Ahad, 12 Februari 2012

Bola lelaki dan bola perempuan. Eh?

Situasi 1

Azreen: Alamak ai, passing pun lembap! Terhegeh-hegeh! Adoiaii, main macam s*** la! Ptuiii! Passing lah duluuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ain: B, keeper MU tu nama apa? Handsome lah. =)


Situasi 2

Azreen: Dah gol buka-buka baju lak. Ni boleh dapat kad kuning ni!
Ain: Cantik pula jersi baru Arsenal kan. Warna ala-ala turqoise. Nampak cantik je bila main bola pakai color-color camtu. Barulah menarik padang bola tu kan?


Haha.
Nampak?
Dah tahu kenapa I tak boleh ikut pi stadium tengok bola live?
Kah kah kah.


Khamis, 9 Februari 2012

Entri selambak mak nakk!

Last week cuti panjang lagi sempena cuti ganti Maulidur Rasul dan cuti Thaipusam. So, mood happy dapat menghabiskan masa panjang pun terus menggedik-gedik mengenangkan cuti itu.

Tapi, siapa sangka panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari. Hambik kauuuu! Terus ke laut mood I bila petang Khamis tu, jiran call:

"Kaklong, balik lah tengok rumah. Tadi angin kuat. Bumbung rumah macam pecah nampaknya. Balik la cepat sebab takut kedai hardware tutup, kalau hujan lebat, nanti banjir pulak rumah."

Terus menggigil badan di buatnya lalu I call Azreen dan berkata: "Jom balik rumah sekarang, atap dah terbang!"


Ginilah keadaannya.
Even balik cepat pun dalam pukul 4 lebih, tetap tak sempat juga nak betulkan bumbung sebab kedai dah tutup. So, malam tu, bumbung yang bocor tu I tutup dengan kanvas besar yang dibagi pinjam oleh jiran sebelah rumah. Besoknya baru lah bumbung bocor tu dibetulkan. Melayang juga lah $$$$$$.
T_________________________T


Sabtu,
Azreen ke Janda Baik sebab ada program office dan I pula ke Kg. Gajah, Perak untuk menghadiri Majlis Perkahwinan classmate UPM, Cik Eyla.

Macam-macam halangan nak pergi rumah Cik Eyla ni yang weols kena tempuh sebelum sampai. Dengan I yg kejap nak pergi, kejap taknak sebab takda kenderaan dan taknak menyusahkan kawan suruh datang ambil ke rumah, dengan sesat baratnya lah, haishhh, dan bermacam lagi lah halangan mendatang, tapi Alhamdulillah, akhirnya dapat juga cari rumah pengantin dan kami tiba bila majlis dah selesai. Best kan? Haha.


Pengantin serba merah bergambar bersama Ex-Bcomm.
Serius I nampak besar gajah time ni sebab duduk sebelah Anis yang comel lote. Alahaiii.
+___+

Apapun, kepada Cik Eyla dan suami, tahniah I ucapkan. Semoga ikatan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga ya.
I happy sangat dapat hadir ke Majlis Perkahwinan Cik Eyla ni sebabnya, kisah cinta Cik Eyla ni dulu sangatlah tragis. Tapi, kerja Tuhan siapa tahu kan. Di sebalik tragisnya itu, ada sinar yang lebih bahagia buat Cik Eyla.

Eh, bercik-cik lak.
Dah kahwin, tukar puan lah! Puan Eyla =p


Alhamdulillah, time pergi Perak tu juga, Iman Raneeya sangat behave sepanjang perjalanan dan di rumah pengantin.
Terima kasih sayang sebab tak buat perangai dan tak buat Mummy gelabah sebab handle kamu sorang-sorang.


Iman Raneeya with Auntie Anis berdarah manis yang bakal menamatkan zaman bujangnya Mei ini, Insya-Allah.

Selesai buat apa yang patut kat rumah Cik Eyla dan selesai membetul pintu kereta Feeza yang bermasalah, *ha, kan dugaan lagi!! kami bergerak pulang.

Nak jadi cerita, dalam perjalan pulang tupulak, satu lagi masalah timbul bila kami tak jumpa petrol pam sebab konon-konon takmo ikut jalan highway, so balik tu ikut jalan Sg. Besar yang lalu kelapa sawit hala ke UNISEL tu ha.

