Jumaat, 4 November 2016

Dalam dilema antara nak lawa, diabetis dan nak baby sihat.


Pergi timbang baby semalam, berat baby naik 200gm je terus dalam nada berseloroh nurse cakap mak diet ke?

T___T

Diet tu tidak lah.
Cuma jaga makan.
Eh, jaga makan dengan diet tu samalah kan! Eh!
Sebab kan lepas bersalin, sebagai pengidap GDM, I ada kena minum air gula semula.
Ada orang tak nak buat ni, tapi sebab I ada history family yang ada diabetis dan I peminat dessert, I buat juga lah.
Time cuti bersalin haritu memang I makan nasi sekali sehari, malam tak makan, tak minum bergula sangat. Air putih memang bergelen-gelen telan.
Alhamdulillah, result air gula, Im free from GDM.

Seriously, banyak faktor buat diri ni jaga makan.
Satu, takut sangat diabetis tu.
Sebagai seorang anak penghidap Diabetis, I tau sengsara sangat penyakit tu kalau dah mendapat. Sebab itu I jaga sangat semuanya time mengandung dan lepas bersalin.

Kedua, dah suami kau beriya jaga badan, nak fit, nak kurus, kau sendiri tak rasa stress?
I stress sangat pasal benda ni, dah la tak mampu nak kejar berat dia, kita pun rasa down dengan diri sendiri.
=(

Semalam, bila cerita dengan kaunselor BF I, terus kena tarbiah, terus teringat balik doa I time pregnant dulu yang nak sangat-sangat dapat BF anak kali ni.

Hmm, dah Tuhan bagi kau peluang BF Ain oi, pleaselah jangan sia-siakan.
Come on Ain, you can do it.
Peluang BF anak bukan selalu datang.
Nak kurus tu next time boleh.
Kesian kat anak pleasee.
Come Ain!







6 ulasan:

  1. come on ain, you can do it. Kt yg sekali sekali tgk azreen kat opis ni pun stress tau...
    Org kate BF bb pun bole kurus jugak...

    BalasPadam
  2. betul.. aku naik kali ni sebab bf la.. dulu afiq 6bln je dapat. alhamdulillah fatih ni dah 1thun 10bln
    abeh bf nnt la nk diet.. *kot..
    hahahaa

    BalasPadam
  3. wehhh, aku seram pulak baca entry ko ni...mak aku ada diabetes, tapi aku langsung tak control makan wehhhhhh....
    huwaaaaaaaaaaa, seramnyaaaaaaa...huwaaaaaaaaa....

    BalasPadam
  4. Baguslah bf.. jimat duit dan anak akan manja dengan awak

    BalasPadam
  5. Kita ada GDM jugak preggy lepas.. tapi just diet control jer.. kena buat BSP setiap 2 minggu sekali.. ni nak kena minum air gula lepas bersalin pulak. aduyaii

    BalasPadam
  6. kalo bf x mo diet2..tp jgn la sampai 3 pinggan nasi sekali mkn..sikit2 tp kerap..:)

    BalasPadam