Khamis, 5 Ogos 2010

Cik pink @ vietnam uolss!

huishh,
after 2jam dok dlm flight, dicampur dengan pening2 kaplo, telinga toing2 serta menikmati nasi bukhari air asia yg tak bez tu, maka, cik ain pun slamat la mendarat di saigon a.k.a vietnam city. =) syukur selamat sampai. sampai2 je terus dibawa melawat ke beberapa tempat. berpeluh2 ketiak melawat tmpt2 sejarah kat vietnam ni. cuaca sgt panas. jgn balik mesia nnt rentung sudah. mau kawan2 xdpt cam ai nnt. haha.

now,
kat dalam bilik hotel bersama AJ. ark ark ark. weols nginap kat hotel lavender ye. semua benda kat hotel ni purple. =p nsb baik hotel ado wifi, leh tenet2. tapi boleh blogging je la. fesbuking xleh.

papepun,
tungguuuuuu, gambor2 menarik dari vietnam ye uolss. opps, sebot pasal gamba, xsempat lagi nak select gambo2 encik jabbe. ampun pak, balik nnt ai select la ye.

till then. nnt2 ai blogging lagi. lupekan jap sumenye tentang malaysia. tata for now uols.

with love,
~ cik ain from ho chi minh city, vietnam. mmuah.

notalipscumel:
sesape yg anto msg tu, mahap zahir batin ye. ai xdpt nak rply. ai kedekut kredit. dua hengget ko kredit ai abes tok balas satu msg je. s

Khamis, 29 Julai 2010

24 Julai 2010: Im Mrs Azreen officially!


Alhamdulillah, setelah macam-macam perkara yang kita telah lalui, akhirnya, awak dah jadi saya punya. I
nsya-Allah, dengan izinnya, moga ikatan ini kekal selamanya, hingga ke syurga.

On your mark,



get set


Go!
Haha. And after that, I am Mrs. Azreen officially. Yey! Syukur. *senyum lebar-lebar sampai telinga.


Wajah-wajah happy dan sedih masa ibu kena baca penyerahan anak ='(


Menyerahkan duit hantaran, memakaikan mas kahwin dan menyarungkan cincin.


Manis, semanis merah jambu selepas diijabkabulkan!

Rabu, 28 Julai 2010

Tipikal malay haih.

bila tak kawen,
orang akan tanya,
~ bila nak kawen?
~ anak ko tu xde sape ke nak? tak kawen2, orang lain semua da beranak pinak.
~ apa la masalah anak ko tu tak kawen2.

bila tak juga kawen,
orang akan tanya lagi,
~ anak ko tu sakit kot, g bawa berubat, tak kawen2 lagi ni.
~ da terlanjur kot, tu yg tak kawen2 lagi.

dan,
bila da kawen,
buat majlis ikot citarasa sendiri, ikot keinginan sendiri,
orang tetap berkata juga,
ala, kawen nak menunjuk2 tu. *refer majlis ai

haishh,
mulut orang kan,
xboleh nak buat apa.
ikot suka korang la nak kata apa pun.

yang penting,
ai tak nyusahkan korang, tak minta duit korang, tak nyebok hal korang pun.

notalipscumel:
syukur, ai da selamat kawen da pun taw =p

Rabu, 21 Julai 2010

Tika ini dan saat itu.

Kamu,

saat pestime melihat kamu dalam kursus induksi dahulu,
hati berdetik,
ele, sangat poyo mamat itu, bajet cam bagus je ko kan!. *stetmen dengki
dan ada terasa juga,
kamu seperti selalu memerhatikan saya. *prasaan

saat digandingkan berdua menjadi emcee ketika induksi,
gigil saya terlebih-lebih,
bukahlah sebab anxiety disorder yang digembar-gemburkan,
tapi,
sebab debaran jantung yang dabeltriple kencang di saat kamu berdiri di sebelah. =p

saat melihat kamu dari belakang sewaktu selesai solat berjemaah dalam kursus BTN,
hati berdetik secara tiba-tiba,
kan bez kalo mamat baju melayu biru itu jadi suami. haha.
tapi, cepat-cepat hati istighfar semula bila memikirkan saya suda berboyafren di ketika itu.

saat kamu menjauhkan diri dari diri ini,
hati berkata-kata,
dah orang tanak kawan dengan kita, kita tak boleh paksa.

saat mendengar kamu telah menjadi tunangan orang,
hati tiada rasa,
tapi berbisik kepada Tuhan,
Ya Tuhan, kalau dia bukan jodohku, jauhkan dia dariku. jika dia sememangnya untukku, kau kembalikan dia kepadaku.

saat ditinggalkan sang boyafren, dan saat menatap gambar kenangan ketika dalam train,
air mata bercucuran sambil mulut mengucapkan,
sampai mati kamu bukan jodoh saya. tuhan jauhkan dia dari saya. *nak kata sedih tak sedih, tatau nak kata apa.saat rakan-rakan suka bercerita tentang kamu kepada saya,
hati pedih sedih,
bercampur-baur dengan rasa menyampah,
dan mulut berkata, saya tak suka kamu, *egois
takan suka kamu sampai bila-bila.

saat melihat kamu di gelanggang tempat bermain,
pura-pura tidak menyedari kamu,
tapi kalo ada kesempatan akan mencuri-curi pandang,
kemudian,
senyum diam-diam di dalam hati,
walaupun sedar kamu milik orang.

saat kamu menegur di suatu hari setelah bertahun tidak bertegur sapa,
hati hairan bin ajaib,
tapi berpura bagai tiada apa,
menerima kamu sekadar teman biasa.

saat semua cinta meninggalkan,
saat diri sudah hilang rasa untuk semua itu,
saat hilang keyakinan untuk setiap hari mendatang,
kamu datang menyelamatkan, mengurai segala kekusutan.
meminjamkan bahu dan tangan,
mendengar segala rintihan.

saat mulut mengatakan tiada rasa apa antara kita,
dalam hati,
sebenarnya,
ada cinta.

Tuhan mengapa sekarang, tidak dahulu,
satu jawapan yang ada,
Semua yang tuhan jadikan ada sebabnya.
Kun fa ya kun.
Kalau Tuhan nak ia jadi, ia jadi,
Kalau tak, ia takan jadi.
Kerja Tuhan,
tak siapa yang tahu.

Sabtu, 17 Julai 2010

Terima kasih centa.



Terima kasih centa,

1. untuk penantian satu penyiksaan itu.
2. untuk setiap keyakinan yang diberikan bagi memiliki separuh hati ini.
3. untuk setiap kesabaran menangani karenah dan ayat keramat itu.

dan terima kasih juga,

untuk segala bahagia hari ini dan seterusnya nanti.

1 4 3. tiada ragu.