Isnin, 30 Jun 2014

Ramadhan: Jom ubah Pesta Makanan ke Pesta Ibadah!

Sumber


Alhamdulillah, di bulan mulia ni dapat perkongsian ilmu yang baik dari sahabat. Jom baca dan cuba. Kot boleh ubah dan tambah-tambah ibadah.

:)

Selamat berpuasa semua.

----------------------------------------

Di zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan. Bulan Ramadhan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku seperti perang Badar, dan berbagai lagi yang menunjukkan kekuatan ummat Islam di zaman itu. Kini Ramadhan dikaitkan dengan keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya diraikan dengan pesta makanan. Sepatutnya Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga.

Mengikut kajian, kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan
Nabi buka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium seperti makanan bergula perang, bukan bergula putih) dan air kosong sebab berbuka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan ialah jangan hidang makan malam yang banyak semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

2. Jangan window shopping ke bazar Ramadhan. 
Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang pertimbangan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar!

4. Selepas solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Teruskan berbuka dengan makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Makan jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air. Cukup.

5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dengan paru-paru berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung untuk elak paru2 berair. Burung mandi dengan cara basahkan rambut tapi badan tak basah.

6. Selepas mandi, sebelum pergi solat Isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

7. Solat Isyak berjemaah kemudian lakukan sembahyang terawikh.  Solat dengan perlahan dan santai. Jangan tergopoh gapah.

8. Pastikan ambil moreh yang ringan. Makan selepas pukul 10.30 malam adalah kemudharatan yang besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dalam badan. Aktiviti terbaik untuk masa ini adalah tadarrus minima 1 helai muka surat Quran. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik ke dalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yang kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya dan setiap masa.

9. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pukul 12 malam dan berehat. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol sebanyak 4 kali ganda.

10. Selepas itu bangun pukl 3 pagi untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dan renjis air sejuk pada hujung jari. Boleh mandi, tiada masalah kesihatan.

11. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

12. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara pukul 3 hingga 5 pagi. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.

13. Sahur. Sebaik-baik sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam.

14. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.

15. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.

16. Tidur qailullah (1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.



Kuliah puasa dari sudut kesihatan. 
Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)




Cara makan kurma:

60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis, ajwa, mabrom, sapawi, mariami.

Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut berehat lebih dari 8 jam.


Semoga perkongsian ini bermanfaat.
=)

Jumaat, 27 Jun 2014

Salam Ramadhan 1435H


Selamat berpuasa di ucapkan kepada semua rakan-rakan media sosial.
Ampun maaf zahir dan batin ya sekiranya sepanjang perkenalan kita di media sosial ini, ada perkataan yang ditaip atau dikongsi terkasar bahasa dan terguris rasa.

Semoga puasa kita pada tahun ini mendapat keberkatan dan diterimaNya.
Insha Allah.

Khamis, 26 Jun 2014

APOMCOAW 2014 #3

"APOMCOAW - A Portrait Of My Children, Once A Week, 2014"

Iman Raneeya & Iman Reezqy: Air dicincang takkan putus, Insha Allah.


Rabu, 25 Jun 2014

Bola tampar saya.


Bola tampar,
Dari zero,
I become a hero,
Even kadang spike menjadi,
Terkadangnya pula banyak ke laut.
Haha.

Bola tampar,
Tahun ini tahun kelapan kita bersama,
Dah merata negeri kita jejak demimu bola tampar,
Serta pelbagai kenangan masam manis tawar hebiaq terlakar bilamana I join bola tampar.

Oh bola tampar,
Keranamu juga I bertemu Dia.
Di court sana mata saling mencuri pandang,
Kemudian diikat di bulan Februari, seterusnya menyulam cinta di atas feri,
Sempat berbola tampar di USM sebulan sebelum di satukan di tahun 2010.

Oh bola tampar,
Kadang-kadang macam tak suka dengan kau ni,
Kadang-kadang jadi sayang,
Kadang-kadang rasa macam ahhhh malas dah nak layan,
Kadang-kadang menyampah datang kalau tak menang.
Erghhhh apasalah kena ada semua tu?
Tapi yang benarnya, kita sayang awak sangat bola tampar.
Awak jiwa kita.

Bola tampar menyatukan team kami semua,
Walau setiap tahun bertukar ahli,
Sebab ada yang tertelan bola dan ada yang tak boleh main tak dapat restu suami dan macam-macam hal lagi,
Prestasi team pun ada jatuh bangun sendiri,
Kita tetap usahakan lah ya untuk maintain begini,
Kekalkan momentum dan tingkatkan skill lagi,
Agar boleh beat UNIMAP dan UMS,
Walaupun hanya dalam mimpi.
Haha.

Bola tampar saya,
Moga jodoh kita sentiasa ada.
=)


Selasa, 24 Jun 2014

Musim panas.

Sekarang ni cuaca panas.
Time malam memang berbahang terasa panasnya.
Apapun,
Meh la kita bersama-sama menjaga kesihatan di cuaca yang panas ni.
Jangan lupa minum air banyak-banyak ye.