Insha Allah didoakan semua rakan-rakan sihat dah dijauhkan dari virus Covid19, amin. PKP dah masuk fasa ketiga dah. Insha Allah juga, kita akan berpuasa pada Jumaat ni.
Dalam seminggu lebih ni, Alhamdulillah, Allah bukakan hati untuk jadi sukarelawan untuk menjahit PPE bagi keperluan para frontliners. Bila tanya Azreen, dia kata ok, biar dia jaga The Imans, janji sebelum pergi I sesiap masak. Haha!
Setiap hari rutin menjahit PPE bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Kenalah bangun awal untuk sediakan sarapan, masak nasi dan buat sejenis lauk untuk lunch.
I takda pengalaman pun menjahit. As a starter, I potong kain dulu untuk persedian potong pola bagi head cover dan boots.
Dah settle kerja potong kain, naik pangkat lak untuk membantu menjahit. Haha. Takut-takut juga pada mulanya. Dah lah dulu Ibu memang tak bagi pegang mesih jahit dia. Kalau I pegang, manjang jarum patah, sekoci tersekat dan lain-lain lagi masalah jadi kat mesin jahit Ibu.
I start dengan head cover dulu sebab yang ini nampak lebih mudah dari boots. Target I sehari untuk jahit dalam 15-20 pcs. Bila ada gangguan seperti tailor luar datang ambil pola, itu lah ini lah, tak dapat juga capai target.
Time ni, I dengan sekoci memang in love hate relationship. Kejap sangkut, kejap benang tak keluar dari mesin, haishhh. Kejap- kejap minta orang tolong. Orang pun nyampah agaknya bila terganggu. Sorry la ye semua dan terima kasih sudi membantu.
Dah settle head cover, takda pilihan, jahit boots pula. Part yang ini, manjang jahit terbalik aja. Dah kena tetas balik. Kemurungan weh bila kena tetas tu!
Untuk makluman, material PPE ini adalah hasil daripada sumbangan para dermawan. Maka, kenalah kita jahit betul-betul amanah orang.
This week, Alhamdulillah, material untuk gown PPE sampai. Warna putih. Ini aja warna yang nampak menarik nak match kan dengan warna hijau head cover dan boots tu. Untuk part kedua tu, I start dengan jahit tali yang kat bawah tu. Ada step dia. Slow-slow berjaya lah follow.
Dah siap tali, berkobar-kobar lak nak jahit gown. Berhati-hati juga jahit gown ni sebab satu, takut jahit terbalik, kedua material gown nipis sikit (45gm), so senang terkoyak. Kalau kena tetas balik jadi tak cantik.
Separuh daripada para Sukarelawan! Kena jaga social distance, sanitize tangan selalu dan pakai mask ya semua! Hari ketiga, ada la wartawan tv datang shooting. Most of them interview student yang stranded tak dapat balik ke kampung dan jadi sukarelawan jahit PPE.
Acah-acah tailor. Haha.
Dah macam jahit gown pengantin pun ada sebab material warna off white.
Full set of PPE from USIM. Ada head cover, gown dan boots.
Doakan ye I dan team Sukarelawan berjaya menyiapkan 2000 set PPE sebelum Ramadan tiba dan dipermudahkan segala urusan kami semua.
Kepada semua juga, I ucapkan selamat berpuasa. Allahumma Ballighna Ramadhan =)
Wassalam.
Pahala banyak tolong frontliners ni. Moga dipermudahkan urusan.
BalasPadamSelamat berpuasa.
MASYALLAHH... semoga ALLAH membalas jasa yang dihulurkan. semoga wabah ni cepatlah berlalu dan kita semua dapat berkumpul semula.
BalasPadamMasyaAllah.. semoga setiap usaha dan penat lelah diberkati & diredhai Allah..
BalasPadam