Isnin, 29 Januari 2018

The Imans: New hairdo!

Setiap pagi, memang akan kalut sikit nak siapkan the Imans sebab ada drama rambut.

Iman Raneeya jenis mandi kena basah rambut. Bila tak basah rambut dia kata macam tak mandi. So bila rambut dah basah, tak dan tunggu kering dah nak kena ikat lak sebab nak pakai tudung. Nak ikatkan rambut pun satu hal juga, nak pakaikan tudung lagi. Hmmm.

Reezqy pun sama, memang tiap pagi dia akan merengek tak nak pakai minyak rambut. Dia nak botak je macam kawan dia kat sekolah. Asyiklah dok ulang, nak botak nak botak.

Maka, untuk kurangkan segala drama di pagi hari, eloklah kita potong pendek je rambut semua.
Mak kau ni tak boleh dan tak suka ya kekalutan di pagi hari. Semua kena smooth supaya mood Mami pun smooth je nak mengadap kerja.

Mendapatlah kakak Iman, rambut style Halle Berry tapi version panjang sikit. Walaupun impian kakak nak rambut panjang macam Elsa, tapi nantilah ya kakak. One fine day, Insha Allah. Sekarang, time semuanya kena cepat dah memudahkan kerja Mami so, kenalah rambut pendek.

Untuk Reezqy, I cakap dengan hairdresser tu, potong botak tapi tak nak nipis sangat tapi boleh pacak rambut depan sikit. Haha. Punyalah beriya describe kan style yang I nak. Tak tahu nak nyebut style nya since Azreen datang lambat sikit.

Tapi Reezqy marah, dia kata Abang nak botak je. Tak nak pacak-pacak Mami.
 Alahai Abang ni, tak style lah tak pacak nak oi!

Lastly, si kenit. Tak potong banyak pun rambut dia. Buat fringe sikit. Tapi punyalah payah nak potong yang sikit tu. Sampai kena grip kuat tak bagi dia bergerak. Lepas tu dia siap  haip haip hairdresser. Haha. Hairdresser haip balik kat dia, tu yang dia pejam je mata tu takmo bukak. Takut lettew! =p

Settle urusan potong rambut, maka Mami pun senang hati sebab no more drama rambut lagi di pagi hari =)

Rabu, 24 Januari 2018

Resipi viral: Apam Tiga Bahan

Hai semua!

Tengok resipi Wahida, terus rasa nak buat untuk minum petang tapi ada  masalah lak bila I takda ovalette. Kita belasah ajelah, sambil berdoa apamnya menjadi.

 Ahamdulillah, elok menjadi dan gebu apamnya. Sedap aja makan panas-panas sambil minum kopi O panas. Husband pun suka siap suruh buat lagi esoknya.

Time mengadun kuih ni, Iman Raneeya siap tanya,

Mami kakak nak tanya boleh?
Boleh kak. Apa dia?

Mami sebenarnya Chef kan?

Haha! Gelak besar I dengar.

Bila tanya kenapa dia tanya macam tu, dia jawab,

Mami ni semua Mami tahu buat. Masak lauk, masak kek, buat kuih.

Haha!
Tak payah lah nak kagum sangat kakak. Nanti kakak dah kahwin, automatik semua benda kakak tahu buatlah. Lagi-lagi dengan adanya bantuan Google dan media sosial semua, lagi senang dan mudah nak dapat resipi untuk memasak ;)

Esoknya, buat lagi tapi kali ini I cuba bakar lak dengan oven. Adunan tu, i tambah sesudu perasa pandan sebab nampak kat IG orang buat kek pandan, terus teringin-inginkan  bau pandan memenuhi ruang rumah.

Ok, pada yang nak cuba, nah I bagi resipi I copy dari Wahida.

Resipi Apam Tiga Bahan

3 biji telur
1 cawan gula (I tak penuhkan cawan utk bancuhan kedua sebab rasa manis pula bila try kali pertama)
1 cawan tepung gandum
1 sudu esen vanila (tiru Wahida sebab nak hilangkan bau hanyir telur)

Cara-cara:

1. Pukul telur, esen vanila dan gula sampai kembang betul. (Ini penting! Kalau tak kembang, kang apam tak naik, tak menjadi)
2. Dah kembang, masukkan tepung sedikit demi sedikit.
3. Letak pewarna ikut suka.
4. Masuk dalam acuan. Didihkan air.
5. Kukus kuih 20 minit atau sehingga masak. Kalau bakar, panaskan Oven 150 darjah celcius, then bakar 20 minit.

Isnin, 22 Januari 2018

Blog apa yang korang baca?

Hai!

1. Actually, I dah terdelete blog list kat side bar ni. Tahniah Ain! Kau dah berjaya delete 200++ link blog yang kau simpan, kemudian kau terkebil-kebil balik nak ingat apa blog yang kau simpan tu. Kerja bodoh apa lah yang I dah buat tah. So, kalau ada lah tiba-tiba tengok blog link dia dah hilang dari side bar blog ni, bukan i remove ya. Memang dah terdelete dah tu. Meh la tinggalkan link kat bawah ni, senang i nak save balik.


