Isnin, 9 April 2012

Kau kenal Hamidah Wahab?



Me: Ain gemuk macam Ayu Raudhah tu tak?
Him: Taklah. Ayu Raudhah pendek, awak tinggi. Tak sama.

Me: Habis tu, Ain gemuk macam siapa? Awak bagi contoh artis lah. Senang nak tahu besar badan sendiri tu macam mana.
Him: Alah, nak samakan dengan hartiss aja. Orang-orang kubah biru ni tak boleh ke nak samakan?

Me: Taknaklah. Orang kubah biru tak selalu nampak. Tak tahu sangat diorang besar mana. Orang kata artis, bagi contoh artis lah. Siapa? Ada macam Rozita Che Wan tak?
Him: RCW tak gemuk ea. Dia kurus.

Me: Errrkk, RCW kurus? Ok fine. Ramlah Ram? Sama tak?
Him: Tu gemuk sangat. Awak tinggi, tak pendek macam Ramlah Ram.

Me: Zila Bakarin
Him: Tu tak gemuk. Tu mantop. Ark ark ark.

Me: Ala, siapa artis yang badan gemuk ea? Syanie dgn Adibah Nor tu besar sangat. Ala, cuba awak fikir, badan Ain ni gemuk macam siapa....

Him: Ha, dah tahu dah, badan awak besar macam siapa.
Me: Siapa?

Him: Hamidah Wahab. Ark ark ark.
Me: *_________________*

Him: Kenal ke Hamidah Wahab?
Me: Tak!
Him: Ark ark ark.


Haishh,
Bila tak tahu, gatal tanya.
Bila orang dah jawab, mengada, sentap pulak.
Fomfuan fomfuan.

Dulu, I tak kisah sangat tentang berat badan masa zaman anak dara. Mane taknya, dulu, kalau tak makan 2 3 4 hari je dah cukup, berat badan boleh turun sampai 2 kg gituu sebab kadar metabolisma badan yang tinggi. Makan lah seberapa banyak kau nak makan, for sure lepas tu I akan terlari-lari pergi toilet untuk "teberies'. Haha. Betapa cepatnya makanan tu digest di masa dulu.

Tapi,
tu semua cerita dulu lah.
Tak guna nak kenang-kenang sebab barang yang lepas jangan dikenang. Kalau kenang buat sakit hati je lah, sentap, makan hati, makan diri.

La ni,
Cuba kau tak makan 7 8 hari.
Cuba buat tengok.
1/2 kg pun belum tentu lagi jarum timbang tu nak gerak, tahu?
Rasa gigil macam tak jejak tanah adalah sebab tak makan nasi.

Motip cerita pasal ni semua?

=)

I nak kurus lah.
Betul serius nak kurus.

Kurus secara sihat.
No ubat-ubat, supplement cepat kurus ni ye.
No pakai itu ini berhabis duit ye.



Marilah bersama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat.

Ewah, terus tangan laju-laju google ni:



Diet Untuk Golongan Darah 'B'


Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.

Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak

Snek: Jus anggur

Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba

Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba

Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Sumber.

Jumaat, 6 April 2012

Fotorawak #1



Butiran Foto: Iman Raneeya mandi kolam bersama Daddy dan Mummy.
Lokasi: Morib Gold Coast Resort

Rabu, 4 April 2012

Azreen's Birthday Surprise.

Sambutan birthday lagi!
Haha. Muntah lah baca entri pasal birthday berderet-deret je lepas ni.

Lepas sambutan birthday suami,
27/4, birthday Iman Raneeya pulak.
Then 12 Mei, Mummynye pulak.
Ha, muntahhhhhhhhhhhhhh!
=p


I plan dah lama dah nak buat party terkejut untuk suami.
Sama ada nak berkomplot bersama 'Geng Mentekedarah' atau pun family members untuk mentekejutkan beliau.

