Salam semua,
Walaupun dah masuk Syawal ke 11, masih belum terlambat rasanya untuk ucapkan Selamat Hari Raya Adilfitri kepada semua.
Sempat la berjalan ke blog rakan semua tadi, ada yang menyambut secara sederhana, ada yang meriah dan ada juga yang sampai ke Langkawi hehe. Cara masing-masing kan sambut lebaran, yang penting happy dan bahagia dengan yang tersayang.
Tahun ini, turn I beraya dengan keluarga mertua tapi pada hujung Ramadan, diuji dengan demam dan batuk yang teruk. Tiba-tiba je kena. Flat je lepas berbuka 27 Ramadan. Dua kali buat covid test tapi negatif. Pergi klinik, Doktor maklum demam virus je.
|
Warna tema tahun ni pilihan husband. Dia kata, dah nak 13 tahun kawin, pink tak pernah lagi walaupun you suka pink. Haha. Tapi ini bukan pink yang I suka bangg oi =p |
Hari Khamis sebelum raya tu demam tak boleh bangun. Punyalah doa jangan raya Jumaat sebab baju semua tak iron lagi dan memang tak ready nak raya Jumaat. Alhamdulillah raya Sabtu dan petang jumaatnya, badan rasa ok dah. Dapatlah bantu Mak Mertua masak tapi tetap pakai mask sebagai langkah berjaga-jaga.
Menu raya Mak Mertua macam biasa la, ketupat, nasi impit, ayam masak merah, rendang, kuah lodeh dan ayam masak kicap. Menunya sedap tapi selera baru nak ada, sekali je la makannya. Tak beriya makan macam tahun sebelumnya.
Berkira-kira juga nak beraya ke tak sebab rasa tak selesa dan risau juga kalau berjangkit ke mak dan pak mertua, tapi husband ajak juga. Lagipun dah tak demam, tinggal batuk je so dia suruh pakai je la mask dan makan ubat. Takkan lah orang beraya, kita nak tinggal rumah sensorang.
Stail orang jawa, salam rayanya lama. Panjang lebar minta maaf. Dah semua menyelit kat Mami sebab takut nak salam dan tak tahu nak cakap apa. Yang si Adik melalak ya, taknak salam tapi nak duit raya.
Depan pintu, tempat wajib bergambo, lighting on point. So bergambor dengan mak mertua, kak ipor dan anak buah.
Lepas zuhur gerak ke Mantin, kampung arwah Abah. Memang adik-beradik Abah akan berkumpul di sana di petang raya pertama, so ambil peluang untuk jumpa saudara-mara belah arwah Abah. Bergambar dengan Apak dan Mak Usu, adik bongsu Abah.
Gambar kenangan Raya Aidilfitri 1444H dengan Family Mantin Most Wanted. Semoga kita semua sentiasa diberi kesihatan yang baik, dan dapat berjumpa di Syawal akan datang, Insha Allah.
With cousins dan wife cousins
Lepas Asar, minta diri dulu nak gerak ke Melaka. Ingatkan sempat dan ziarah kubur ibu abah tapi tersangkut dalam jammed. Dekat nak Maghrib baru sampai. Pagi esoknya baru kami ziarah.
Malam tu suami dah minta nasi. Dia cakap, goreng telur pun takpa yang janji dapat makan nasi. Haha. Dah penat makan lemang rendang la tu.