2. Blog apa yang korang baca?
Kalau best blog tu, meh la share dengan I link dia. I ni baca semua je. Janji latest update. Haha!
As orang yang terperap aja kat office, I perlukan juga bahan bacaan tak ilmiah. Yang ringan tak semak kepala untuk hilangkan serabut kerja. Share pleasee, tq. ;)


3. Ramai dah blogger yang i kenal tak aktif menulis dah. Dulu, bila tengok blog list, meriah updatenya, tapi sekarang, kalau update sebulan sekali pun dah kira habis elok dah tu. Haha. I pun, antaranya juga lah. I rasa faktor utama adalah disebakan masa dan life kita semakin busy.
Kan? Handbags pun dah bertamah, rutin harian makin mencabar, job scope eh, bos tengok kita elok buat kerja, maka meh kau ajalah yang dipilihnya!


Isnin, 8 Januari 2018

Minggu kedua: Masih lagi jadi stalker!

Haha!
Siapa masih lagi stalk anak di sekolah, meh kita sep lima!
Untuk minggu kedua ni, masih lagi kena pi jadi Stalker sebab this week minggu kafa baru mula.

Bukan tak percaya kat anak,
tapi lebih kepada memantau sebenarnya.
Time ni juga kita nampak watak anak bila tanpa mak bapak.

;)

Khamis, 4 Januari 2018

Hello 2018, hello new routines =)

Thank you so much 2017 untuk semua yang masam, manis, pahit dan masin. Haha! Apapun yang jadi, hidup tetap kena terus ke depan, tetap kena teruskan.

Anak dah tiga kan. Tak sempat dah nak recall semua pencapaian, kenangan sepanjang 2017 tapi selagi ada dicatat dalam blog, Insha Allah, boleh aja nanti-nanti kita cari dan baca untuk tatapan anak cucu di masa  hadapan.

2018 dibuka dengan drama gerimis kakak dan raungan Reezqy bertukar taska ke tadika. Fuhhh, penat Mami dan Dedi buka bunga silat nak kawal keadaan. Thank you abang dan kakak bagi Mami dan Dedi peluang untuk merasa menghantar anak sambil bersilat kat sekolah.

Ada yang kata, tak payah lah berdedai-dedai tunggu anak kat sekolah, semak sekolah, menyusahkan cikgu semua. Tapi, anak sendiri, ikut sendirilah punya cara. I memilih untuk perhati semua. Anak kita, kita aja yang tahu dia macam mana. Mana yang tak patut ibu bapa buat tu, kita hindarkan lah untuk mengelak cikgu marah.

Sebagai anak yang dibesarkan oleh nenek, I tahu perasaan anak-anak yang di hari pertama, bila tak nampak muka ibu, takut dan nervousnya tu  macam mana. Tempat baru, suasana baru, orang baru, kita sendiri pun bila dah tua ni masih ada rasa gemuruhnya, inikan pula anak kita.

Dalam pada i sibuk menebeng kat sekolah anak, I juga siap tolong anak-anak lain yang mungkin ibu bapa tidak hadir, menunjuk apa yang patut, menghulur tenaga membantu cikgu yang tak dapat nak mengawal murid yang ramai tak terkira.


Hari ini dah hari ketiga, gemuruh kakak masih ada. Masih lagi gerimis halus menghias matanya bila mana melangkah kaki masuk ke sekolah. Walaupun muka mami ni tegas menyuruh kakak berjalan sendiri, tapi Mami tetap jadi spy kakak. Perhati setiap langkah kakak. Semoga kakak terus cekal ya. Mami doakan semoga kakak cepat biasa dengan suasana baru ni.

Anak kedua Reezqy. Hari pertama sebab terkejut dengan suasana baru, memang dia meraung. Siap peluk kaki Mami tak bagi balik. Hari kedua dah seterusnya, dah panas, dah dapat rentak, dia pula yang suruh hantar dia ke sekolah dulu. Tak sabar nak pergi sekolah katanya. Haha! Semoga mood Reezqy yang ok dan ceria ini akan terus kekal untuk dua tahun mendatang ni, Insha Allah.

Adik Rayeesa. Semakin bertambah akalnya dengan macam-macam perkara baru yang diteroka. Telatahnya sentiasa mencuit hati kami. Adik sabar dulu ya. Empat tahun nanti baru kami masukkan ke taska. Sekarang, teman Grandma dulu sementara Mami dan Dedi kerja.

2018,
Seorang lagi ahli keluarga terdekat meninggalkan kami.
Semoga arwah Pak Ngah Derus sentiasa dirahmatiNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Amin.

2018,
Rutin baru bermula,
Bertambah gelap pergi dan balik kerja,
Semoga terus diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran baru ini.

2018,
Semoga terus bersinar terang dan cemerlang,
Dimurahkan rezeki dan dapat mempertingkatkan amalan,
Insha Allah.