Khamis, 28 September 2017

Jom naik MRT!

Kami ni, time MRT buat promotion tambang free haritu, takda pula sibuk nak naik, tapi bila dah kena bayar, baru gegeh haihh  nak cuba.

Sedang elok pula, lepas anak-beranak tengok movie Train to Busan, Dedinya offer ajak naik MRT. Iman Reezqy happy ajalah. Iman Raneeya drama sikit sebab dia takut ada zombi dalam train.

Please lah kak Iman!
Tu semua cerita je ok. Zombi tak wujud lah.


Kami pergi time weekdays, so keluar dalam pukul 10.00 pagi. Parking kat stesen Sg. Jernih, Kajang, then pergi beli token untuk naik MRT.

Semua fasiliti masih baru, so memang sangat selesa lah menunggu di stesen Sg. Jernih ni. Aircond bangunan pun sejuk sangat. Toilet kat bangunan bersih, surau pun selesa.


Untuk beli token, kalau ada touch&go, boleh je guna. Dapatlah diskaun 10sen. Kalau takda, guna cash money pun boleh. Mesin tu terima duit paling besar RM10 sahaja ya.

Selesai beli token, maka, silah menunggu MRT sampai. Seram juga pergi time takda orang ni. Orang tak ramai, stesen tu pula baru kan, so sunyi semacam aje. Haha. Dah terpengaruh  macam kak Iman. Tiba-tiba teringat zombi lak :p



Our first experience naik MRT.  Kami menuju ke IKEA Cheras, so  kena turun di Stesen Cochrane. Ok lah. Iman Reezqy seronok sangat. Asyik sebut wow aja, lepas tu tak duduk diam. Sekejap bangun, sekejap duduk, berjalan lagi. Sama dengan aja perangai dengan Iman Rayeesa.


 Untuk tambang boleh klik: TAMBANG

Iman Rayeesa orang terpaling bahagia naik MRT. Sengih memanjang. Seronok sangat kot dapat keluar melihat dunia luar.

I tak sempat nak tengok berapa lama masa diambil untuk sampai ke Stesen Cochrane. Almaklumlah kena memantau yang tiga ketul tu. Tapi yang penting, perjalanan smooth and steady je without traffic jammed. I likee!!! Haha.
Kami suka naik MRT sangat-sangat, so, next time boleh try naik pi IKEA Damansara lak. =)

1 ulasan:

  1. Masa raya haji ramai2 naik mrt.. mck2 la nak naik sgt..haha. lepastu cakap ktm lg laju..kelakar..

    BalasPadam