Khamis, 23 Disember 2021

Selamat Jalan Daos!

Salam semua,

Umur dah meningkat ni, bila sorang-sorang, kadang-kadang terfikir, antara sepupu, antara sahabat rapat, adik-beradik, siapalah yang akan pergi dulu. Dengan husband pun selalu cakap, siapa la yang pergi dulu antara kita nanti.

Ajal dan maut adalah rahsiah Allah swt. Memang dah tertulis takdir kita, cuma masa dan bila yang tidak diketahui dan bagaimana pengakhiran kita nanti. Isha Allah, moga pengakhiran yang baik-baik saja untuk kita semua.

11 Disember 2021 - Pada tengahari tu dapat berita dalam Whats App Family Melaka, yang cousin, Firdaus terlibat dengan kecedaraan ketika memadamkan kebakaran. Family Firdaus, Pak Itam, sedang dalam perjalan ke Segamat pada waktu tu. Berita yang kami terima, keadaan Firdaus kritikal, kecedaraan kebakaran tahap dua.

"melecur tahap 2..tk spi dlm daging..hanya luaran..cuma..kecederaan dalaman sbb tercampk dr kesan letupan.."

Melihat tahap kebakarannya, hati sedikit lega sambil cakap, Insha Allah, Daos ok je. Tahap dua kebakaran tidaklah teruk mana berbanding dengan tahap 4.

Tapi petangnya, mendapat berita lagi yang ketika kebakaran, Daos tercampak dari tingkat tiga kerana ada letupan yang terjadi ketika itu.  Walaubagaimanapun, keadaan Daos di hospital ketika itu dah stabil, update Syamsul, abang kepada Daos.

Sedih mengenangkan keadaan Daos, lepas Maghrib, baca Yasin dan buat solat hajat untuk Daos. Mohon Allah permudahkan segala urusan Daos. Mengenangkan keadaanya yang parah, mohon juga Allah kurniakan yang terbaik untuk adik sepupuku, Daos. Malam tu juga minta izin kat wife Daos untuk buat bacaan Yasin secara online dengan Family pagi esoknya.

Tak boleh tidur malam tu. Tertengok pula IG Story kawan yang sedang berada di Mekah, kirim doa untuk Daos pada dia. Harapan I memang sangat tinggi untuk Daos sembuh.

12 Disember 2021 - Bangun Subuh masih juga baca Yasin. Nak pergi ke Segamat, dimaklumkan tak boleh masuk tengok. Family pun menunggu di luar sahaja. Cuma mampu kirim doa mohon kesembuhan sahajalah dari jauh.

Pukul 10.00 baca yasin dengan family. Lepas baca yasin, Syamsul update lagi keadaan Daos.


Petang, I call Syamsul, tanya update Daos.
Kedengaran lega suara Syamsul, "Keajaiban Allah Kaklong, Daos yang nazak tadi kembali stabil. Alhamdulillahh, syukurr Kaklong. Tadi nafas dia laju, tapi Mak kata, Insha Allah Daos ok sebab dia dah stabil".

I pun ucap rasa yang syukur pada Syamsul dan minta dia dan family terus positif, tapi hati I sendiri rasa berat.

Termangu sekejap lepas bercakap dengan Syamsul.
Then, call adik, Ikin. Sekadar ingin meluah rasa. Keadaan Daos sama seperti keadaan Ibu dan Abah time nak pergi.  Bercerita dengan Ikin tapi dalam masa yang sama cuba  pujuk hati, try positif, Insha Allah, Daos akan ok.

Maghrib tu, Pak Itam buat baca Yasin dengan Bomba Segamat. Keadaan Daos, kadang stabil, kadang tidak.

Nak tidur malam tu pun rasa takut. Takut tengah tidur tiba-tiba dapat panggilan telefon di awal pagi dengan berita yang tak ingin didengar. Time Ibu Abah sakit dulu, ginilah I rasa. Takut nak dengar bunyi phone time malam.

13 Disember 2021 - Tak sedar bila terlelap. Dalam pukul 4.00 pagi, telefon berbunyi. Dah dapat agak dah bila dengar suara Makcik yang menangis.

Allahu akhbar!
Innalillahiwainnailaihirajiun.


Tak dapat nak describe rasa ni. Abah pergi, lepas tu Ibu, now, cousin yang muda antara kami pula dijemput Ilahi. 

Sedih hilang Abah dan Ibu pun tak habis lagi, now tambah pula dengan pemergian yang tidak dijangka. Kami baru je jumpa dalam program family day dan kenduri Pak Itam minggu lepas. Nampak sihat dan elok aja Daos.

