Jujurnya, I memang suka surprise kan orang. Rasa macam happy je dapat gembirakan orang dengan sesuatu. Kalau dia rasa terharu, lagi rasa best sebab effort kita membuahkan hasil. Semangat ok, kalau orang ajak komplot. Haha. Tapi, setakat ini, belum ada lagi sesiapa yang berjaya surprise kan I. Haha.
Since my birthday jatuh hari bekerja, dan malam tu pun husband wish sambil kejut I bangun tidur, then wish happy birthday, lepas tu dia suruh I tidur balik, I rasa macam, eh dia ni. Tu je ke? Dah la kejut orang, tak bagi apa-apa, lepas tu I terkulat-kulat sensorang sebab susah dah nak tidur balik, tapi I tetap terfikir, mesti ada apa-apa nanti-nanti ni.
So, Isnin, 12 Mei 2014, I pergi office macam biasa. Otw, husband tanya, boleh tak nak lunch date harini? Dia suruh I pilih nak makan kat mana. I jawab boleh je. Jadilah kan, hadiah birthday orang belanja lunch date kat tempat best pilihan hati I.
Kat pejabat pula, officemate tanya, lunch hour pergi mana, I jawab, tak payah belanja harini sebab dah ada boyfriend nak belanja. Korang next time ok. Banyak hari lagi boleh belanja sempena birthday I. Haha. Officemate nampak macam kecewa, siap cakap, tak boleh cancel ke lunch date tu. Of course lah tak boleh, boyfriend tu, kang cancel, berdosa tau. Tapi dalam hati, I dah agak, mesti ada something yang diorang nak buat ni. :p