Rabu, 9 Oktober 2019

Permergian yang dicemburui


"Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"
(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali). (Al-Baqarah 2:156)

Selamat jalan sahabat.
Walaupun tidak rapat, tapi sebab selalu jumpa time bersukan, sifat kamu yang menyenangkan, mesra, memang terkesan juga dengan pemergiaanmu.

Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah segala dosanya.

Ramai yang ambil tahu dan ambil berat ketika Cik Faeza sakit.
Ramai yang datang menziarah ketika Cik Faeza tidak sedar.
Ketahuilah, setiap ketika kami mengikuti perkembangan Cik Faeza.

Saat menerima berita pemergiaan cik Faeza, hati sedih, terasa kehilangan, tapi tetap menerima segala ketentuannya dengan redha.
Dia yang merancang segalanya. Dia juga yang tahu apa yang terbaik untuk Cik Faeza.


Jenazah beliau dibawa ke Kompleks Islam USIM untuk disolatkan dan dikebumikan di Keramat. Ramai anak murid dan teman-teman yang  hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Tenanglah Cik Faeza di sana. Suatu hari, kami pasti menyusul juga.

Orang baik, ramai yang sayang.
Orang baik, cepat Allah panggil balik.

2 ulasan: