Rabu, 6 Disember 2023

Sport Day The Imans

Salam semua,

Kisah awal November haritu. Dah taip ada di draft tapi tak post.

Anak-anak ada Hari Sukan di sekolah. Dua minggu training, then ada acara yang dah buat awal, so hari kejadiannya nanti akan ada perbarisan rumah sukan, dan beberapa acara terpilih untuk dipertandingkan.
Kakak dan Abang masuk acara 100m dan 4x100m. Dua-dua target emas.

Yang Abang siap aim nak Olahragawan tapi I maklum awal-awal yang anugerah tu untuk yang darjah 5 atau 6 biasanya. Saja maklum awal, taklah frust kalau tak dapat nanti. Kakak pun aim juga Olahragawati, so pesan siap-siap kalau nak buat betul-betul.


Ommak semangattt!! Siap buat poster. Haha, saje nak memeriahkan keadaan. Adik pun bersemangat walaupun acara dia dah lepas. Tetap nak pakai baju rumah sukan dia. Pakailah dikk, takda sapa marah pun.

Kan main depan cop tempat. Punya lah nak view clear kononnya


Pi menjenguk juga kat khemah sukan anak-anak. Saja la snap gambar kenangan. Yang kakak kan tahun akhir di sekolah tu. 

Untuk acara 100m kakak kalah. Acara 4x100m dia dan team dapat tempat ketiga. Acara sebelum ni yang dia masuk 200m (Emas), lompat jauh (gangsa). Jadilah, buat kenangan sebelum meninggalkan sekolah rendah.

Adik masuk sukaneka. Lari kon ais-krim kalau tak silap acaranya. Dia dengan team dapat tempat ketiga. Saja bawa medal untuk ambil gambar kenangan dia.

Classmates si Abang. Lain-lain rumah sukannya. BFF dia rumah merah. Siap cakap, nak lawan Reezqy nanti time 4x100m. Nak tebus balik tak dapat emas time 4x200m haritu.

Dan betul, dia dapat emas. Reezqy and team disqualified untuk acara 4x100m sebab dia pi baling baton sebelum sampai finishing line. Haha.

Terus kena tazkirah dengan Ommak ea. Kenapa buat gitu bang? Kesian kawan-kawan lain yang penat lari. Dari elok gangsa terus DQ.

Dia geram sebenarnya tak dapat emas. First runner dah nak terpeleot. Keadaan padang yang lecak dan licin memang tak boleh nak marah ahli lain. Lagipun, dah memang takda rezeki rumah biru nak dapat emas.
 
Gambar kenangan The Imans di Hari Sukan Sekolah.

Support system yang sentiasa ada. Kalah ke menang ke, Insha Allah akan sentiasa bagi sokongan.

Classmate kakak. Depa dua ni orang selalu kata kembar. I pun pernah tersalah pandang. Ingat Reezqy yang ada dalam van sekolah. Siap berderau darah. Rupanya si budak darjah 6 ni. Kalau dia tunjuk gigi tu memang nampak samanya.

Alhamdulillah, Abang dinobatkan sebagai Olahragawan Harapan. Terubatlah sikit kekecewaan kalah acara 4x100m. Pencapaian Abang: 100m, 4x200m, 200m, dan Lompat Jauh = Emas. 

Dia ingat boleh dapat 5 emas, tapi takda rezeki untuk acara 4x100m.

Rumah sukan kakak pula dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Biasa la rumah merah kann, memang selalu juara! ;)

Reezqy: Mami time sekolah rumah apa? 
Mami: Merah.

Reezqy: Dedi?
Dedi: Merah.

Reezqy: Hmm tak best!

Jelous leteeewwwww =p


Tiada ulasan:

Catat Ulasan