Tapi disebabkan kak ipau dah plan nak celebrate dulu,
so, misi diteruskan lah juga dengan berkomplot bersama Geng Mentekedarah.

Plan punya plan, so sampai lah hari yang dinantikan.
Hampir saja apa yg diplankan tak menjadi sebab banyak nau halangan mendatang giteww.

Kek belum masak lah.
Caterer tak nak terima order makan lah.
Husband tak nak bagi guna kereta sebelah pagi sebab dia nak hantar pergi meeting lah.
dan macam-macam lagilah masalahnya.

Tapi,
Alhamdulillah,
segala halangan itu dapat di atasi dengan bantuan Cik Linda yang jadi Ketua komplots.
Maceh Cik Linda. =)

Hehe.


Happy birthdayyyy!!!!

Birthday Boy yang terkejut sambil senyum tak berapa nak senyum pastu gelak besar bila diterkejutkan. Haha.
Paling dia tak sangka, I boleh berkomplot dengan kawan-kawan dia.

Kek ditempah di sini.


Cake Cutting sambil birthday boy pakai crown.

Crown ditempah di sini.



Sesi makan-makan bersama Geng Menketedarah a.k.a officemate Azreen. *halah, panjangnya nama geng tu. payah nak eja.






























Lastly, the organizer/mastermind yang telah dicalit kek oleh birthday boy.
Inilah balasan yang kuterima ye selepas menterkejutkan beliau di harijadinya. =p


Di kesempatan yang ada ini juga, I nak mengucapkan terima kasih yang teramat sangat kepada,

Geng Mengketedarah
Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi bekerjasama,
ada rezeki ditahun depan,
kita berkomplot lagi ye. =p

En. Faruq
Mahapp, terpaksa mengheret kamu di saat akhir sebab I tak cukup kaki dan tangan.
Tengs juga tolong ambil kan gambar.

Tqsm uolsss.
=)

Selasa, 3 April 2012

March birthday treat!

Setiap tahun, bulan Mac, ada 3 orang ahli keluarga I yang akan celebrate birthday.
1. Dik Wan, 1/3 *dah besar gajah pun tetap panggil dia ni Dik Wan =p
2. Ikin, 7/3
3. Abah 31/3

So, utk jimat kos tahun ni, I belanja mereka bertiga diner sahaja.
Senang!
Plus, tak payah susah, susah sakit kepala otak nak fikir nak bagi apa.

Eh, tapi Dik Wan haritu dah share dengan Ikin beli jam dia. =p


Oleh kerana, Abah tak nak kek-kek dah untuk birthday dia kali ini, so I bawa dia pergi kedai kek je terus.
Tengok kek, tapi tak makan kek, then makan-makan.



Yang lain-lain pun, ambil keberkatan juga sempena birthday Abah. Merasa lah they olss makan di SR giteww.

=)

Oh, masa bersama keluarga adalah lovelovelove.

To abah, ikin & dikwan,
Selamat Ulang Tahun Kelahiran.
Moga sentiasa dirahmatiNya dan dikurniakan dengan kesihatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Isnin, 2 April 2012

He turns 29!



Setiap saat, setiap detik, setiap waktu sampai hujung nyawa, sampai syurga,
Hanya senyum ini sahaja yang saya mahu bersama saya.

Moga senyuman ini tak akan hilang dan kekal hanya untuk saya sampai ke syurga.

Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
Kau panjangkanlah umur suamiku agar kami sama-sama dapat mengecapi bahagia seperti mana yang Kau janjikan.
Kurniakanlah kesihatan yang baik dan kebahagian yang tidak berbelah bagi kepadanya Ya Tuhanku,
Jadikanlah dia suami dan Daddy yang penyayang serta boleh membimbing isteri dan anaknya ke jalan syurga,
Serta, tetapkanlah hatinya agar terus berbakti kepada kedua ibu bapanya.
Sesungguhnya, hanya kepadaMu tempat ku memohon dan mengadu Ya Tuhanku.
Amin.