Jumaat, 11 Mac 2016

Kemengandungan kali ketiga.



Meh la coret sesikit kisah pregnant kali ketiga di sini supaya kot anak ketiga (Insha Allah) tergodek blog Maminya, takdelah dia kecik hati sebab cerita dia kurang dari kakak dan abang. Haha.

Alhamdulillah, dan mengensot masuk ke Trimester dua dengan selamatnya.
Bye bye pregnancy sickness!! =p

Banyak beza menghadap pregnancy sickness antara anak pertama, kedua dan ketiga.


Anak pertama. 
Memang layanan suami tu first class, terasa dilayan macam puteri lah time tu.
Lagi-lagi baru mula kahwin kan.
Takda apa lagi yang nak dibelek dan dikelek.
Bila morning sickness, kita muntah, dia yang berlari masuk toilet, pantang sakit sikit, ehhh dia juga yang cepat jadi doktor, hulur bantuan untuk merawat sama.
Mana yang sakit, cepat aje dia urut. Nak makan apa, tengah malam pun sanggup diredah gitu.
=)


Anak kedua.
Tetap membantu juga seperti anak pertama tapi perhatian terpaksa dibahagi dua.
Dengan nak melayak emaknya lagi, dengan anaknya lagi yang baru nak masuk dua tahun.
Emak trouble pregnancy sickness, anak pula nak menginjak ke sisi-sisi the 'trouble two'.
Haha, hadap lah kau di situ!


Anak ketiga.
Krik krik krik.

Sila lah layan diri sendiri.
Kahkahkah.
Sebab suami dah tak cukup tangan dan kaki.
Bila pandang muka suami, minta kesian, suami hanya mampu pandang sambil cakap,
sabarlah yang, tahan je ye, I nak kena handle budak dua orang ni ha!

Dugaan mengandung kali ni juga, lain pula ujianNya.
Kalau yang dedua dulu dengan bleedingnya, kali ini Dia beri pula merasa GDM (Gestational Diabetes Mellitus - diabetes yang pertama kali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil).

So, bila dah disyaki tu, pandai-pandai lah urus diri ya Mami.
Kurangkan gula dalam makanan, lebihkan gula dalam senyuman.
Pilihan di tangan sendiri.
Nak awak dan baby sihat, silalah beringat.

Masuk trimester kedua ni pun orang dah mula bertanya tentang gender anak.
I tak kisah. Husband pun sama.
Rasa macam nak surprise je.
Biar lepas bersalin baru tahu.
Since dah ada sepasang, untuk kali ini, kalau dapat lelaki pun ok, dapat perempuan pun ok.

Selain itu, ada juga plan nak berpantang sendiri untuk kali ini, tapi bila mengenangkan yang dah di suspek GDM, berkemungkinan baby besar dan kot lah terbersalin ceaser, so,  plan tu masih 50-50 lagi.
Tunggu je lah hingga selamat bersalin baru decide sebab malas nak pening-pening fikir.
Yang penting, just go with the flow & enjoy your pregnancy moment!

Apapun, semoga semua urusan kali ini dipermudahkan, Insha Allah.
2016 ni memang banyak benda buat I rasa down, tapi itulah, sesungguhNya perancangan Dia yang terbaik.
Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatNya.
=)

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah dan tahniah, betul letihnya pun lain fokusnya lebihkan..inshaAllah dipermudah olehNya

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..in sha Allah moga semuanya baik baik sahaja...amin.

    BalasPadam
  3. Alhamdulilah...5 ank tiada morning sickness..tp nk brsalin susah sikit..smua tu ttp d kenang...
    moga d permudahkn segalanya...

    BalasPadam
  4. moment berpantang tu tak risau. tapi perlu risau yg 2 ketul tu nak letak mana. utk 2 mgu pertama kalau boleh biar jejauh dr mommy dulu. supaya mommy tak tertinggi suara anak kecik ati dan jaga dalaman mommy jugak. hihihh

    BalasPadam