Salam semua,
Dah lama sebenarnya teringin nak pi
Jalan-jalan cari makan kat Muar, so bila Popo ajak,
Kak Ain jom pi Muar pada 24 Oktober?
I terus on je. Terus invite rakan seperjuangan di kalendar. Haha!
Kalau ikut perancangan, ada 5 orang peserta tapi itulah, kita merancang, Tuhan menentukan, dari berlima, terus tinggal tiga je. Tetap kita teruskan perjuangan Muar, PAP datang!
P.A.P stand for Popo, Ain dan Pijah.
Sebelum subuh, Cik Pilot dah roger dah. Dan macam biasa, kitonyo kalo nak berjalan, yang di rumah takkan dibiarkan kelaparan. Masak dah lauk tengahari. Sarapan pagi, pandai-pandailah Apaknya cari
roti canai nanti.

Bismillah, lepas Subuh, kami pun memulakan perjalanan ke
Muar, Johor yang mengambil masa 2 jam setengah perjalanan.
Dah ke Muo, haruslah bersarapan
Sate dan Soto! Plan asal nak ke tempat viral, tapi malangnya hari Jumaat tutup. Teruslah kami menuju ke
Mael Satay ni.
Sebelum makan jangan lupa bayar parking sebab kami datang ni hari bekerja.
Bangsa Johor kena download apps parking dia sendiri.
Alhamdulillah, sedap semua menu yang diorder walaupun last minit search tempatnya di Tiktok.
Dah isi perut moh kita berjalan di
Muar Street Art. Dua orang rakan seperjuangan dalam Misi ke Muar, Popo dan Pijah.
Pijah pinjam tripod suaminya lepas tu tak belajar cara guna. Dah kena VC cara nak buka.
Kenyang perut, muka pun happy nak berjalan.
Kebetulan Mael Satay tu terletak dekat dengan Muar Street Art. Berdepannya pula
Hentian Bas. Sempat la tumpang toilet dan terlihat ni. Sebarang sana tu
Tangkak. Dipisahkan oleh sungai je.
Snap gambo la, buat video la, almost tengahari juga kat sini Muar Street Art ni.
Perut rasa kenyang lagi, so kami skip tempat lunch dan terus je ke
Laman Bakau Parit Kassim di tengahari buta. Layankan permintaan nature's lover, si Popo.
Seronok juga ya masukkan tempat gini dalam itinerari. Tenang dan damai je rasa kat sini. Bergelak ketawa ambil gambar dan video sambil menghayati kehijauan alam.
Dari Parit Kassim, kami patah balik Bandar Muar sebab nak ke
Kedai Kopi 434. Tak lengkap kan kalau datang kat sini tak try
kopi muar. Parking area hentian bas, kena lalu jejantas untuk melintas. Lamanya lahai tak guna jejantas.

Kat Kopi 434 ni juga, I cadang buat pertukaran hadiah. Tengok kat IG dan Tiktok, trend orang campak hadia atas meja, lepas tu ambil sorang satu, so kita pun nak ikut trend la. Cumanya, dah tak ramai kan, dapat sorang dua hadia je lah. Haha. I tetapkan hadiah minimum RM10, kalau lebih dialu-alukan. So, ini hadi dari I. Lip serum dari
Anas, mini kalendar 2026, kerongsang comel dengan box kecil dan purple tu hand wash.

Kami dengan give exchange masing-masing.

Menu minum petang kami di Kopi 434.
On the way balik, Popo ajak singgah
Klebang, Melaka sebab dia teringin
keria gula Melaka.

Takkan nak cakap tak pula kan sebab dia pilotnya. Kita ikut je lah.

Dalam pukul 5.30 petang kami pun gerak pulang semula ke
Nilai.

Esoknya ada balance asam pedas sedapnyaaaa yang ditapau tu, kita buat sarapan lawankan dengan
lempeng.