Isnin, 13 Januari 2020

Dah macam bulan puasa

Salam semua,

Semoga hari Isnin ni ceria-ceria aja semua.
I ceria je sebab bos takda. Haha!

Since anak-anak sekolah petang ni, memang dah jarang makan di luar. Dulu, kalau agak-agak malas aje, jom lah makan di kedai. Balik ambil anak-anak sekolah, terus singgah makan sesiap.

Sekarang, diorang sampai rumah pun lepas azan maghrib. Hari Selasa, Rabu dan Khamis, lepas makan dan solat berkejar pula pi surau mengaji. Nak tak nak, kena masak juga la.Tu yang rasa macam bulan puasa je, sebab time-time Maghrib makan.

Lagi kena masak, bila sampai rumah je diorang tanya, harini mami masak apa? Lapar la.
Haishhh, moh le masak. Kesian menengokkannya. Kat sekolah tah apa-apa ajela diorang beli dan makan.

Masak pun takde la beriya. Satu lauk je pun kadang tu.
Macam ni masak asam pedas ayam. Buat cair je, so takde lah pedas sangat. Kalau tak pedas sangat semua boleh makan.

Ikut angin rajin, mendapatlah ada kuih sejenih.
Kuih ketayap ni buat sebab ibu ada bekal inti. Senang kerja tinggal dadarkan tepungnya aja.

Lauk ni repeat banyak kali pun, Kak Iman suka. Selalu lawankan dengan telur dadar la. Reezqy kalau lauk pedas-pedas, dia rela makan nasi putih, telur dengan kicap je.

Angin puting beliung sampai, mendapatla laksa. Haha! Ommak yang teringin sebenarnya. =p

Inti dah ada, gentel lah 5-6  biji kuih bijan. Kuih simple simple aja, yang penting, semua orang makan.

Ni husband request, nak mee hailam. Kita masak aje main hentam, janji nampak hitamnya, hailam la tu. Haha. Husband lak bukan jenis banyak bunyi. Benda dah siap, dia makan aja.

Kambing perap. Beli kat kawan bulan November lepas.  Oleh kerana bulan Disember join diet class, tak dibenarkan makanan berdaging, so last week baru kita dapat masak.

Walaupun kelas diet dah habis, kita tak makan beriya pun. Ambil sehiris dua je untuk rasa. Sia-sia la kan, dah join kelas diet, dah turun kilo kilo, habis kelas kau bantai makan tak ingat. Oh tidak!

Ada juga buat nasi lemak. Pelik aje budak-budak ni makan nasi lemak petang-petang. Janji kenyang, kira ok la tu kan anak-anak. Yang penting Ommak masak.

Penat memang penat bila kena masak lepas kerja ni tapi itulah, demi anak, kita gagahkan juga. Exercise pun tak sempat buat dah bila diorang dah start sekolah ni.

Insha Allah, dibuka pintu rezeki Ommak seluas-luasnya oleh Allah swt dan ibu-ibu yang lain juga sebab rajin masak untuk keluarga. Aminnn.

Jumaat, 10 Januari 2020

Farewell En Farid!

Salam semua,

Nak share tentang program early Disember hari tu. One of our officer kena reshuffle, so buat Farewell untuk meraikan dia. Majlis dibuat di Volcano Shabu Shabu & Grill, Shaftsbury, Putrajaya.

Farewell En Farid!
Bos kata majlis lebih kepada meraikan dan penghargaan sebab masih bekerja dalam satu company. Baiklah Bos!

Sedikit buah tangan dari kami semua. Sebuah  sketch yang telah diframe kan. Kami tempah di Central Market.

Yang diraikan dipaksa beri ucapan. Mula dengan senyum, dan ending dengan  kesedihan. 

Office kami ada Ground Floor dan Level 2. Ni kekami, geng gegirl admin level 2. Pakat pakai tudung hitam utuk majlis tu.Terus diorang panggil geng gagak hitam.


With the girls! 
Pakat-pakai pakai baju program, terus macam penyambut tetamu je semua sebab sedondon.

 All the best En Farid! Theres no good bye from us. Wherever you are, you’re always welcomed to PPS.



Selasa, 7 Januari 2020

Baby GCB masuk darjah 1

Salam semua,

Korang ada tak member rapat, then bersalin tahun yang sama, then anak sebaya?
I ada!

Tahun 2013, dalam geng GCB (ni geng kat office), rezeki I, Kak Yam dan Kak Yanee mengandung pada tahun tu. I bersalin dulu pada hujung April, Kak Yanee bulan Mei, Kak Yam menyusul bulan Junnya.

Maka, inilah hasilnya. Haha! Ikut gambar atas tu, Chempaka anak Kak Yanee, Reezqy anak I dan Raisya anak Kak Yam.

Kalau ada program-program kami, memang I suka paksa diorang  bertiga ni bergambar. Makin besar, makin malu malu lak semua.

So this year, ketiga-tiga anak kami bersekolah di sekolah yang sama. Dulu tadika lain-lain. Maka this year haruslah kena ada gambar  kenangan. Nak ambil gambar diorang ni bertiga je, malu-malu semua, so meh la kita heret omak sekali.

Esok dah Form 1 atau kahwin, panjang umur, Aunty Ain paksa juga kamu bertiga bergambar ye anak-anak.

Selamat bersekolah Chempaka, Reezqy dan Raisya!
Semoga dipermudahkan segala urusan persekolahan kamu bertiga dan semoga ikatan persahabatan mak-mak juga sentiasa berkekalan hendaknya, Insha Allah.



Isnin, 6 Januari 2020

Back to school 2020

Salam tahun 2020 semua,

Dah enam hari tahun 2020, baru berkesempatan nak update sesi persekolahan anak-anak dalam blog.

Alhamdulillah, tahun ni, tiga-tiga pergi sekolah dah!
Bercampur-baur emosi Ommaknya ni nak melepaskan anak pergi sekolah, lagi-lagi si kecik tu.

Siap malamnya tak boleh tidur sebab memikirkan macam manalah hari esok!
Haha.

All the best anak-anak!
Kakak darjah 3, Abang darjah 1, Adik 4years.

Alhamdulillah, semua ok je pergi sekolah. Lagi-lagi si adik. Takda buat drama tarik kain Ommak macam si abang dulu. Elok aje dia menonong masuk sekolah time hantar. Kita panggil suruh toleh sebab nak snap gambar pun, dia  bo layan.

Balik sekolah, tanya adik, seronok school?
Dia jawab seronok.

Esok nak pergi school?
Dia jawab adik nak school. Siap weekend pun, dia ambil bag, nak pergi sekolah.
Alhamdullillah, bagus Adik.

Kakak bercerita pasal sekolah kat Abang. Bag sekolah kakak, takmo pakai yang pink pink dah. Haritu pilih kan pink, dia kata taknaklah Mami, Kakak dah besar. Taknak bag pink ada cartoon.
This year, anak-anak bersekolah sesi petang. Cabaran buat kami! Dulu, pergi kerja, boleh terus hantar, balik berambik.

Since dah masuk 9.30 pagi kalau ada kelas agama, takkan nak berhantar berambik juga. Kang ada pula yang kena buang kerja. Maka, kenalah berdikari naik bas. Tu pun buat Omak kau risau juga nak.

Alahaii Ommak, apa je yang kau tak risau kan?

Ramai yang tanya, boleh lagi ke pakai kasut putih since nampak Abang pakai kasut putih. Boleh aja sebenarnya. Pemakaian kasut hitam kuatkuasa tahun 2021. Kasut putih Reezqy tu pun, kasut free time beli kasut hitam kat Bata haritu.

Dari lensa kamera sekolah! Abang duduk dengan kawan tadika dia.

Dalam pukul 10 macam tu, Cikgu hantar gambar ni kat I. I tunjuk kat Azreen, lepas tu nangis. Haha!

Sedih lah, selalu nak main playground kita jaga, now dah kena berdikari.  Gelak Azreen, dia kata tu pun nak sedih!

Eh, kau tak melahirkan, kau tak faham ye perasaan emak-emak ni =p

Ommak kau punya risau bang. Dua minggu dah berdebar dah, tapi Alhamdulillah, Reezqy ok je pi sekolah. Adalah drama sikit-sikit tapi biasa-biasa ja.

Kakak and friends time rehat.

Reezqy tanya, kenapa Mami asyik ambil gambar Abang je? Kakak takda ke?

Apalah Abang, Kakak dulu mami dah buat macam tu juga dua tahun lepas lah. Siap keluar kat Memori FB lagi tau.

Muka masam sebab nak lapan ringgit. Dia nak beli macam-macam =p
Time rehat pun ok je. Cuma bila nampak Ommak, mula buat lembik macam tak tahu apa-apa. Rasa nak lempangkan aja. 

Untuk semua anak-anak Mami, semoga dipermudahkan segala urusan persekolahan semua. Insha Allah, semua akan baik-baik saja.

Wassalam.