Selasa, 13 April 2010
Review: Manikam kalbu.
sudah lama tidak membaca novel.
dan,
tiba-tiba disuakan dengan sebuah buku yang bukan dari karya penulis dan penerbit yang diminati.
baca, baca dan baca. =)
komen saya,
ia sangat 'manikam kalbu', cerita yang comel, manis dan ada unsur jenaka yang tersendiri. dan yang penting, unsur keislaman dan sejarah diterapkan bersama jalan cerita yang menarik. setelah membaca, sangat bangga dengan asal usul baju melayu kita dan tertarik dengan rahsia baju melayu.
antara isi yang menarik perhatian saya:
Makna di sebalik baju kurung:
“Tuanku, pacal namakan busana yang pertama ini baju kurung. Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan. Tetapi, dengan sedikit perbezaan. Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama, busana ini dikurung oleh syarak. pakaian Melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat. Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa dan tidak mengetam.”
“Adapun kurung itu dikurung oleh adat. Manusia Melayu itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai sama, tahu cara memakainya, dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya”
“Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong. Oleh baju kurung itu sekali-kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong.”
Mengapa baju kurung lelaki berbutang lima dan baju kurung perempuan berbutang satu?
“....Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu maknanya rukun Islam….., Ampun Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu itu ialah lambang akidah kita. Kita mengEsakan Allah yang satu…..” *bukan suka2 okey leher baju melayu itu ditebuk 5 butang!
“Pacal bayangkan bumi ini bulat seperti mulut belanga (leher baju kurung) dan kita duduk di mukanya (butang nan satu yang mengancing leher baju) sebagai abdi Tuhan.”
notalipscumel:
1. tak sabar mau menonton Filem Legenda Budak Setan yang diadaptasikan dari novel yang saya suka baca dahulu!
2. terima kasih fairuz kerana pinjamkan buku ini.
3. nampaknya ramlee awang murshid kene berkongsi kasih dgn faizal tehrani la lepas ni. haha.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
busy2 sempat lg ke baca novel kak?
BalasPadam-kocha
kocha:
BalasPadamsmenggu baru abes baca.
**slalu satu novel amek masa sehari je bace taw. =)
ni khayalan ke fakta ni?
BalasPadamaku tak suka baca novel :P
karya faisal tehrani mmg best..dah baca novel ketupat cinta?citer dia pon ade kelakar,sinis,sejarah.....mana cik ping dapat novel ni?
BalasPadampiya:
BalasPadamfakta dol! diperolehi dari hasil kajian dan sumber2 yang berkaitan. *refer references
linda:
BalasPadamoh, xbace lagi.akan cari nnt.
novel tu kwn ai bagi pinjam. kat pasaran rege dia RM25
matilah, minat bace novel da dtg balik. xjd kejela nnt ni