Isnin, 21 Mac 2016

Gaduh suami isteri.


Nak update cerita pasal resipi hari ini tapi cable phone tinggal rumah lak. Then, terjumpa pula bendalah ni kat FB time line, terus teringat cerita yang I tengok dua hari lepas.

Kawan adik I, ada cakap kat dia,

Aku suka tengok kakak kau. Laki bini loving je. Hidup dia pun tersusun je.

Statement tu adalah berdasarkan pengamatan dia dari post I di blog dan FB ja. Dia bukan jiran sebelah rumah I pun :p

Bila adik I sampaikan, I gelak berdekah-dekah, adik I pun lagilah. Dah tentu si adik lagi kenal kakak dia cemane kan?
Kahkahkah!

Nobody's perfect kawan-kawan.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Kan?

Di blog di FB, dah tentulah kita nak post yang baik-baik aja.
Yang buruk, masalah suami isteri, kot ditunjuk juga di media sosial, itu membuka aib sendiri namanya. Tak baikkk. Berdosa!

Dua hari lepas I ada tengok movie kat Astro tajuk What Happen at Vegas. Lakonan si hensem Ashton Kutcher dan Cameron Diaz yang lawa tu. Movie tahun 2008 ni. Lama dah. Dah ulang balik kita tengok je lah.

Ada satu scene yang menarik dalam cerita romentik komedi ni ialah, since diorang ni kena jumpa Kaunselor, bagi merapatkan ikatan perkahwinan mereka serta demi mendapatkan duit mereka yang berjumlah 3 juta.

So, first meeting diorang, diorang berpura-pura macam loving, baik, happy sangat dengan perkahwinan mereka.
Kaunselor tu senyum ajalah menengokkan lakonan mereka.
Dah tentu dia kaunselor kan, hanya dia yang paham segalanya.

Sebulan dua selepas tu, bila dah sebumbung, sebilik air, dah keluar true color masing-masing, bercekau depan Kaunselor time next meeting,
yang sorang cakap dia pengotor lah,
yang sorang cakap tak boleh nak hidup dengan dia lah,
dia tak jaga kebersihan toilet lah,
dia suka mengarah lah,
dan macam-macam lagi.

Terus Kaunselor gelak besar sambil cakap,
THIS IS  NORMAL/TRUE MARRIAGE! - lebih kurang gitulah Kaunselor tu cakap

Memang betul pun,
Kalau tak bergaduh, memang tak cukup rencah dalam perkahwinan ni.

Tapi kita kena take it as positive thing la,
Time gaduh, gaduh sunguh-sungguh,
Tapi, sambil gaduh, sambil ingat jugalah betapa susahnya kau nak kahwin dulu, so, nak gaduh jangan lah lebih-lebih nau macam dalam drama tu.
Sikit-sikit sudah.
Takat merajuk sehari dua tu, udah ler.
Jangan lebih tiga hari tak bercakap dengan suami/isteri, berdosa wehhh.
Lepas gaduh, minta maaf balik.
Selesai cara baik.
Semua masalah kan ada jalan penyelesaiannya.

Itu, cara kami berdua lah.
Cara pasangan yang perkahwinannya baru nak menginjak ke sisi 6 tahun bersama.

Kami tak perfect mana. Loving tu ada sentiasa, tapi ada masa terpeleot juga.
Tapi peleot- peleot bawa bahagia.
Haha.

Tak bergaduh, kau tak kan tahu cemane rupa wife kau bila jadi singa, terus mimpi ngeri  jadinya.
Kahkahkah.

Sebenarnya,
Bila bergaduh, kita jadi lagi kenal hati budi pasangan tu.
Lagi kita dapat tahu, Siapa yang suka mengalah *jeling Azreen
Lagi kita kenal siapa yang hati tisu sebenarnya *kahkahkah eden lettew
Lagi kita dapat memahami pasangan kita dengan dalam lagi.

Macam artikel kat atas tu kabo,
Pertengkaran mampu merapatkan hubungan suami isteri serta mampu memulihkan salah faham yang sering terjadi.
Tapi,  berpada-padalah.
;)




3 ulasan:

  1. itulah rencah rumahtangga..perkahwinan itu perkongsian dan perjuangan..

    BalasPadam
  2. aku kalau gaduh, suka mogok lapar...hahaha...

    BalasPadam