Me: Ain gemuk macam Ayu Raudhah tu tak?
Him: Taklah. Ayu Raudhah pendek, awak tinggi. Tak sama.
Me: Habis tu, Ain gemuk macam siapa? Awak bagi contoh artis lah. Senang nak tahu besar badan sendiri tu macam mana.
Him: Alah, nak samakan dengan hartiss aja. Orang-orang kubah biru ni tak boleh ke nak samakan?
Me: Taknaklah. Orang kubah biru tak selalu nampak. Tak tahu sangat diorang besar mana. Orang kata artis, bagi contoh artis lah. Siapa? Ada macam Rozita Che Wan tak?
Him: RCW tak gemuk ea. Dia kurus.
Me: Errrkk, RCW kurus? Ok fine. Ramlah Ram? Sama tak?
Him: Tu gemuk sangat. Awak tinggi, tak pendek macam Ramlah Ram.
Me: Zila Bakarin
Him: Tu tak gemuk. Tu mantop. Ark ark ark.
Me: Ala, siapa artis yang badan gemuk ea? Syanie dgn Adibah Nor tu besar sangat. Ala, cuba awak fikir, badan Ain ni gemuk macam siapa....
Him: Ha, dah tahu dah, badan awak besar macam siapa.
Me: Siapa?
Him: Hamidah Wahab. Ark ark ark.
Me: *_________________*
Him: Kenal ke Hamidah Wahab?
Me: Tak!
Him: Ark ark ark.
Haishh,
Bila tak tahu, gatal tanya.
Bila orang dah jawab, mengada, sentap pulak.
Fomfuan fomfuan.
Dulu, I tak kisah sangat tentang berat badan masa zaman anak dara. Mane taknya, dulu, kalau tak makan 2 3 4 hari je dah cukup, berat badan boleh turun sampai 2 kg gituu sebab kadar metabolisma badan yang tinggi. Makan lah seberapa banyak kau nak makan, for sure lepas tu I akan terlari-lari pergi toilet untuk "teberies'. Haha. Betapa cepatnya makanan tu digest di masa dulu.
Tapi,
tu semua cerita dulu lah.
Tak guna nak kenang-kenang sebab barang yang lepas jangan dikenang. Kalau kenang buat sakit hati je lah, sentap, makan hati, makan diri.
La ni,
Cuba kau tak makan 7 8 hari.
Cuba buat tengok.
1/2 kg pun belum tentu lagi jarum timbang tu nak gerak, tahu?
Rasa gigil macam tak jejak tanah adalah sebab tak makan nasi.
Motip cerita pasal ni semua?
=)
I nak kurus lah.
Betul serius nak kurus.
Kurus secara sihat.
No ubat-ubat, supplement cepat kurus ni ye.
No pakai itu ini berhabis duit ye.
Marilah bersama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat.
Ewah, terus tangan laju-laju google ni:
Diet Untuk Golongan Darah 'B'
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
- Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
- Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
- Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
Sumber.
ala sedih.. sama la kita.. far far away ni nak sampai ke berat dulu.. makan tak banyak pun berat naik.. how how??
BalasPadamnow baru nak start hl for diet. berdoa jek ni supaya kurus la hendaknya!
oh...baru nk suggest suh pakai corset premium beautiful...:)
BalasPadammy kakak guna pb tuurun 8kg, consistent pakai 8 jam n minum air cukup or lebih 2 liters/day...:)
haha. Kak, aku setuju tang tak makan tapi jarum tak turun2. hari tu puasa 4hari, ingat turunlah sekilo dua. nan hado! same aje.
BalasPadamjom diet jom, jom!