Teringat time family day, Daos cakap, "Kaklong ambik tak gambar saya? Beriya ambil gambar, gambar saya ada tak tu?" Sambil gelak dia cakap. I thought, ia borak biasa je pada waktu itu sebab gambar yang I ambil pun random je. Allahu akhbar, dia seakan tahu masa dia nak pergi dah dekat. Dia suruh ambil gambar dia, untuk kenangan agaknya, tapi I tak ambil pun =(


Berehatlah Daos di negeri abadi, Insha Allah kami semua pasti menyususul nanti. Daos yang baik, hero kami semua. Mulianya pemergian Daos ketika bertugas dalam operasi memadamkan kebakaran. Moga dikurniakan ganjaran syahid buatmu.

Insha Allah diberikan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga, Jannah dan Aisy untuk menempuh ujian ini. Alhamdulillah, sepanjang urusan pengembumian Daos, I kagum dengan kekuatan yang ditunjuk oleh wife Daos.  Semuanya diuruskan dengan sebaiknya.

Innalillahiwainnailaihirajiun.
Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakan dia dan maafkanlah dia.
13.12.2021
Mohd Firdaus Sulaiman (1989-2021)

Rabu, 22 Disember 2021

Reezqy masuk jawi

Salam semua,

Alhamdulillah, time posting ni dibuat, Iman Reezqy dah sihat sepenuhnya. Tergelak sensorang bila mengenang balik hari kejadian Iman Reezqy masuk jawi. Ommak ea siap tak boleh tidur malam tu. Buat solat hajat bagai. Ni semua gara-gara adik kedua pi post video anak dia meraung time masuk jawi seminggu sebelum turn Reezqy. Ommak yang tengok jadi trauma.

18 Disember 2021, Iman Reezqy selamat masuk jawi. Dia sendiri volunteer nak sunat. Asyik tanya bila boleh sunat. Dia jealous sebab asyik Daddy jadi imam. Dia nak jadi imam juga tapi belum sunat Ustazah kata, tak boleh jadi Imam. Haha.

Dah empunya diri volunteer, Ommak tak berlengah lagi terus daftar. Kebetulan kat office ada buat program berkhatan, walaupun Dedinya tak bagi, kita daftar dan bayar terus je. Dedinya kata kecil lagi, nanti ada training bola semua. I ok je kalau nak cancel, tapi sila bayar double untuk bayaran yang telah dibuat =p

Selalu kalau ada majlis, nak buat apa semua, mesti nak tanya Ibu. Sedih juga malam tu. Kalau Ibu ada, mesti Ibu dan Abah yang excited. Mesti akan beriya buat kenduri. Since dua-dua dah takda, kami buat apa adanya ajelah. 

Alhamdulillah, hari kejadian, awal pagi Mak dan Abah mertua datang. Terubat sikit la sakit rindu kat Ibu dan Abah.

Paksa semua pakai baju kurung bertanjak bagai. Baju semua dan singkat, kalau tak pakai time ni, bila lagi nak pakai. Baju raya semua jenis gitu, beli mahal-mahal, pakai sekali dua, then tahun depannya singkat dah. So, ada majlis gini, pakai ajelah.

Family potrait. Gegar sikit. Minta tolong Abah yang ambil. Jadila, ada juga gambar kenangan.

Men to men talk. Dedi dia kata, Abang jangan takut. Macam gigit semut je sakit dia bang. Ok je Abang nanti. Haha.

Sebelum kejadian, elok ajelah. Melompat-lompat, ke sana sini. Gelak-gelak, main handphone. Nasib baik sebelum dia takda yang meraung.

Reezqy turn yang ketujuh. Elok aja dia masuk, Ommak kat luar deh berdebar dah. Mula-mula keadaan ok je, lima minit lepas tu dengar macam suara orang menangis. Haha. Hujan lebat dah Nilai. Raungan Reezqy pembuka majlis sebab lepas tu, semua pun ikut nangis.

Since sunat time Covid, hanya seorang sahaja penjaga yang dibenarkan masuk. I kenalah tunggu luar. Tak senang duduk dengar anak yang melalak kat dalam. Reezqy siap cakap kat Doktor saya nak cancel, saya tak nak sunat. Halahaiiii Reezqy!

Ni time dah keluar. Adalah video I record time dia keluar tu. Menjengket-jengket jalan dengan air mata menitik. Kesiannnn anak Mami. Nampak muka I je dia cakap, Dedi kata sakit macam gigit semua je, ini sakit macam kena gigit harimau.

Haha.

Macamlah tahu harimau gigit tu macam mana rasanya =p

Dedi pujuk sambil janji macam-macam.  Punyalah risau anak bujang nan sorang ni meragam nanti.

Family potrait after masuk jawi.

Dua tiga hari lepas sunat tu ok. Masuk hari keempat, Reezqy mula buat hal time malam. Dia start menangis kata sakit. Mak mertua pesan, suruh ketuk lutut. Dedinya lah yang berjaga malam mengetuk lutut. Sorrylah bang, walaupun Mami yang daftar sunat, tapi semua urusan menjaga, membasuh, Mami serahkan kat Dedi je.




Dalam empat ke lima hari lepas tu, sihat dah nampak luka sunatnya. Cuma tuan punya badan je lah yang takut-takut. Gigih lagi berseluar dalam tempurung tu. Punya takut pakai seluar.


Hari kelima, bagi reward bawa keluar makan. Lega hati tengok dah sihat. Walaupun tak kena layan ragam Reezqy, berjaga malam semua tu, tetap juga rasa lega sebab  hal masuk jawi dah setel dan takda apa-apa masalah time proses berpantang dan penyembuhan.

Tahniah Iman Reezqy.
Bujang dah Abang!

Till then!
Wassalam.

Khamis, 9 Disember 2021

Disember yang sedih dan gembira, tata 2021!

 
"It's the kind of wound that would never heal, but we only learn how to manage the time" ~ Lisa Surihani

Today, genap setahun Abah pergi. Setuju dengan quote LS. Ya, luka yang tak pernah sembuh, tapi kita terpaksa meneruskan hidup dengan luka itu, memperbaiki diri dari hari ke hari, sebelum kita sendiri pula dijemput pulang. Insha Allah Abah dan Ibu, moga kita sekeluarga dapat berkumpul di 'sana' nanti. Melihat gambar kenangan ini, tenang dan damai. Itulah harapan kami semua, agar Ibu dan Abah tenang dan tersenyum gembira seperti ini juga. Ya Allah, ampunilah segala dosa Abah dan juga Ibu, rahmatilah mereka dan tempatkan mereka di kalangan hambaMu yang kau redhai selalu.

2021 semakin hampir melabuhkan tirainya. Dengan sedikit kelonggaran yang telah diberi kerajaan, semua semakin 'sibuk' semula dengan urusan dunia termasuk la kami juga. Dalam takut-takut untuk keluar, kebebasan yang diberi ni sedikit sebanyak dapat  bantu hilangkan stress berkurung dan hilangkan rindu pada ahli keluarga.

Kami berpeluang memenuhi beberapa jemputan walaupun ada sesetengahnya rasa awkward hadir sebab Ibu Abah dah tiada. Lain sangat rasa. Dulu pergi, bawa Ibu dan Abah. Kena tunggu lama, sebab Abah kalau dah jumpa adik-beradik memang tak nampak jalan balik. Haha! 

Sekarang, kalau boleh nak cepat balik. Tak tahu nak borak apa. Nasiblah sekarang SOP tak boleh berlama-lama, ada lah juga alasan nak balik cepat. Ini gambar last week. Kami ke Meru, rumah Adik Abah. Tahniah Apak atas pertunangan anak perempuannya. Tengok muka Apak, teringat arwah Abah. Mukanya, warna kulitnya saling tak tumpah. Gelak dan suka berselorohnya pun sama.

Berpeluang juga menghantar hadiah hari jadi kepada Adik Ibu, Makcik. Ni lah tempat kami menumpang kasih. Happy birthday Makcik! Happy makcik dapat bunga. Since kat office, musim bunga ni, kita pun order jugalah. Nak bagi kat Ibu pun, ibu dah takda. Hadiahkan pada makcik sebab tahu makcik suka bunga.

Bertugas selama 8 hari untuk Majlis Konvokesyen USIM! Alhamdulillah, dapat menyumbang tenaga, walaupun ianya tak sebesar mana. Orang belakang tabir je tapi sama-sama meraikan para graduan sambil menjaga SOP dan doa banyak-banyak takda perkara yang tak diingini terjadi.

Seterusnya, memenuhi jemputan Mak Itam dan Pak Itam (adik Ibu) untuk majlis tahlil dan doa selamat seterusnya meraikan anniversary perkahwinan Pak Itam yang ke 34 tahun. Dulu, Pak Itam tak sempat bersanding waktu menikahi Mak Itam yang berasal dari Sabah.  Ada rezeki lebih, anak-anak menunaikan impian Ayahnya.

Dah nak hujung tahu, kenalah completekan segala KPI company dan kejar segala due date sebab nak tutup akaun. Haha. Tukar bos besar, bertukar la pendekatan tugasan kerja kami. Hmm, next Bos, kena hafal juz Al-Quran pula agaknya nanti =p 

Sempat juga meluangkan masa menyambut hari lahir Emak Mertua. Selang sehari dengan tarikh Abah pergi. Selamat hari jadi Mak. Semoga emak dan abah sentiasa dalam lindungan Allah swt, hidup bahagia dunia akhirat.

Alhamdulillah, untuk segala nikmat yang dipinjam Dia.
Till then!

Wassalam.