Kami, kekal tenang. Balik solat, singgah Shell beli kupi. Then telefon mak mertua, makcik-makcik yang ada sambil gelak-gelak bercerita yang esok raya. Telefon adik juga minta defrost apa yang patut.
Berkat raya terkejut, tiba-tiba husband pandai iron baju raya. Haha. Untuk pertama kalinya sepanjang kahwin, suami iron baju raya termasuk baju kami juga. Dia risau kot kang pagi raya baju tak iron lagi, lambat nak pergi solat raya.
Kalut-kalut nak pi mana? Haha. Pukul 3 pagi juga siap semua, masak rendang, kuah kacang, rebus nasi impit, kukus periuk kera dan buat sambal bali. Semua menu yang arwah Ibu mesti buat di pagi raya ada. Lemang pun adik pi ambil pukul 2 pagi.
Pukul 5.30 pagi I bangun. Blender bawang nak buat mee goreng, terus yang lain pun bangun sebab terkejut pagi buta ada bunyi blender. Tak payah susah-susah nak kejut mandi sunat pagi raya dah Abah! Guna blender je.
Lepas solat sunat Aidilfitri, kami terus ke rumah pertama yang wajib diziarahi di pagi raya. Rumah 'baru' Ibu dan Abah. Since sampai awal, dan orang tak ramai lagi, snap la sekeping gambar kenangan.
Tak complete gambar sekeluarga sebab adik kedua beraya di rumah mertua, di Terengganu.
Selesai ziarah kubur, kami meneruskan ziarah saudara-mara yang tinggal berdekatan dengan rumah ja. Lima buah rumah semuanya.
Then lepas zuhur, gerak ke Mantin ke rumah kakak arwah Abah. Dapatlah berjumpa saudara-mara belah Abah sebab semua adik-beradik Abah memang berkumpul petang raya di sana.
Dengan sepupu-sepupu side Abah |
Baju raya pun dah tukar time ni sebab time raya kat Melaka, Iman Raneeya tumpahkan air sirap 😅 |
Raya kelima kami buat makan-makan dan sambut birthday. Dah takda orang tua ni, kena buat makan-makan, jemput orang, baru ada orang datang.
Sabtu, 6 Syawal, ziarah pakcik di Negeri Sembilan then I terus balik semula ke Nilai sebab nak rehat Ahad tu. Kena la rehat sebab Isnin dah nak mula kerja dan anak pun akan sekolah setelah bercuti panjang.
Alhamdulillah, meriah juga raya kami tahun ini walaupun terfikir-fikir macam manalah raya pertama kami tanpa Ibu, dapat ziarah semua makcik dan pakcik. Ada hikmahnya la raya terkejut ni, Allah swt nak bagi peluang kepada semua enjoy raya tanpa banyak fikir ;)