kat nilai. haish, tado tanda2 amaran langsung, tros ngajak2 je. ai yg baru nk ngadap NB tok wat assgmnts ni ngikot kan je lar. *skrg adalah time xbole ckp byk oke. kang, xdapat kawen. =p

so, menerimapakai pandangan dakpinkL & kokin, ai pun bawa la mereka2 itu dinner di port biasa yang selalu ai g makan tomyam.

otw, abah siap pesan kat ibu: tengok pemandangan nilai ni (ani). nnt da dok melaka, tak dapat tengok dan tak datang sini lg da. eh, takdo la tak datang, kalo datang pun g rumah besan kot. ark ark ark.

erghhhhhh, ade je bahan tok ai kan abah oi!!


nota lips cumels:

bunga yg ai beli di CH tu masih lg berbunga. bau dia sgt harum. =)


♥,

Kokin, Koyam & kancil pink



semalam ai & koyam g melawat kokin.
koyam datang amek ai kat rumah kira-kira sebab kereta ai tado. =)
sgt teruja uolss.
maunye tak, kereta comel dia kaler pink.
dan ai terasa seperti hartis sekejap sbb naik kereta yg menjadik perhatian orang.
lalu memane je, mesti org akan kalih dua 3 kali tengok keta pink tu. ark ark ark.

sebelum g rumah kokin, kami nyinggah di kawasan UIA untuk lunch.
erghh, satu benda yg buat ari rasa tak bez+ xselesa, yg ai perasan sendiri la, adelar ustaz2 kat situ jeling2 sinis pandang serong kat ai.
haishh.
yep, ai admit my mistake, baju ijau ai 2 ada kurengnye di mata ostaz tu kot. dan ai siap dengar lagi die sebut2 sesame die tentang pakaian, jarang2 sume tu. =(
mahap la ye kamu2. mana la ai nak tau koyam nk bawa g makan kat situ.

selepas lunch & dapat msg dr kokin die da sampai rumah, terus la kami gerak ke rumah kokin. di rumah kokin, terus ilang ingatan ai tentang peristiwa di UIA tu. ilang terus rasa tak bez itu.
geng koko kalo da jumpe, mcm2 cerita la yg digosipkan. haha. sampai lupa yg kokin tu tengah tak sihat, dan smpai lupa jg yang tengah ada kat rumah org sbb gelak kuat tak hengat. paling kuat gelak adalah koyam.
almaklumlah, da lama tak jumpa PM koyam yg bz tu dan koyam pun byk delay tntg gosip2 yg hebat, so kenalah update info terkini tok koyam smbil gelak kuat2. =p

papepun, semalam adalah sgt hepi dan seronok sbb dapat nek keta pink+dpt gosip2 dgn geng koko.

to kokin: tamo risau2 da. siket je lg tu kak. be hepi + rajin2kan bejalan k.


notalipscumel:

fyi, weols bergosip tentang kami2 je. kisah armjit singh, kisah ai dpt email sentap, dan kisah2 kami la. tade sentoh hal org len pun. kan kokin & koyam kan?
so, dakpinkL, dun wuri, ai xngumpat hal org pun. =p

♥,

Khamis, 21 Januari 2010

Menjaga hati

1. ai kene menjaga hati. dua2 pihak. xboleh terlebey xboleh terkurang. diluah mati mak, ditelan mati bapak. okey. saya yang menurut perintah, so saya ikotkan jelar. tapi ati ai?
mungkin dakpinkL kot yg kene jaga & tatang bagai minyak yg penuh. watchout dakpinkL! rite now, setiap ape yg ai ckp mungkin akan buat awak sentap. tadahkan lah telinga dan kuatkan lah diri kamu tu. kamu kan tempat ai curahkan segalanya.

2. ambil berat dan ambil tahu adalah dua perkara berbeza. ambil berat akan cuba mencari punca sehingga dapat jawapan, manakala ambil tahu sekadar hanya ingin bertanya, ada jawapan xpe, takde jawapan pun xpe juga. antara dua itu, ai rasa ai mau pilih ambil tahu. mungkin ia takan serabutkan pale otak ai. kan?

3. bukan senang nak senang kerana untuk senang, perlu susah terlebih dahulu. kalo tak susah, takan dapat belajar erti payah. susah itu, perlu rasa perit, rasa pedih, kena menanges2, ditambah dengan sakit2 hati dan lain-lain perkara yang melengkapkan resipi susah itu.

notalipscumel:
da abes terluah kot. okey. boleh sambung myline.

♥,

Senyum sorang-sorang je

halu uols,

hurm, kaplo mmg tengah serabot dgn mcm2 benda.
test, assignments, seminar, debate, final exam, & mcm2 lg benda yg datang, datang dan datang.
nsb bek keje tado pape pressure. solamat.
sume itu jg telah menyebabkan ai EL (awl2 tahun da EL ko!) on Monday. sgt xlarat hokey!

dan,
ibuabah pula sedang sebok packing2 barang mau pindah. sukati nmpk! huhu. mereka mau pulang ke melaka. tinggal ai di sini. eh, mungkin emi akan jd peneman ai di sini kot.
macam mane la hari-hari ai nnt?
ai perlu berdikari. bayar bil sendiri, masak sendiri, hurm. dalam kepala da terbayang semua itu =(
ai harap ai kuat dan hepi2 hidop sendiri.
juz follow de flow cik pink!
bez kot dok sendiri tanpa makabah ni kan??

oppss, tertinggal sesuatu yg mau dikongsi. ai dituduh menyebar cerita. haishh. sgt tidak patut. sedikit sedih, tp ai positif je. berani kerana benar, takot kerana salah la.

tapi,

dlm2 serabot tu, 1thing yg ai perasan ai suka buat sekarang ni adalar, suka g bace cerita kawen org. then senyum sorang2.

haha.

xpelar, kalo itu yg boleh bantu hilangkan stress ai tok seketika, ai layankan je la jarijemari gemoks ai ni klik2 cerita kawen itu. =p

wahhh, lagu nobody but u kat radio. mau g layan. tata.

♥,

Rabu, 20 Januari 2010

Sila tanya saya

pandai masak?
ai jwb: errr, boleh la sket2.

pandai menjahit?
ai jwb: tak. tak suka.

pandai iron baju? sluar slack?
ai jwb: pandai, tp kalo seluar slack, yg kecik boleh la. kalo seluar tu besar gajah, susah. tp saya boleh cuba juga iron kan. belajar.

pandai mengemas?
ai jwb: semua perempuan pandai mengemas. kan? =)

pandai buat teh/kopi?
ai jwb: haishh, pandai. 3 in 1 kan ade.

pandai basuh baju?
ai jwb: pandai, guna mesin basuh.

lagi?
tatau da nak tanya ape lagi?

korang ade soalan untuk ai?
kalo ade sila la tanya,
sbb
ai perlu banyak lagi soalan2
untuk dijawab..
=)

motip: da lama tak kene tag, gini la jadinya

♥,

Jumaat, 15 Januari 2010

Kemaskini pantas.

1. dak pinkL xcident 2 menggu lepas. part cemas adalah time selepas dia ke hospital+buat report polis, ai try kol, my kol was rejected. smpai pagi keadaan mcm tu. bila kol ai xdijawab, ai da bayangkan yg dakpinkL da kene lokap sbb langgar orang, dan besok ai nk kene lawat die kat lokap. erghh, mungok tau, tanak pikup kol. kan ai da bayangkan yg bukan2. hurm, ai ado buat posting tentang itu tp xpublish2 sebab lately ni ai rasa, byk benda yg nk tulis + cerita, tp bile da taip2, then feeling tok publish ilang. so, simpan je la.
erm, pesan tok dakpinkL: plz, jgn buat ai takot mcm 2 lagi oke?

2. kokin sambung mc. ai sgt risau tentang dia. hurm, siang td g lawat dia *siap bawa kek, tp ai balik yg kene makan kek tu =p
keadaan dia: =,( speechless. papepun, harap akak tabah & kuatkan semangat k. tuhan duga akak sbb die tau akak kuat. ai rindu nk gelak ketawa, gosiping, bace komen2 akak di belog ai (hari2 ai tgok belog dgn harapan ade kumen dr u) & upadate terkini kat ur belog. semoga cepat sembuh ye. amin.

3. sedikit sentap dgn ibu this wik bila ai bicarakan 'hal' itu. ai emo dan teros terhasil posting ini. to cik beb & piya, posting tu adalah tok ibu ai la. bukan tok dak pinkL. sila rujuk pada gambo tersirat ibu & anak serta notalipscumel tu. xseswai k tujukan posting itu tok dakpinkL. *kot iye nak buat posting tok dak pinkL, ai akan tujukan lagu hamaradil aapke paase hai je sbb die suka hindustan =p
4. ai g class mengaji. =) ustazah didatangkan dari arab. mesti korang gelakkan ai kan? xpela, sekurang-kurang nya, alhamdulillah, lidah ai masih lancar lagi membaca ayat suci al-quran itu. hurm, kene rekol semula tentang ikhfaq, izhar, iqlab, idgham dan segala macam tajwid lagi. haishh. caiyok dakpink. *1st class ai nebes k. mahap ye tazah!
5. bsok, ai akan berdebat tok pusingan pertama. tuhan je yg tau ape ade dalam hati ai skrg ni. maunye sakit perot sakit kepala dan mcm2 lagi la penyakit sampingan yang akan datang pada esok hari. haishhh. say no to takot k!! *caiyok dak pink, 5 minit je. ko anggap je mcm ko tengah debat dgn dak pinkL. haha. oppss, abg sham sro ai yg gulung bsok. erkkk.. oke2, i can do it.
6. makpak dak pinkL mau ketemu makpak ai? jeng, jeng, jeng... tbc.
k, selesai kemaskini segera dgn perkara nam yg dgn hanya sebaris ayat.

♥,

Khamis, 14 Januari 2010

Kejam tak kejam, kalau sayang sila buat. Haha.

haishh, *mengeluh tiga pat kali
lelaki tidak suka dipaksa2.
betol?
ai tahu tentang itu. tp, walaupun da tau ai masih lakukan juga.
meminta sesuatu secara paksaan. tado kompromi. wajib kene lakukan.
ape nak jadi dengan ai ni?
ai tatau tau mana perginya perikemanusiaan ai waktu ai text him mengenai permintaan ai itu.
tak terfikir kah ai tentang perasaan dia waktu ai ucapkan textkan permintaan itu??
=(
dan kalo dia tunaikan permintaan ai itu, ikhlaskan dia lakukan?
atau dia lakukan dengan terpaksa dan bermuka2 hanya tidak melakukan perkara itu di depan ai je?

im sorry awk.

tapi jujurnya,
ai memang tidak suka awak merokok.
dan kalau permintaan ai itu agak keterlaluan, pilihan di tangan awak. oke?

♥,

Selasa, 12 Januari 2010

Senyum la =)

senyum hari ini,
sebab ada yang mau lihat kamu senyum,
senyum hari ini,
sebab orang kate senyum itu sedekah,
senyum hari ini,
sebab senyum kamu bisa buat orang lain tersenyum juga,
senyum hari ini,
sebab senyum kamu buat dia gembira,
senyum hari ini,
sebab senyum bisa penyembuh duka,
senyum hari ini,
mungkin senyum kamu akan mampu melembutkan hatinya,
senyum hari ini,
kerna,
mungkin esok lusa belum tau kamu mampu tersenyum lagi..

♥,

Jumaat, 8 Januari 2010

Ape nak jadi ni?

tenet: sgt mls mau blogging. sgt mls mau farmville. semakin tado mood untuk facebook.
kerja: rasa hebat sbb mampu menyelesaikan filing 2009. tapi mood untuk bekerja P U D A R.
pink: masih mencari2 cara bagaimana nak mula. takot pisang berbuah dua kali.

di awal tahun baru, sgt trok rasa begitu. kan?

punca:
stress. semester 4 yg taf. sedikit down.
berperang dgn assignment yg agak 'hebat'.
dan mcm2 benda lagi yg xboleh nak diterima dek otak.

ye, tawu. xdenye belaja yang makin lama makin senang.

papepun, juz follow de rythm. time keje,keje. time g clas, g class. kan?

♥,

Khamis, 7 Januari 2010

Tqsm puan piya.



as requested by me: simple, somel2, must have laf2, pink2 & masukkan blog tittle saya.

so, hasilnya telah buat saya xbley stop senyum bile nengok menatang kat atas itu.
simple & somels kan?
it's created by piya.
saya sgt suka.
tqsm piya. lebbiu.

♥,

Ahad, 3 Januari 2010

2010 dan kami.


ekceli smlm weols g dinner.
&
ai telah membeli sumthing tok dakpinkL sempena meraikan 152 hari kami telah berkawan. =)
ai tau die takan hengat pun, tp xpe lar, sekurang-kurangnya ai ingat sorang sudah.
yg xbehnya dia tak makan pun menda tu. cuit2 sket je. =(
reason dia: maness sgt. *hurm, ai rasa msh byk yg ai tak faham tentang u lg.
kecik ati? tatau nk luahkan. sbb ai jenis yg simpan dlm hati je.
positif thinking: die tanak suda, ai makan sume sorang2.




iklan: tgok, kaki ai lg cerah dr kaki dia. =p
niway, de pink crocs tu adalah dari dia. tq awak!

notalipscumel:
1. ibu abah masih di sini lg. =)
2. xsbr nk mulakan class itu. nsb da ada cegunya. yey!
♥,