Khamis, 15 Mac 2012

Birthday Iman Raneeya: Sambut atau tidak?



Semua dah bertanya,
apa perancangan I dan suami nak sambut birthday Iman Raneeya setahun nanti.
Siap pesan jangan lupa jemput, bagi tahu tarikh nak buat tu awal-awal.

Tak tahu nak kata apa sebab kalau boleh I tak nak sambut pun. Awal-awal dulu dah bagi tahu Azreen, no birthday party, or celebration yang besar-besaran untuk Iman Raneeya. Kalau ada nak sambut pun mungkin sesama ahli keluarga je.

Tapi tulah kan, balik semalam, borak-borak dengan Azreen dalam kereta, lain pula jadinya.


Azreen: Yang, I rasa kita kena celebrate jugalah birthday Raneeya nanti. Ala, kita spend dalam 500. Buat je kat McD ke, KFC ke.

Me: RM500 tu banyak. Kalau simpan dalam SSPN lagi bagus. Kan kita dan janji dulu tak nak buat macam tu.

Azreen: Ya, tahu 500 tu banyak dan I ingat pasal apa yang you cakap tu dulu. Tapi, bukan selalu pun nak sambut. Besok kalau dah ada adik, tah boleh ke tidak tah kita nak buat majlis ni kat dia. Kalau tak nak buat kat fastfood restaurant, kita buatlah kat rumah je. Tak perlu keluar banyak belanja. Kita jemput kawan-kawan rapat je.

Me: Tengoklah nanti.

Azreen: Dah boleh plan dari sekarang ni tok majlis tu. Agak-agak berapa orang kita nak jemput.

Me: Haishhhh. Nanti lah baru fikir.

Azreen: I nak pasang khemah tau kat luar rumah. Nak buat tema apa nanti ya?

Me: Adoiai awak ni.. Tunggulah sampai rumah. Kang I tunjuk contoh tema yang I dah save dalam pendrive. Pelangi ada, princess ada, sweet pink ada. Nanti awak pilih lah.

Azreen: Errrrrkkk? Siap dah ada save tema bagai dah????


Hahahahahahahaha.
Eh?
=p

Stalker, cut & paste?

"Haters don't really hate you.
They hate themselves because you're a reflection of what they wish to be.
Poor, confused people."


Stalker?

"Stalking refers to repeated harassing or threatening behavior by an individual, such as following a person, appearing at a person's home or place of business, making harassing phone calls, leaving written messages or objects, or vandalizing a person's property"



Tiba-tiba I rasa I macam penjenayah pulak dah. Jadi penjenayah sebab berbloging. Boleh?
Haha.
Lawak lawak!

Tak tahulah kan, kalau kita view blog orang, baca-baca cerita dia, itu namanya Stalker. Ke Silent Reader tu Stalker?

I suka pi browse blog Hanna Johary, RedMummy, Green Apple dan lain-lain blog tu lagi, kira tu I ni Stalker lah?

Sebab I tak komen pape, I jadi Stalker?

Ke sebab I ni bukan sedara mara HJ, Kak Red, so bila I sibuk membaca story dan posting diorang, I ni dikira Stalker juga?

Lah,
kata through berbloging untuk berkongsi cerita, berkongsi pengalaman, berkongsi gambar, berkongsi info pada semua, kan? So, haruslah bila dah dipublish oleh si Bloger, pembaca akan godek-godek gedik membaca? Tak gitu?

Dan pada yang jadi pelanggan Nuffnang bagai tu semua, kan orang visit blog dia boleh jadi income?

Kan kan kan?

Lain lah,
Kalau kau private blog, lepas tu orang tahu juga pasal gambar cerita kau, dan dan terpampang macam retissss *pinjam word Cik Epal ha giteww kat dada dada akhbar tapi kau tak publish kat mana-mana,
Ha, yang itu baru lah kau boleh meroyan tak hingat tuduh I Stalker.

Kan?

Semalam si Aninomos tu tanya I macam mana i boleh dapat link Bleubird? Sebab i stalk kat blog dia, I dapat link tu.

