Rabu, 16 Oktober 2019

Pemergian yang kedua


Salam semua,
Semalam, satu lagi berita sedih diterima. Pemergian jiran lama.
Ya, tahu dia sakit sebulan lepas. Ada juga ziarah dalam 2-3 minggu lepas.

Pagi semalam, ibu call pagi-pagi, hati dah cemas.
Dah la malamnya, tak boleh tidur. Berkalih ke kiri tak selesa. Ke kanan macam ada yang tak kena. Takdalah pula tergerak nak scroll FB dan layan cerita Korea malam tu.

Ibu bagi tahu, pakcik jiran sebelah rumah lama meninggal dunia malamnya tu.
Tergamam sekejap.
Then terus bagi tahu Azreen. Lepas hantar budak-budak sekolah, kami pergi ziarah.

Innalillahiwainnailaihirajiun.
Ya Allah! Ampunilah segala dosa pakcik, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia, ampunilah dosanya, muliakanlah kedudukannya, lapangkanlah kuburnya. Amin.

Selamat jalan Pakcik.

Pakcik adalah jiran Abah. Lepas abah pindah jadi jiran kami. Jiran yang mengambil berat umpama ibu abah. Nak pinjam tangga, nak pinjam itu ini, nak pinjam lori nak pindah semua kat pakcik. Nak bersalin pukul 3, 4 pagi, dia bangun suami isteri, jenguk tanya dan ambil peduli.

Segala jasa dan budi baik pakcik akan sentiasa kami ingati.

Semoga pakcik tenang di sana. Sampai masa, kami pasti menyusul jua.



2 ulasan:

  1. semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yg beriman ..

    BalasPadam
  2. Bingung mau ngapain? mendingan main games online bareng aku?
    cuman DP 20rbu aja kamu bisa dapatkan puluhan juta rupiah lohh?
    kamu bisa dapatkan promo promo yang lagi Hitzz
    yuu buruan segera daftarkan diri kamu
    Hanya di dewalotto
    Link alternatif :
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.com

    BalasPadam