Jumaat, 18 Oktober 2013

Foto rawak #3

Rangkuman aktiviti minggu lepas.


Budak domok ni dah 5 bulan setengah dan tangan Mummy dia sekarang gatal je nak menyuap makan. Hahaha. Haritu cuba suap puree kentang. Mencebik-cebik je dia sambil keluarkan balik. Tak sedap kot. Takpe. Lepas ni Mummy try bagi puree lobak, epal, apricot, pisang pulak ye. Siap lah ko. Haha.




Try letak Reezqy dalam kolam, ingat dia akan menangis sebab air tu kan sejuk. Haha. Takdo makno ea. Dia mengekek2 gelak lagi adalah. Siap tendang-tendang air lagi. Ok. Lepas ni boleh bawa pi swiming pool lak.




Balik Melaka haritu keluar pergi barang. So bila keluar berdua, kenalah bawa salah sorang. Tak boleh tinggal dua-dua kat Ibu. Kang chaos. Bawa lah si kakak. Hmmmm, lama dah tak pangku dia dalam kereta macam ni. Rindu moment macam tu. 




Hari Raya Aidiladha yang lepas. Iman dengan cousin dia. Pakai juga lah baju raya. Sampai pukul 11 je, lepas tu memasing mengelupur tukar baju.  Yelah, dah berjumpa saudara mara, mana boleh tahan kan kalau tak berlari kejar mengejar. Oleh itu, sebelum kain baju peplum Iman tu koyak, cepat-cepat lah tukar baju bagi dia pakai seluar je.




                                       The cousins sweet moment. =) Ala tomei-tomei.




     Kami yang jadi tuan duduk belakang. Thank you Daddy sebab selalu jadi driver kami. Lebbiu



Mamat Iman Reezqy. Try letak dia dalam mendalah tu. Tegap duduk ea. Siap nak pegang stereng  semua. Hmmm, bila lah kau nak meniarap dik. Penat Mummy nak menjawab soalan nurse nanti. Tapi, rasanya, adik pun sama macam kakak juga, skip meniarap, skip merangkak, terus duduk then berjalan je. 

Khamis, 17 Oktober 2013

The tudung.


Ni kalau post kat FB ni, mau ramai terasa lepas tu akan adalah statement,

Alah, macam lah kau baik sangat.
Macam alim-alim je kau kan.
Kau tu dah bertudung elok sangat ke.

Kahkahkah.

Tipikal manusia kan, gitulah. Yang benar ditidakkan. Yang tidak diamalkan.
Wah, kemain.

Apapun, marilah kita mengasihi ayah kita, suami kita.
Mari perbaiki walaupun payahnya yang amat.

Yelah, kalau dah hari-hari makan nasi, pasti payah nak tukar makan salad je atau eatclean kan?
Tapi kalau cuba lama-lama, pasti berjaya juga.

Payah weh nak berbuat baik.
Tapi itulah ujian Tuhan untuk kita yang kita tak berapa nak sedar.
Dan,
Alhamdulillah, Tuhan masih buka kan hati ini untuk menerima kebaikan lepas tengok gambar tu.

Oleh itu, marilah memperbaiki diri.
Berdikit-dikit lah ye semua. Lama-lama membukit lah ia.
Insha Allah, dengan izin Allah.

=)



Isnin, 14 Oktober 2013

Khamis, 3 Oktober 2013

Cheesekut.

Masak memasak ni kalau resipi dan cara buatnya tak menyusahkan I, laju je lah tangan ni menerai. Haha. So, kali ni, lepas je Na, mengepost resipi cheesekut dia, terus terliur dan laju-laju gi beli bahan.

Bahan:
250gm cream cheese brand ikut suka. I tiru brand Sifu. :)
Setengah tin susu pekat manis brand ikut suka.
Biskut deluxe cream cracker
Secawan susu segar brand ikut suka.

Cara buat:

Putar cream cheese dengan susu hingga ringan.
Time nak buat ni semalam, cari mixer tak jumpa-jumpa pulak. Tah mana lah suami letak  sebab dia mengemas haritu. Sebab berkobar-kobar juga nak buat, tapi mixer takde, I blender je lah bahan tu.

Lepas cream cheese sudah ringan atau kembang, celup biskut dalam fresh milk then susun biskut ikut suka lepas tu sapulah cream cheese tadi atas biskut tu.  Ulang proses tu sampai jadi berlapis-lapis. Lapis, ikut suka lah nak banyak mana ye.

Dah siap, simpan dalam esbox. Besoknya makan.

Maka, inilah hasilnyaa.

I ingat kan cheesekut ni  crunchy tapi yang I punya dia jadi lembut macam kek lak. Sedap sedap lah juga, tapi kalau dia crunchy mungkin lagi double sedap kot.

Eh, sebenarnya cheesekut ni crunchy ke tak ye?