Erkk, helo?
Dunia bloging ni luas lah Cik Anon oi.
Tak semestinya blog ko sorang je pun ada link itu.

Seingat I link Bluebird tu i jumpa kat blog Dena Bahrain. Time tu tengah famous kisah Cik Dena tu kena pinang dengan Cik Abangnya yang diletakkan kat youtube.

While baca story-story Cik Dena comel tu lah i terpandang link Bluebird tu ada dalam link Cik Dena. Try buka, macam terjatuh cinta pula dengan blog Bluebird yang tersangatlah banyak gambar-gambar dan cerita pasal famili. Anak-anak Bluebird tu pun comel-comel semuanya. So, sebab suka, i letak link tu kat blog I.

Tu je pun.
Ke Cik Dena yang nuduh I stalk blog dia?
Haishh..


Pasal cut and paste tu pulak. I tak tahu apa yang dah I cut & paste sebabnya semua yang I cut & paste semua diletakkan sumber dari mana diperolehi. Sia-sia je lah ambil subjek Research Method kalau tak diaplikasikannya.
Tak baik ye plagiat-plagiat.

Kalau tuduh pasal kahwin cut & paste tu, mungkin I boleh tahu siapa gerangan orangnya.

Tapi tidaklah mungkin mereka-mereka itu sebab I tahu mereka yakni kawan I itu bukan bloger dan bukan jenis nak mengomen kat blog. Kalau ada pun diorang membahan di FB sahaja sesama mereka.

Hmm, I takde idea pun nak menuduh siapa orang itu.
Biarlah dia dengan Tuhan sahaja yang tahu perbuatan dia tu.

Eh Cik Anon, banyak benda pulak yang you tahu dari blog I ni ya?
You pun stalker lah juga kan camtu?
=p


Publish Post

Rabu, 14 Mac 2012

Bila si bam-bam bajet model.



Photog Ofis: Kak, saya nak test lighting ni. Jap lagi nak ambil gambar untuk website. Meh tolong jap. 'Berdiri je' kat sini.

Kakak: Ok.

Photog Ofis: Klik.klik.klik.klik.klik.klik.klik. *beratus juta kali sampai model lenguh kaki.

Hasilnya?

Ha'ahhhh, ahkakkkkk memang berdiri je pun kat situ tak buat apa. *tangan di dada mata ke atas.
Tu baru 6 keping je I letak ya. Kalau letak lagi bebanyak gambar kang, ada pulak yang tak lalu makan menengoknya.
Haha.

Selasa, 13 Mac 2012

Lagi kanak-kanak hilang dan ditemui mati.



Kita lupakan sekejap kisah Aninomos kafirun yang tiba-tiba tinggalkan komen di blog I semalam. Biarlah dia. Orang-orang kafirun ni memang sentiasa tak puas hati dengan muslimin dan muslimat ni.

Betul lah I cakap kan sebab kalau dia Islam, dia tentu tahu menegur dengan cara yang betul dan tak meroyan-royan macam tu.


Apapun, dear blogers,
Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah adik Nurul Nadhirah yang telah disahkan meninggal dunia semalam.

Malam tadi bila mendengar berita ini, I hanya sekadar mendengar dan melihat berita macam biasa.
Tapi pagi tadi on the way nak pergi kerja, bila mendengar luahan pendengar-pendengar di Hot.fm, I terus menjadi sebak dan menangis mengenangkan kisah si adik Dira tu.

Perasaan sedih terus menjadi-jadi lagi bila dikhabarkan yang anak kecil tersebut hilang ketika keluar membeli mee segera while maknya ketika itu sedang melayari Facebook.

Hadoiaiiii,
Lagi menjadi luluh hati ini mengenangkan nasib anak kecil itu.


Semoga roh Adik Dira tenang di sana.
Allah lebih menyayangi dia.

Al-Fatihah.

Isnin, 12 Mac 2012

Kau dah kenapa meroyan kat sini?



Dah takde kerja sangat agaknya kan.
Tiba-tiba komen kat blog I macam ni.
Hello si Pengecut.
Kenapa perlu guna Anonymous?