Selasa, 20 April 2010

Prosedur Kahwin Luar Kariah

Kes 1:
SAYA berharap untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan. Saya berasal dari Kuala Lumpur dan kekasih saya berasal dari Terengganu. Majlis perkahwinan akan diadakan di pihak perempuan di Kemaman, Terengganu. Saya telah diberitahu saya perlu menukar kad pengenalan saya untuk berkahwin di luar daerah. Apakah prosedur yang harus saya ikuti?

Jawapan:
Had umur minimum mestilah dipatuhi iaitu 18 tahun bagi pengantin lelaki dan 16 tahun bagi pengantin perempuan. Pasangan yang akan berkahwin juga diwajibkan untuk menghadiri kursus pra-perkahwinan. Kursus ini dianjurkan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta. Sekiranya saudara menghadiri kelas yang dianjurkan oleh pihak swasta, sila pastikan bahawa kursus tersebut diiktiraf oleh kerajaan negeri. Saudara haruslah menyimpan sijil yang diberikan di akhir kursus.

Permohonan untuk kebenaran berkahwin haruslah diajukan kepada pihak jabatan agama Islam negeri. Borang permohonan akan diberikan oleh jabatan agama Islam.

Oleh kerana saudara berada di Kuala Lumpur, maka permohonan haruslah diberi kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Pasangan saudara pula akan merujuk kepada pihak Jabatan Agama Islam Terengganu.

Oleh kerana saudara berada di luar kariah pihak perempuan, maka permohonan di kariah perempuan haruslah dengan kenyataan pendaftar kariah tempat tinggal lelaki.

Sila bawa dokumen-dokumen berikut semasa melakukan permohonan:

1. Bukti pemastautin
2. Pengesahan status bujang oleh majikan atau ketua kampung.
3. Kad pengenalan dan salinannya.
4. Sijil kursus pra-perkahwinan
5. Surat kebenaran wali (jika berkaitan)

Borang permohonan ini hendaklah disampaikan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh perkahwinan. Adalah dinasihatkan agar saudara memohon dengan lebih awal bagi memastikan kesulitan tidak timbul kerana kesuntukan masa.

Pendaftar akan menyatukan borang-borang ini dan meneliti bagi menentukan segala keperluan telah dipenuhi. Sekiranya pendaftar berpuas hati, maka surat kebenaran berkahwin akan dikeluarkan. Bagi menjawab soalan saudara mengenai penukaran kad pengenalan, adalah dimaklumkan bahawa ia adalah tidak perlu bagi menjalankan perkahwinan diluar kariah tempat tinggal saudara.

Kes 2:
Saya adalah perempuan dan akan berkahwin tidak lama lagi di Melaka tetapi alamat kad pengenalan beralamat di Negeri Sembilan. Apakah borang atau prosedur yang perlu saya lengkapkan?

Jawapan:
Saudari perlu mendapatkan borang pengesahan bermastautin (mengambil kira permastautin ibu bapa dan akan bernikah di Melaka) dari Jabatan Agama Islam Melaka. Sekiranya JAIM menolak permohonan borang tersebut, saudari perlu mendapatkan pengesahan bermastautin dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan seterusnya membuat permohonan berkahwin di Melaka.

sumber: Utusan Online, Jabatan Agama Islam.

Rabu, 14 April 2010

2 bulan?



Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu



genap 2 bulan suda saya di'chop' oleh kamu dgn dua bentuk cincin.
masam+manis+pahit+ombak+badai = sayang kamu juta2.
terima kasih kerana sentiasa melayan semua karenah saya.
t e r i m a k a s i h c e n t a

Selasa, 13 April 2010

Review: Manikam kalbu.


sudah lama tidak membaca novel.
dan,
tiba-tiba disuakan dengan sebuah buku yang bukan dari karya penulis dan penerbit yang diminati.

baca, baca dan baca. =)

komen saya,

ia sangat 'manikam kalbu', cerita yang comel, manis dan ada unsur jenaka yang tersendiri. dan yang penting, unsur keislaman dan sejarah diterapkan bersama jalan cerita yang menarik. setelah membaca, sangat bangga dengan asal usul baju melayu kita dan tertarik dengan rahsia baju melayu.

antara isi yang menarik perhatian saya:

Makna di sebalik baju kurung:

“Tuanku, pacal namakan busana yang pertama ini baju kurung. Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan. Tetapi, dengan sedikit perbezaan. Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama, busana ini dikurung oleh syarak. pakaian Melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat. Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa dan tidak mengetam.”

“Adapun kurung itu dikurung oleh adat. Manusia Melayu itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai sama, tahu cara memakainya, dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya”

“Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong. Oleh baju kurung itu sekali-kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong.”

Mengapa baju kurung lelaki berbutang lima dan baju kurung perempuan berbutang satu?

“....Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu maknanya rukun Islam….., Ampun Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu itu ialah lambang akidah kita. Kita mengEsakan Allah yang satu…..” *bukan suka2 okey leher baju melayu itu ditebuk 5 butang!

“Pacal bayangkan bumi ini bulat seperti mulut belanga (leher baju kurung) dan kita duduk di mukanya (butang nan satu yang mengancing leher baju) sebagai abdi Tuhan.”


notalipscumel:
1. tak sabar mau menonton Filem Legenda Budak Setan yang diadaptasikan dari novel yang saya suka baca dahulu!

2. terima kasih fairuz kerana pinjamkan buku ini.

3. nampaknya ramlee awang murshid kene berkongsi kasih dgn faizal tehrani la lepas ni. haha.

Isnin, 12 April 2010

Pantang Larang Bakal Pengantin

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama
baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin
tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli
keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

Ahad, 11 April 2010

Kisah kejiranan: adik bradik yang baik hati


langit gelap, angin bertiup kencang, guruh dan petir berendentum-dentum, tapi hujan tak turun lagi. kelihatan, si adik dan akak terlari2 menghampiri pagar jirannya. kemudian, si akak cuba menggapai2 baju yang tersidai di ampaian jirannya. tapi xsampai. terasa kejang tangan. si adik pula mengambil kayu, cuba menarik baju dari ampaian dan masih tak berjaya juga.

adik: ko panjat la pagar kak. mane sampai nak tarik baju dengan tangan ni.
akak: ko la panjat. aku pakai kain ni. kang tersingkap ke terkoyak ke, orang nampak kang! ko pijak pasu tu, pijak tepi tiang tu cepat. hujan nak turun ni. abeh basah baju acik ni kang! * sambil menolak2 adiknya.

adik tak melawan dan ngikot je. bersusah payah panjat pagar.

adik: adoi! *terjerit kecil bila betis terkena besi pagar.
akak: adoi2 lak ko. cepat la tarik baju tu pas kat aku. nak hujan ni. aku takot petir!

si adik dengan pantasnya mengangkat dan menghulur baju acik tu yg BYK kat ampaian. mencungap2 si adik. bekerja keras dua bradik itu untuk menyelamatkan baju jirannya.

ketika hampir selesai, si adik terjerit.

adik: alaaaaaaaaaaaaaa!
akak: nape weh? *cemas
adik: bongok btol! pintu pagar acik ni tak berkunci pun la. beriye je aku panjat pagar. *muka masam
akak: ahh, da la tu. jom masuk cepat. ko masuk ikot pintu pagar. xpayah panjat pagar da ea. hujan nak turun da ni. cepat!*tahan gelak.

ark ark ark. kesian emi! sape tah yang suro panjat pagar? =p