Selasa, 25 Januari 2022

Ke Port Dickson bersama jiran-jiran

Salam semua,

End of December haritu, telah ke Port Dickson bersama jiran-jiran. Program ni telah dirancang pada awal tahun, siap buat duit collection, pembahagian AJK bagai dan siap ada yang tak suka kita, serta macam-macam hal lagi la. Biasalah, nak buat benda baik, memang banyak halangannya. Kita layan ajalah!

As AJK Sukaneka, memang minta gerak awal sebab nak pi setting barang sukaneka.  Venue program di Green Towns Hotel dan Resort, PD. Sebelum acara bermula, singgah dulu ke tempat favorite I, Kafe Kampung Kaw untuk menikmati latte tenom dan nasi lemak kambing yummyyy. Happy me with happy tummy! Dah kenyang perut barulah semangat nak bersukaneka.

Setting tempat sukaneka! Thank you suami. Yang dilantik I, so kita sub je la ke suami. Macam biasa, I rangka semua, pilih acara, then submit ke suami, dia tambah mana yang kurang, dia beli barang dan dia laksanakan. Pihak hotel siap tanya hire siapa? Haha. Mana ada, kami-kami juga arrange sendiri. Suami I kalau bab sukan, semangat dia memang lain machiammm sikit.

Acara start dalam jam 10, then jam 12 lebih tamat dengan siap kemas. Ada 3 acara kanak-kanak dan 4 acara dewasa. Saja suka-suka dengan jiran-jiran. Nasib la semua sporting, suruh pakai baju ikut warna, ikut aja semua.  Suruh tampung tepung, pun buat. Baguihhhh. Habis je sukaneka, semua pi terjun laut, while tunggu masa untuk check-in.


Lepas check-in dan makan tengahari, anak-anak sambung mandi kolam. Then petang, sambung lagi mandi laut. Memang saja je free kan petang tu untuk aktiviti kanak-kanak mandi-manda. Omak-omak nak set-up baju dan tempat BBQ.

Malamnya kami ada BBQ. Sambil berBBQ, sambil bertukar hadiah. Setiap rumah wajib menyediakan hadir untuk bertukar-tukar. Ada juga buat simple games dan quiz  sebab ada yang murah hati sponsor hadiah.

Omak-omak setting tempat BBQ, bapak-bapak tukang bakar. Food ada yang order, ada yang memang dah perap dari rumah. 

Esok paginya, kami dah janji untuk terus pakai baju kelawar dan pakai topi untuk bergambar di tepi pantai. Banyak ambil gambar kat sini, tapi cukuplah tepek satu sahaja di sini sebagai kenangan.

Anak-anak tetaplah meneruskan misi mandi kolam mereka. Sejam sebelum check-out, panggil naik mandi dan ready untuk keluar.

Sebelum balik, singgah area pantai yang macam terlindung kat area situ. Suami kata, next time datang PD, kita try mandi area sini pula.

My anak dara yang suka nau posing tak pandang camera sekarang ni. Trend kot agaknyaa.

Bergamabar sekeluarga sebelum pi makan tengahari dan balik ke rumah.



Pengantin lama, yang masih suka bergambar berdua. Haha.

Alhamdulilllah, misi hari keluarga kejiranan berjaya dilaksanakan. Next year, akan tetap teruskan porgram sebegini sekiranya diizikan keadaan.

Till then semua! Wassalam.



Khamis, 20 Januari 2022

Food Viral: Raindrop cake

Salam semua,

Memang ada perasan lalu-lalang di IG, orang post tentang kuih  Raindrop atau nama Melayunya Titisan Hujan. Ia viral di Ipoh. Beratur panjang orang pergi membelinya.


Dan kebetulan ada orang taman open order ni, kita pun try la beli 1 pek. RM5.00 untuk dua ketul  jeli gini. Time makan tu, si Kakak pun ada sama, so kami pun cuba. Sedap pula kat tekak masing-masing, dan berebut-rebut lah makan. Reezqy pun join sama bila nampak kami kata sedap. Haha.

Kuih ni jadi sedap sebab ada kacang tu kot. Kalau takda, rasa dia plain je macam sagu gula melaka tanpa santan.


Esok paginya, si Kakak suruh order lagi sebab dia kata teringat-ingat la makan semalam. Rasa nak makan lagi. Hai la anak. Orangnya pun open order ikut time. Kena tunggu open order la baru boleh beli.

Disebabkan tekak pun teringin lagi, hmmm macam mana lah nak BMI normal kan sebab bab dessert ni selalu hilang kawalan haha, so, kita pun google resipi. Nampak mudah je resipi. Confirm jadi ni kalau buat. Terus pi beli barang, follow buat ikut resipi, thenn tadaaa, hasilnya seperti di atas. Puas hati dapat ulang makan.
 
Try google yang jual macam ni rupanya. Resipi asal guna serbuk kacang soya, tapi kita tukar je lah guna kacang tanah, sangaikan then blender halus

Try cari serbuk agar-agar ni, tak jumpa. So beli ajelah apa yang ada di supermarket tu. Yang penting, beli serbuk agar-agar yang plain je sebab nanti nak makan dengan kuah gula Melaka.



 

Khamis, 13 Januari 2022

Hello 2022!


Salam semua,
Haha, dah masuk hari ke 13 bagi tahun 2022, baru up satu post.
Moga yang baik-baik sahaja untuk 2022, amin.

Takut nak berharap lebih, tanam azam semua tu, sebab tak nak kecewa kalau tak kesampaian.
Dengan macam-macam yang jadi dua tahun kebelakangan ini, jadi takut dalam semua benda. 

Every year, I wish yang baik-baik untuk tahun seterusnya, tapi Allah duga.  Allahuuu, speechless jadinya! Gelap sekejap rasa dunia tapi itulah, Allah takkan bagi ujian yang tak mampu untuk ditanggung oleh umatNya. Perlahan-lahan, bangkit dan cuba melihat segala ujian dengan hikmah disebaliknya.

Untuk rakan-rakan yang sedang menghadapi ujian sakit Ibu Bapa, I doakan dipermudahkan segala urusan. Enjoy every moment, itu aja yang mampu diucapkan. Jagalah mereka dengan penuh kasih sayang. Bila mereka dah takda, moment inilah nanti yang akan dirindui.

Happy new year semua!
Till then, wassalam.