Dedebar mak nak, bila signal minyak dah berkelip-kelip tapi jalan masih panjang dan batang hidung petrol pam langsung tak nampak kau! I dah senyap kelu tak terkata dalam kereta sambil dengar Feeza soksek2 dengan suaminya yang drive pada haritu. Takut sangat time tu. I dah terbayang dah kereta Feeza tiba-tiba mati kat tetengah ladang kelapa sawit tempat Datin Sosila kena bunuh tu, dan I adalah salah seorang calon yang akan kena menolak kereta. Oh em jjiii!

Sedaya upaya suami Feeza pecut juga cari jalan keluar ke Highway dan tanya orang tol tu petrol pam terdekat kat mana. Bila dah dapat tahu Petrol Pam kat mana pulak, boleh pulak tersesat-sesat manja nak cari. Ha, nampak permainan petrol pam kat situ? Nampak?

Ada hikmah ok, cari petrol pam tak jumpa-jumpa time tu sebabnya, akibat daripada insiden itu, weols lambat tiba ke UPM dan dalam pada masa yg sama juga adik I yg sepatutnya ambil I kat UPM haritu tak gerak-gerak lagi dari Melaka. =p

So, Feeza jugalah yang kena hantar I dan Iman Raneeya balik rumah bila mengenangkan Iman Raneeya yang dah terlentok-lentok mengantuk tu.

To Feeza,
Terima kasih ye kat kau dan suami sebab meredah kegelapan malam tu hantar aku ke Mantin. Tulah, aku dah kata tak nak pergi pagi tu, tapi Shitha degil suruh aku pergi juga. Kau salah kan Shitha ea sebab dah menyusahkan kau dan Arin kena hantar aku balik. Sorry ye =p

Selesai hari Sabtu punya hal, hari Ahad pun tiba.
Eh, kalau cuti ni cepat aja masa berlalu kan sebab rasa kejap je dah hari Ahad.

Pada hari Ahadnya pula, I mengikut Ibu dan Abah hadir ke Majlis Perkahwinan Abang kepada BFF adik I kat Selayang.

Berjalan lagi lah nampaknya uols!


The Driver of the day with Iman Raneeya yg asyik berjalan saje.


BFF Amy sibuk nak capture gambar I.
Time I sibuk nak buat susu, time tulah dia datang dengan bendalah tu suruh I pegang.

Pssst, orang kalau ada kamera baru D5100 ni memang camtu. Tetengah panas pun takde dikiranya nak suruh orang posing kan Kamaliah kan?=p


Sampai-sampai je sementera menunggu pengantin berarak, I merasmikan sesi bergambar di pelaminan.


Pengantin lelaki adalah abang kepada BFF Amy.


Ohhhhhhh my abah~!
Abah I pantang dapat Mic ye. Nasib baik dia nyanyi satu lagu je time majlis tu.


The girlss!


I, meneman makcik yg baru sampai dengan anaknya. Anaknya yang lelaki tu kawan dengan kawan Amy, yang mana dia pun BFF amy dan BFF Amy tu. Haha, punya lah nak menerangkan sampai berbelit-belit ayat.


Next Mondaynya,
Azreen dah balik dari Pahang, i bertiga pergi pula ke rumah officemate Azreen di Nilai sebab ada buat Majlis Cukur Jambul dan Housewarming tengaharitu.

Sekejap je makan-makan kat rumah Officemate Azreen, SIL call pulak ajak melepak kat rumah dia. Mak & pak mentua pun ada di sana, so weols pun berkejar pulak ke rumah SIL sambil pekena laksa penang dan menonton dvd paranormal beramai-ramai.

Seram oooo cerita paranormal tu bagi I. Sampai malam tu nak mandi pun suruh Azreen teman sebab takut punya pasal. Ark ark ark. Memekak-mekak lah Azreen kan kena teman siap membebel, dah tahu penakut yang pergi tengok cerita tu apasalnya.

Then, sebelum cuti tamat pada hari Selasa, Iman Raneeya boleh pulak dia buat magic kat makpaknya. Tetengah I baring tengok TV pada petang Selasa tu selepas penat membuat kerja-kerja seorang surirumah, dia panjat badan I dan berdiri lepas tangan. Terjerit-jerit lah I panggil Azreen menyaksikan kejadian yang tak diduga itu. Tapi dua kali je lah dia buat magic tu sebab lepas dari kejadian tu dia menyambung balilk aktiviti faveretnya, menjelajah ke sana sini sambil mengemop lantai rumah.

=)


Rabu, 8 Februari 2012

Isnin, 6 Februari 2012

Oh Februari!



Sekitar Oktober 2009,

B: Saya nak jaga awak, boleh?
G: Saya dah besar, boleh jaga diri sendiri. Saya pun ada makbapak, dorang bertanggungjawab ke atas saya. Dorang boleh jaga saya.

B: Saya nak jaga awak, nak jaga awak sampai saya menutup mata.
G: Haha. Macam dialog drama lah! Awak ni banyak sangat tengok drama.

B: Awak tak pernah nak serius.
G: Ok, ok, saya serius. Awak, apa yang saya boleh kata, kalau diizinkan Tuhan, moga ada jodoh kita.

B: Saya dah pernah hilang awak sekali, saya tak nak ia jadi lagi. 14 Februari ni family saya akan datang merisik dan kita bertunang! Saya serius nak awak jadi isteri saya, Nurain Syazrin.
G: Gulp!*gelabah biawak

* B = Boy, G = Girl.

=)

Khamis, 2 Februari 2012

Majlis Pertunangan Shaharuddin & As

Sabtu lepas berlangsungnya satu lagi Majlis Ikatan Menuju Bahagia. Kali ni yang bertunang adalah sepupu belah ibu I, Banglong a.k.a Shaharuddin.

Majlis pertunangan yang tak pernah dibuat orang ok. Mana taknya, bertunang pukul 9.00 pagi sebab tengaharinya adik tunang Banglong tu nak bersanding.

Pagi-pagi lagi weols dah bangun untuk bersiap. Rasa macam hari raya pun ada sebab suami I pagi tu lengkap berbaju melayu bersamping bagai. Request oleh family banglong nak berbaju Melayu kita.


Ha, nampak! Macam hari raya kan? Songkok pun tak tinggal.
Sekarang ni, Azreen bila dah siap, kena take turn lah nak jaga si kecik yang makin melasak tu. Eh, melasak? Haha, hentam je lah jahhhh.


Makin tak reti nak duduk diam dah Iman Raneeya ni. Semua benda dia nak usik dan pegang.


Siap je, terus turun cepat-cepat ambil gambar dengan abah. Haha, sentap mentap orang yang lama dok menunggu tu. =p


Ni adik Banglong, Syahrir, bersama anak buahnya, Qasih Nurin Qaira (QNQ).


Sambil menantikan saudara-mara lain, IR beramas mesra dengan QNQ. IR malu tu bila nak didekatkan ke QNQ.


IR cuba nak bye bye kat Daddynya yang sedang snap gambar.


Ark ark ark. I gelak besar dulu sebelum tulis caption gambar ni sebab I lah yang gubah sirih junjung yang tak seberapa junjung tu. Pagi-pagi buta ok, kena paksa gigih gubah sebab bunganya sampai dari KL pukul 1 pagi.


Ketibaan rombongan meminang daripada Kg. Solok Duku dan Tanjung Bidara.


15 buah kereta yang join rombongan ni.


Discussion bermula di saksikan oleh sirih junjung ahkakkkk gubah!
Eh, adat orang Johor kalau bertunang kena ikat setahun katanya. Kalau bertunang bulan 1 2012, bulan 1 2013 nanti boleh nikahnya. Kena cukup setahun baru boleh kahwin. Ye ke?

Oleh sebab itu, tak dapatlah makcik I nak mempercepatkan majlis perkahwinan sepupu I.


I yang masih bertahan lagi duduk sopan ketika gambar ini ditangkap. Selepas itu, terpaksa laju-laju keluar rumah sebab Iman Raneeya sibuk turut menjerit dengan suara besarnya nak join perbincangan orang tua-tua. =p


As, tunang Banglong. Makeup dia sangat gojes dan cantik. Azreen yang lelaki tu pun cakap makeup tu cantik. Tukang makeup datangnya dari Semabok, Melaka.


Sesi sarung cincin.
Kan main suka makcik I menerima bakal menantu sulung.



Candid uols!


Bakal pengantin.
Tahniah ye sepupuku. Alhamdulillah, ada jodoh kau.
Tapi, 2013 lah kau kahwin Long! Bawa bersabar. Kurang-kurangkanlah berdating tu kalau tak nak hilang seri ya.


Selesai sesi pebincangan, sarung cincin, ambil gambar, terus laju-laju pi mentekadarah.
Haha. Maunya tak laju-laju, kan masa nak pergi tadi I tak sempat makan sebab sibuk bersiap!=p