Isnin, 28 April 2014

Bahagia itu BERSEDERHANA

Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti masih punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.

Mencuci dan menyetrika timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.

Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendapatkan banyak komplen dari customer kita menandakan bahwa customer kita masih ada, masih setia dan menginginkan kita menuju perubahan ke arah lebih baik.

Mendengar bunyi exzos dan hon itu bererti aku bisa mendengar

Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu berarti aku masih hidup.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.


Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.

Sumber: Copy paste dari FB.

Jumaat, 25 April 2014

Khamis, 24 April 2014

Throwback Thursday: Birthday celebration & cousin's wedding.

Sebelum gambar dalam handphone ni I delete, meh la kita mengenang balik peristiwa-peristiwa yang dah berlalu haritu. Haha.

Surprise birthday for Faruq & Nur. Dua-dua sambut birthday 28 Feb, so kita bagi kejutan lah kat diorang. Hopefully diorang happy.

Birthday bos kecik dan En. Rejab jatuh bulan Mac. Ni surprise juga, tapi tak berapa nak surprise sebab adik kedai tu kantoi kan. Boleh pula dia cakap takde peti ais nak simpan kek. Adoiiiaiii. Lepas tu time sambut ni, bos kecik Puan Aina siap keluar air mata sebab Faruq paksa dia pakai topi tu. Haha. Ampun ye puann, bukan saya yang suruh ea, tu memang idea Faruq. Nanti jangan kenakan saya pulak :p

Birthday Mac babies kami sambut kat Watie Corner. Lauk-lauk kat sini memang sedap. Tengok lauk kuning piring yang tengah tu? Ikan tenggiri masak tempoyak wehh. Nangis makan sebab sedap.

Sebelum Iman Reezqy demam panjang haritu, end of March bawa dia pergi gunting rambut. Even daddy dia tak bagi, I berkeras juga nak bawa sebab nak bagi dia nampak macam boboy sikit lepas tu nak pacakkan rambut dia. Haha.

28 Mac 2014, cousin's Azreen menikah. So, cuti lah kita dah berkampunglah kami kat Masjid Shah Alam pagi tu.

Azreen sibuk nak cari baju time ni konon nak ikut tema hijau. I cakap tak payah. Kita pakai baju raya sudah. Sibuk  nak cari  baju, macam dia pula yang nak menikah haihhh!

Time majlis nikah ni juga, kebetulan ada rombongan dari Korea datang melawat masjid dan nak tumpang bergambar. SIL dan Makcik Azreen kong ajaq siap cakap kat diorang, I ni pun orang Korea juga masuk Islam. Haha. Mungoks.

Menantu. Kakak Ipar. Makcik bongsu.

Sabtunya pula, Majlis Resepsi Perempuan kat Dewang Gemilang, Klana Jaya.

Family potrait.

Trending: Monopos a.k.a MONOPOD. Haha.

My hereos with pacak hair style. Handsome!

Tengok si kakak. Hangin je I dengan dia ni. Tak pernah nak semenggahnya  rupa sekarang ni kalau nak ambil gambar dia.

See, dia kembungkan pipi pulakk!

With Azreen's cousins, the pelamin, the decos and cake. Eh, cake sponsor dari Dewan Gemilang ni, I tengok sepesen je semua lah :p

Ahad, kita mengadap Majlis Bertandang pulak. Hambikkk, terus kena buat persembahan satu keluarga.

Again, my handsome hereos :) Yang kenit tu, bagi gajet, diamlah dia.

SIL dengan baby Athira, FIL dan MIL. Ikut tema sangat, GO GO GREEN!

Kami bertiga, sebab Daddy tukang snap gambar.

Rabu, 23 April 2014

Addicted: Oat and wheat with white chocolate


Member office jual ni. Sedap oi. Sedap sangat-sangat.
I ni dah lah susah nak menghabiskan makanan yang berunsurkan oat tapi benda ni senang lak I kunyah dan sedap ditelan.
Rasa dia sedap, bila gigit crunchy krap krup krap bunyi dia.
Ada yang kata muak dorang makan, tapi tekak I sedap je.

Sebelum tu, Kak Yanee, Geng GCB, bagi 3 4 ketul benda ni untuk dicuba. Since I dapat hari Jumaat, so, Sabtu, lepas buat breakfast dalam pukul 9 lebih I ngap benda ni satu.
Lepas ngap, suap adik makan, suap kakak makan, mandi kan diorang, buat rutin housewife. Sedar-sedar dah pukul satu, terus lupa I tak breakfast lagi.
Haha. I rasa sebab I dah makan benda ni satu pagi tu, terus tak rasa lapar kot. Lepas tu balance benda ni si Iman makan sampai habis. Dah hari Ahad dia melalak-lalak pulak nak biskut ni.

Biskut ni high fiber. Ada lah rasa manis dia so, I takut jugalah kot kena kencing manis kalau makan terlalu banyak tapi kawan I cakap, since benda ni energy bar, dia memang kena ada rasa manis utk bagi tenaga. So tok balance kan dia, kita janganlah makan je benda ni tanpa exercise.

Bila makan benda ni, kenalah exercise juga supaya gula tak berkumpul dan dapat menghindari kencing manis.

Selasa, 22 April 2014

Udang paprik dan sayur bayam goreng tauhu kering dengan bebola ayam.



Bahan-bahan:
Segenggam bayam, potong ikut suka nak bentuk apa, basuh bersih.
Bebola ayam hiris nipis tak nipis sangat la.
Tauhu kering hiris nipis juga.
Sebiji bawang merah sederhana besar dihiris.
Seulas bawang putih dihiris.
Setengah kiub ikan bilis knorr *ni sebab kes malas nak kopek ikan bilis
1/4 cawan air
Garam ikut suka nak banyak mana.

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih. Dah naik bau, masuk kiub ikan bilis dan masukkan air.
2. Didihkan kuahnya, masukkan tauhu kering. Bagi tauhu kembang.
3. Kemudian masukkan bayam dan bebola ayam.
4. Kacau rata. Rasa. Kalau tak cukup masin tambahlah garam.
5. Siap dan hidang.

Bahan-bahan:
Segengam udang, buang kulit, buang kepala, buat urat belakang dia, basuh  bersih.
7-8 biji baby carrot, hiris nipis.
Sebiji bawang merah hiris.
Sebiji bawang putih hiris.
10 biji cili padi belah dua.
Sos cili + sos tiram ikut lidah masing-masing nak rasa cemana.
Daun limau purut sesedap bau.
Garam sesedap rasa.

Cara-cara:

1. Tumis bawang merah, bawang putih bagi naik bau.
2. Masukkan cili padi dan baby carrot.
3. Masukkan sos, garam, daun limau purut ikut rasa lidah masing-masing. Kalau takde rasa, adjustlah tiga  bahan tu. Pepandai lah, masak cecampak kan?
4. Masukkan udang. Gaul rata.
5. Udang dah tukar warna, angkat dan hidang.


Udang paprik dan sayur bayam goreng tauhu kering dengan bebola ayam lawankan dengan bubur nasi panas, lepas tu tabur telur dadar hancur di atas, memang makan asyik  menambah je lah tak boleh berhenti.

=)