Khamis, 7 Disember 2023

November Recap!

Salam,

Semoga semuanya sihat-sihat aja. Dalam keadaan cuaca yang tak menentu ni kejap panas, kejap hujan, kes Covid tiba-tiba naik balik. Virus influenza pun mula menyerang rakan-rakan di pejabat. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.

Nak recap je aktiviti di bulan November. Ada juga kenangan yang boleh disimpan bila trace dalam blog nanti.

Early November, ada sesi perkongsian di Pejabat then kami semua berjanji berpakaian Solidariti untuk Palestine. Tak tahu nak cakap apa dah tentang isu Palestine ni. Hanya mampu berdoa semoga segala kesengsaraan mereka cepat di tamatkan.

Dua hari lepas pun tolong semakkan kehadiran pelajar bos untuk majlis konvo, speechless sekejap bila pelajar tersebut maklum tak dapat hadir sebab ada di Palestine sekarang. Huhu. Ambil masa juga nak susun ayat bila fikirkan yang dia sedang bergolak di sana.

Terima jemputan dari ex-jiran yang telah direzekikan mempunyai rumah yang lebih baik dan selesa. Alhamdulillah, tumpang gembira dengan rezeki dia. Alhamdulillah juga sebab tak lupa jiran lama ;)

Malamnya pi join Solidariti untuk Palestine di Dataran Nilai. Pi sorang je dengan jiran sebab The Imans ada Sport Day esok paginya. Tak bagi ikut sebab esok susah nak kejut bangun pagi.

The Iman's Sport Day! Cerita detail ada kat sini.

Satu tempat kerja tak semestinya selalu jumpa. Maka, bila ada kesempatan, line clear haha, kena la keluar sarapan sekejap. Alhamdulillah, masih bersahabat dari zaman bujang hingga sekarang. Moga sampai tutup mata nanti, sahabat ini juga yang datang menziarah dan menitipkan doa, Insha Allah.


Sahabat kat pejabat juga ni tapi ni kategori lain. Haha. Banyak kategori, satu pejabat, ex-pejabat, sahabat sukan, geng persatuan. Gitulahhh.

Keluar lunch untuk meraikan hari lahir Kak Muna (31/10) dan Melen (8/11).

Hadir bengkel pengurusan dokumen rasmi. 

Kumpul-kumpul keluarga belah Arwah Abah. Meraikan Akad Nikah anak cousin, Kak Chik. Terima menantu jauhhhh dari Lubnan.

Door gift klasik Kak Chik buat, bunga rampai. Jarang dah jumpa bunga rampai dalam majlis-majlis perkahwinan sekarang.

Kakak kena jadi dulang girl dengan Mak Langnya.

Gegirls 💓

Luangkan masa untuk balik kampung. Budak-budak ni, kalau balik kampung mesti akan ajak mandi laut. Kena la layankan. Time ni je la dapat jumpa cousins semua.

Wear Green for Palestine. 

Meraikan staf yang tamat perkhidmatan. All the best Mastura for your PhD journey! I siap pesan kawin nanti jangan lupa jemput kami.

Ni cari penyakit namanya. Tolong si kakak buat sanggul untuk sambutan hari kanak-kanak sekolah. Kelasnya dapat tema warna kuning. So nak pakai sanggul. Collect sorang RM5. 

Mana dapatnya anak-anak oii RM5 untuk sanggul tu. So, i tolong la buat dan bagi diorang bayar ansur-ansur. Ingatkan 5 pieces je kena buat. Total siap semuanya ada 21 pieces sanggul. Sakit pinggang mak ko kakkk!


Kumpul-kumpul keluarga lagi. Meraikan majlis perkahwinan anak cousin, Kak Lang (side arwah Abah). Kak Lang ni kakak Kak Chik. Bulan yang sama lak mereka terima menantu.

Abah's side. Bila kenduri gini, tengok adik-beradik Abah, jadi tambah rindu kat Ibu Abah. 

Anak-anak ada sambutan hari kanak-kanak di sekolah. Kena pakai ikut warna tema yang telah ditetapkan. Kelas kakak warna kuning. Abang dan Adik warna jingga, nak begitulah hasilnya.

Soccer Mom's Life. Haha. Pi support si Abang ada game bola. Saje ikut yang kali ni sebab buat di Jelebu. 

Tenang aja Jelebu ni ya. Tak tahu la sebab hari tu weekend atau memang tenang selalu macam time I datang. Perjalanan ke sini pun dikelilingi bukit menghijau dan ada beberapa air terjun juga di sekitarnya.

Ni la hasilnya cucuk sanggul DIY tu. 

Ex-Jiran ajak minum petang. Zassss kami sampai. Yang ini pun dah berpindah juga tapi selalu panggil kami minum petang. Dapatlah gosiping sambil minum petang bila ada peluang. 
 

1 ulasan: