Jumaat, 7 November 2025

Hulu Cafe with Yeppo

Salam semua,

Wei, aku nak tanya ni!
Suka matcha atau suka kopi?
Kalau suka kopi, baik kau pilih ku di sini!

Haha.
Tu lagi si adik selalu nyanyi. Sesuai pula pos kat sini sebab kena dengan temanya.

Ada satu Cafe baru buka di area tempat kerja ni dan kami berdua dapat jemputan for their grand opening. So, jom la kita.

Pernah dengar Hulu Cafe?
I pun first time dengar ni. Jenama tempatan rupanya walaupun menu dia kedengaran agak kejepunan sikit haha.

Cantik kan dekorasi cafe ni?

Ini lah dating partner I Yeppo or Popo.

Fokus minuman kat sini ialah matcha. Even tak berapa suka, I try jugalah order Ichigo Mathca. Kombinasi matcha dengan strawberry, so boleh la telan sikit airnya bila dah mix dengan masam strawberry.

Kek matcha tu sedap sebab dia ada campur-campur kacang. 

Candid by Popo! 
Keluar dengan budak-budak muda ni, auto gambor ko pun nampak muda. =p


Kena queue untuk masuk ni walapun dijemput. So, sambil beratur, sambil staf depa rekod video promosi. Kita tadah je la muka dan ikut apa yang disuruh.

All the best Hulu Cafe!
Moga dapat bertahan lama, Insha Allah.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan